Urusan Akaun ASB Si Mati
Nak share macamne nak berurusan dgn ASB jikalau si mati mempunyai akaun di dalamnya. First waris kena bawak buku ASB si mati ke PNB. Kalau akaun si mati lebih dari RM5000 maka pewaris kena ambik surat kuasa dahulu di Amanah Raya. Tetapi jika akaun si mati kurang dari RM5000 maka prosudernye lebih mudah.
Diokumen yg perlu di bawa oleh pewaris ke PNB jika akauan si mati bawah RM5000 adalah :
- Buku asal ASB si mati.
- 2 Salinan Sijil Mati (bwk sekali yg ori kalau boleh)
- 2 Salinan Surat Beranak yang menuntut (PNB nak tengok pertalian dgn si mati)
- 2 Salinan Kad Pengenalan yang menuntut
- Bawa sekali akaun ASB penuntut atau sesiapa waris yg ada akaun ASB. (untuk dipindahkan amaun yg adala dalam akaun si mati ke akaun penuntut.
Setelah semuanya selesai, nombor anda akan dipanggil dan serahkan segala dokumen tadi. Kemudian anda akan diberikan RM200 on the spot iaitu duit khariat kematian yang sememangnya ada untuk pemegang akaun ASB. KamiKreatif terkejut bila kaunter beri RM200 on the spot tu dan bila KamiKreatif tanye "ni duit ape?" So kaunter tadi explain pasal khairat kematian.
Jadi duit akaun si mati tu akan dipindahkan ke akaun baru (yg menuntut) dalam masa sebulan. Mudah bukan jika kita tahu bagaimana cara nak berurusan dgn PNB. Jadi rajin-rajinlah menjenguk blog kamikreatif nie ye. wasalam.
Tuesday, August 11, 2009 | 11 Comments
Cetak T-Shirt Sendiri
Salam semua,
Sambil KamiKreatif jalan2 di google dan yahoo tetiba KamiKreatif ternampak satu iklan yang menarik. "Belajar Cetak T-Shirt". So apa lagi, KamiKreatif terus klik iklan tersebut. Bunyinya pun dah Kreatif kan?
Betul ke boleh cetak sendiri? kalau betullah boleh, dah jimat kos. Tak perlu lagi nak tempah2 kat kedai printing. Pastu camne pulak bisnes printing nanti bila dah semua org pandai cetak sendiri jerk? Itu lah persoalan yang keluar dari otak KamiKreatif.
So selepas KamiKreatif membaca "Belajar Cetak T-Shirt" so ini adalah review yg boleh KamiKreatif kategorikan sebagai salah satu benda yang sangat kreatif. Terima Kasih kepada saudara Idham kerana berkongsi pengalaman yang ada pada beliau.
- Akan diajar hingga berjaya
- Tak pandai melukis pun takper sebab ade tips dan juga design
- Yang seronok kalau dpt letak gambar family kat tshirt tersebut. pastu pakai masa family day atau hari jadi ker
- Selain tshirt, cetak topi, mugs juga diajar.
- Yang bestnya, kalau tak puas hati dalam masa 30 hari boleh bagi tau kat sdr Idham sendiri.
Tuesday, August 04, 2009 | 2 Comments
Sampul Duit Raya

Salam, Selamat Hari Raya!!
Itulah Ungkapan yang akan disebut2 oleh setiap insan tidak lama lagi. Walaupun masih ada tempoh sebulan lebih lagi tetapi bahangnya sudah terasa.
Kali ni nak cerita pasal samput duit raya. Taukan? kalau dlm erti kata lain Ang Pow!. Apa ada dgn sampul? budak2 hanya nak isi dlm sampul jer!... hehe. Semalam KamiKreatif saja jalan2 pergi ke rumah Uncle Zack di Cheras. Sambil2 minum Uncle Zack mengeluarkan contoh sampul duit yang menarik! Sangat menarik dan mmg KamiKreatif tak pernah jumpa pun sebelum ni. Size sampul mengikut duit RM50.
KamiKreatif tanya kat Uncle Zack taknak ke jual sampul2 duit raya ini? rupa2nya dah ramai yg tempah dan penghantaran melalui pos laju. Setiap 100 keping sampul Uncle Zack mengenakan bayaran sebanyak RM50 itu termasuk sekali caj penghantaran.
Jadi KamiKreatif pun bercadang nak suruh Uncle Zack buatkan untuk KamiKreatif sekali dan lepas nie sampul duit raya KamiKreatif akan berbeza dgn org lain. Kalau budak2 tu nak buang sampul pun akan terpikir dua tiga kali.
Yang menjadikannya menarik adalah designnya. Masjid, org bersalaman, bunga api, bersalaman tu semua design old skool. Kalau yang berminat nak tau lebih lanjut bolehla emel kepada KamiKreatif.
Rupa2nya Uncle Zack aku ni kreatif orangnya!. Design sampul duit raya tu mmg kreatif dan dan KamiKreatif tak terfikir pun tentang konsep dan cara seperti itu. Sekian.
Sunday, August 02, 2009 | 0 Comments
Wall Sticker Kini Mendapat Sambutan

KamiKreatif memang suka sentuhan dalaman yang melambangkan keunikan sesuatu rumah. Rasa sejuk mata memandang jika kita masuk ke rumah yang mempunyai tona warna yang menarik dan juga hiasan serta susun atur perabot yang kemas.
Tapi kali ini KamiKreatif tidak mahu menyentuh tentang sentuhan warna, perabot atau landskap tetapi tertarik ingin berkongsi dengan anda semua berkenaan dengan lukisan dinding ataupun Wall Sticker. Melalui pengamatan KamiKreatif biasanya wall sticker akan dilekatkan di dalam bilik terutama bilik anak-anak. Pelbagai corak antaranya hidupan dalam air, kartun, kereta dan pelbagai lagi yang menimbulkan suasana ceria terhadap bilik anak-anak kita.
Wall sticker di Malaysia sekarang semakin mendapat perhatian dari penggemar hiasan dalam dan juga sesiapa sahaja yang mempunyai rumah. Kebiasaanya harga untuk wall sticker ini lebih kurang RM30 - RM80 bergantung kepada saiz dan corak.
Anda boleh dapatkan di kedai-kedai dan yang mana malas nak ke kedai, Penjualan wall sticker ini juga terdapat di dalam internet di mana pembeli hanya perlu order dan buat bayaran, selepas itu wall sticoker akan dipos ke rumah anda. Mudah bukan? Banyak laman web di Malaysia menjual wall sticker ini dan antara yang Popular adalah http://ir-koreadeco.blogspot.com/
Sekian.
Ingin menambah pendapatan RM100-RM200 Sehari? Mudah dan berkesan!
Monday, July 27, 2009 | 0 Comments
Deko Bersama Eric 2009

KamiKreatif tertarik dengan rancangan Deko Bersama Eric yg kini musim baru. Selain dari sentuhan kreatif si Eric, celotehnya juga membuat penonton tidak kering gusi. Syabas Eric dan krew. Yang Penting Ape??? "Feature Wall!!!". Mula2 ingatkan si Eric ni sebut "picture wall", biasa la eric kan pelat.
Musim terbaru ini KamiKreatif agak teruja dengan adanya penaja yang semakin banyak contohnya penaja baru rancangan ini Haier sebagai penaja TV LCD dan penghawa dingin, Master Home untuk tajaan langsir serta Soft Furnishing dan Goodnite untuk tajaan tilam. Sementara penaja lain ialah Dulux Colour Solutions, Lightcraft, Floorbiz, Red Apple Furnishing, Eureka Collections, Vantage, SSF Creative Lifestyle Hub, Alpha Malaysia, Lamex dan banyak lagi.
PERGH Teruja sungguh KamiKreatif!!! kan bagus kalau rumah KamiKreatif dapat memenangi pengubahsuaian bernilai RM50K ini!! Tapi kalau memang betul-betul dapat rasanya KamiKreatif pengsan kot. Walaupun hajat nak wat suprise kat isteri tersayang.
Tambah lagi rumah yang KamiKreatif beli kat Sunway Alam Suria U10 Shah Alam dah nak siap. Tengah tunggu kunci jer nie. Maybe bulan Ogos 2009 ni dah boleh masuk kot. Wah pening kepala jugak ni sebab kena fikirkan kitchen kabinet, grill, lampu2, plaster ceiling, perabot dan lain-lain. ARGHHH!!!! mana nak cari duit??
Dulu KamiKreatif memang tak minat langsung deko-mendekorasi rumah ini sebab dulu duduk dgn mak ayah dan KamiKreatif tak boleh bersuara langsung ttg deko-mendeko tu. Rumah penuh dengan bunga baik yg hidup plastik sampai la kaca.
KamiKreatif suka moden style sebab ianya simple dan yang paling menarik kerana tidak banyak menggunakan ruang. So rumah pun nampak luas dan selesa, tak lah nnt jalan sikit terlanggar pasu la, kerusi la dan macam-macam lagi.
Ramai orang kata sebelum nak masuk rumah baru baik renovate apa yang patut dahulu. So nanti takde la susah payah nak angkut keluar semua barang2 yg dah ada dlm rumah. Hmm.. betul jugak tu. So Hopefully rumah KamiKreatif terpilih la memenangi rancangan Deko Bersama Eric 2009 ini. Amin..
ps: borang pertandingan Deko Bersama Eric ada di laman web Eric
Friday, July 17, 2009 | 1 Comments
Betul ke orang putih lebih kreatif?

Kali ini KamiKreatif ingin menceritakan sedikit tentang bagaimana pemikiran org putih. Rata-rata mereka sanggup menghabiskan masa dan juga wang ringgit demi menunjukkan bahawa mereka ini kreatif. Baik dari segi sukan, pemotoran, perindustrian dan banyak lagi.
Dari apa yang kita dapat lihat dan mungkin kamu semua bersetuju bahawa org putih ini mungkin banyak masa yang terluang dan duit bagi mereka sebenarnya tidak ada masalah. Yang penting adalah kepuasan diri mereka. Mereka sanggup menghabiskan beribu-ribu ringgit untuk membeli peralatan yang bagi kita adalah satu pembaziran. Contoh dalam permainan, dah lah kos alat mahal dan mereka sanggup membahayakan diri mereka sendiri. mereka sanggup terjun dari jambatan yang tinggi, mereka sanggup melompat dari atas bumbung rumah ke atas jalan raya, dan macam2 lagi benda yang pelik dan gile.
Tapi tu semua adalah kreativiti mereka yang tersendiri. Tapi betul ke kreatif?
Friday, July 03, 2009 | 1 Comments
Urusan Pencen

Kali ini KamiKreatif ingin berkongsi lagi pengalaman, ianya berkenaan dengan urusan pencen apabila berlaku kematian kepada seseorang penjawat awam.
Urusan pencen apabila berlaku kematian seorang yg pernah bergelar penjawat awam tidaklah begitu susah. Pencen si mati tadi akan bertukar status menjadi Pencen Terbitan di mana akan dpt kpd isteri/suami/waris.
Maklumkan dengan SEGERA apabila berlaku kematian kepada JPA. Jika tidak proses tuntutan pencen si mati akan menjadi lambat.
Contoh senario jika suami yang meninggal dunia. Maka si isteri perlu menyediakan beberapa dokumen. Antaranya ialah :
- Kad Pesara si mati yang ASAL
- Sijil Kematian dari JPN yang ASAL
- Sijil Nikah yang ASAL
- IC Isteri. ASAL
- Buku Bank kepunyaan Isteri ASAL. (Tabung Haji atau ASB tidak boleh)
Dinasihatkan agar membuat SALINAN semua dokumen tersebut dan membawanya sekali ketika berurusan dengan pihak JPA.
Yang paling penting adalah Isteri kena datang sendiri ke JPA kerana JPA akan mengeluarkan borang kepada si isteri / waris tadi DAN perlu menandatangani serta cop jari di borang berkenaan. Setelah selesai semua urusan, Pihak JPA akan memberi kad pesara yang baru kepada pemohon tadi melalui pos.
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi blh rujuk terus ke laman web JPA
Tuesday, June 30, 2009 | 0 Comments







