Bulan Yang Paling Sibuk
Salam,
Maaf semua kerana agak lama tak update blog ini. Tersangat sibuk dgn aktiviti2 sepanjang bulan 12 hinggakan tak sempat nak conteng kat sini.
Nak cerita apa yg saya buat mungkin agak panjang, jadi nak dipendekkan saya hanya listkan saja la yer.
Minggu 4 (Bulan 11):
- cari dan pilih perabot rumah
- survey barang2 keperluan dapur kat ikea
- tgk wayang (the moon, chrismas apa ntah yg kartun 3D jim carey berlakon)
- tangkap gmbr org kawin
Minggu 1 (Bulan 12)
- beli dan susun perabot rumah
- kontraktor siapkan kerja2 terakhir.
- kitchen kabinet siap dipasang.
- pantau kerja2 kontraktor.
- tangkap gambar org nikah dan kawin kat Kuantan
Minggu 2 (bulan 12)
- cari dan beli mesin basuh (toshiba RM800) di USJ
- angkut barang kecik2 masuk ke rumah baru
- Family day kat Ancasa Hotel Port dickson 3 hari 2 malam
Minggu 3 (bulan 12)
- cari tv cabinet kat kg.melayu subang
- Basuh rumah (Buat kali ke berapa ntah)
- angkut brg2 kawin dan baju2 masuk ke rumah baru.
- tanam daun pandan, serai, halia kat tanah belakang rumah.
- tangkap gmbr org nikah dan kawin kat Menjalara kepong.
Minggu 4 (bulan 12)
- nak angkut tv +home teater masuk rumah baru
- meeting 4 hari dr isnin sampai khamis. Jumaat cuti tahun baru
- jemputan kawin kat gombak
Jadi itu adalah beberapa aktiviti yang sememangnya padat utk org yg sedang bercuti.
Monday, December 28, 2009 | 2 Comments
Pembelajaran Kreatif PJK

Salam semua,
Di masa ini dalam mendidik kanak-kanak amat berbeza berbanding sebelum ini. Kepandaian dan kecekapan mereka yang tinggi mungkin di sebabkan faktor luar yang banyak menyumbang ke aspek ini. Contoh ramai kanak-kanak sekarang suka menonton televisyen terutama kartun.
Cuba tanya kepada mereka berkenaan cerita wonderpet? spongebob? cat and dog, dan lain-lain. Pasti mereka akan teruja dan sungguh excited bila p&p melibatkan watak-watak cerita ini. Riuh-rendah kelas dibuatnya.
Saya bukan hendak cerita panjang berkenaan dengan IQ atau skill setiap kanak-kanak tetapi ingin berkongsi dengan anda semua tentang pembelajaran kreatif agar suasana Pembelajaran dan Pengajaran menjadi lebih menarik.
Untuk mata pelajaran PJK, pendidik yang mengajar murid tahap 1 harus mempunyai tahap kreativiti yang tinggi ini kerana pada tahap ini, murid tidak didedahkan dengan sebarang bentuk permainan seperti bola sepak atau bola jaring. Tetapi mereka lebih banyak tentang keseimbangan, ketahanan dan permainan kecil.
Bagi permulaan "warm-up" cara sedemikan boleh digunakan selain dari lari setempat atau pun lompat bintang. Ini menimbulkan rasa ingin tahu murid terhadap aktiviti yang ingin dijalankan.
Murid akan berasa dalam suasana yang berlainan dan pendidik harus memastikan agar regangan yang dibuat oleh mereka betul kerana murid tahap 1 sentiasa memerlukan tunjuk ajar dan fokus. Jangan biarkan mereka bermain tanpa kawalan.
Wednesday, October 28, 2009 | 0 Comments
Keajaiban atau Silap Mata
Salam semua.
Jom rehatkan otak jap...
Terdapat pelbagai cara untuk menguji keunikan tubuh badan kita,diantara keunikan itu sudah tentulah otak manusia.. dibawah ini ada ujian yang menarik untuk dicuba bersama.....
Sila lakukan dan jangan cuba menipu diri anda sendiri .....
Kira jumlah huruf F's dalam perenggan dibawah dalam masa 8 saat:
FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS
dah selesai?
Scroll kebawah hanya apabila anda telah selesai mengira!
OK?
berapa banyak?
tiga? (anda tentunya seorang lelaki!!!)
baca sekali lagi!
FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS
Salah, sebenarnya terdapat 6, kira semula..
Sebab berlakunya perkara tersebut diterangkan dibawah ini...
otak LELAKI tidak memproses perkataan "OF".
Keajaiban kejadian atau silap mata?
Sesiapa yang dapat mengira kesemua 6 F's pada permulaan ujian memiliki
otak PEREMPUAN
Cuba la dengan kawan2 anda untuk meguji setakat mana kebenaran perkara
ini.."
Sumber dari : onlinecafe
Monday, October 12, 2009 | 2 Comments
Keracunan Makanan
Salam semua,
Jam 4 pagi badan saya kesejukan yang teramat sangat dan badan terasa lain macam. Lalu saya tutup aircond bilik tetapi masih lagi menggigil. Masuk ke tandas dan terus muntah yang tuhan sahaja tahu betapa banyaknya sisa makanan yang keluar.
Pada malam tersebut saya dinner bersama keluarga di Nyonya Kitchen. Pelbagai jenis lauk saya makan antaranya sotong tepung, udang tepung, ikan siakap 3 rasa, sayur asparagus dan ayam goreng pandan. Memang sedap masakan di restoran tersebut.
Balik ke rumah saya minum pula air sirap bandung (yang letak ais krim soda). Selang 1 jam saya pergi main futsal di Alam Sentral. Jadi bukan disebabkan makanan di restoran tersebut tetapi mungkin air bandung dan juga futsal. Maklumlah, lama tak berfutsal dan makanan di dalam perut belum lagi dihadamkan sepenuhnya. So terima lah akibatnya.
Bukan setakat muntah-muntah tetapi cirit birit. Memang start dari pukul 4 pagi sampai ke subuh saya tak boleh tidur asyik cirit-birit sahaja. Badan pulak menggigil kesejukan walaupun sudah diselimut dengan toto!.
Lepas sahaja subuh isteri saya membawa saya pergi ke klinik. Saya duduk di sebelah dah jadi macam zombie. Hendak bangun pun tak larat. Doktor mengesahkan saya keracunan makanan dan bukannya yang biasa-biasa tetapi yang luar biasa! Ini kerana saya dah makan bakteria tersebut.
Doktor kata biasanya bila seseorang itu terkena keracunan makanan maka akan berlaku cirit-birit dan muntah-muntah dan selepas itu akan sembuh. Tetapi kes saya saya terus demam yang teruk. Apa lagi, doktor terus bagi satu injection kat saya. Mula-mula doktor nak suntik kat bontot tapi saya suruh dia suntik kat lengan aje.
Bakteria tu namanya salmonella dan doktor bagi ubat dhamotil serta ubat angin dan ubat tahan muntah. Ingatkan pagi tu bla makan ubat dah ok, tapi tak baik jugak hinggalah ke malam. Hari ini baru rasa ok sikit.
Itu semua ujian kecil dari Allah supaya kita sentiasa mengingat kepadaNYA. LADAP Sabtu hari tu tak dapat pergi. Mesti ramai yang kata saya ponteng atau mencari alasan kerana malam Jumaat saya sempat pulak main futsal. Hmm... Yang penting memang dah sakit. Nak buat macamana betul tak?
Sunday, October 11, 2009 | 0 Comments
Semoga Berjaya PMR 2009
Assalamualaikum semua,
Kelmarin bermulanya Penilaian Menengah Rendah (PMR) bagi tahun 2009 serentak di seluruh Malaysia. Teringat saya masa menduduki peperiksaan ini. Kalau masa boleh patah balik, memang saya nak menduduki peperiksaan ini. Tapi rasanya tidak boleh score kot sebab sistem dan content setiap matapelajaran tidak sama seperti dahulu. Sekarang ini soalan-soalan mereka lebih susah dari dulu (saya rasa aje).
Tetapi apa yang membuat saya terkejut adalah kejadian bakar dewan sekolah yang berlaku semalam di sebuah sekolah menengah di Johor Bahru. Menurut sumber kebakaran ini dilakukan oleh murid sekolah tersebut. Apa punca sebenar atau masalah pelajar itu sehingga sanggup membakar dewan sekolah?
Adakah kerana tidak bersedia? biasanya kalau tidak bersedia bukan alasan bagi pelajar yang nakal. Sememangnya golongan-golongan ini sampai bila-bila pun tidak akan bersedia. Adakah kerana ingin boikot peperiksaan PMR di sekolah mereka? Adakah benci pada pentadbir sekolah? Jadi sebarang spekulasi boleh di andaikan oleh masyarakat.
Memang pelajar-pelajar kita zaman yang serba canggih ini berani dan tiada rasa hormat kepada guru dan juga masyarakat setempat. Bukan tugas kita untuk mencari di mana silapnya tetapi cuba kita cari jalan penyelesaian agar golongan remaja ini mendapat meneruskan perjuangan bangsa dan agama di masa hadapan. Mereka adalah pelapis dan yang bakal mencorakkan negara kita di masa hadapan.
Cadangan saya adalah bermula dari rumah. Ibubapa mendidik anak mereka tentang Islam, tauhid, fiqh dan yang paling asas adalah sembahyang 5 waktu. Ini pengalaman saya sendiri apabila melihat anak-anak abang saya.
Abang saya mempunya 4 orang anak dan semuanya lelaki. Jarak umur pun tak jauh dan sekarang ini yang tua berumur 22 tahun. Kedua berumur 20 tahun, ketiga 17 tahun dan keempat 16 tahun. Apa yang ingin saya ceritakan adalah mereka berempat ini sangat hormat kepada ibubapa dan semua orang. Sentiasa mengikut jadual, sembahyang berjemaah yang diimamkan oleh abang saya dan jika hendak keluar akan meminta izin dari ibubapa mereka terlebih dahulu.
Saya menanyakan apa rahsianya kepada abang saya, dan jawapan dari mulut beliau adalah sentiasa menunaikan solat bersama-sama mereka dan menceritakan tentang islam. Insyallah...
Friday, October 09, 2009 | 2 Comments
Elitisme
Assalamualaikum semua,
Saya ada terbaca di dalam akhbar hari ini berkenaan dengan Elitisme di kalangan pelajar.
Apa yang anda faham dengan maksud Elitisme ini? elitisme atau "elitism" dalam bahasa Inggerisnya merujuk kepada kelompok budaya yang hebat dari segi gaya hidup, kewangan, tempat tinggal, sosialogi atau dalam bahasa mudahnya budaya dan tingkahlaku golongan Elit! (boleh rujuk di wikipedia)
Akhbar berkenaan menyatakan bahawa budaya elit memberi tekanan kepada pelajar dan sekolah. Memang saya setuju dengan tajuk di atas tetapi saya kurang setuju dengan isi yang diceritakan oleh wartawan. Isi yang disampaikan tidak bertepatan dengan tajuk kerana menceritakan tentang sistem peperiksaan dan bukannya faktor etilisme yang sebenarnya.
Pada mulanya saya menganggap isu atau faktor persekitaran sekolah di mana majoriti penduduknya tergolong dalam golongan elit memberi tekanan kepada piak sekolah atau murid itu sendiri, tetapi isinya lebih membincangkan tentang penilaian seseorang murid atau pelajar berasaskan peperiksaan yang perlu diubah agar murid dapat berfikir lebih kreatif dan kritis lagi. Bermakna aspek pedagogi perlu di ubah.
Atau sebenarnya wartawan ini ingin menceritakan tentang perbezaan antara sekolah harian biasa dengan sekolah kluster sebagai contoh budaya elitisme? Saya minta maaf, ini hanya sebagai pendapat dan siapalah saya untuk menegur penulis wartawan yang sememangnya pandai berkarang berbanding dengan saya yang baru hendak mengenal dunia kreatif ini? Frasa dan kosa kata yang digunakan masih banyak yang salah. Maklumlah dakwat belum kering lagi.
boleh klik di sini untuk melihat akhbar berkenaan
Tuesday, September 29, 2009 | 0 Comments
Mula Bekerja
Assalamualaikum pembaca semua,
Hari ini Isnin 28 September 2009 ramai yang mula bekerja semula setelah cuti panjang sempena Hari Raya Aidilfitri. Sindrom malas pergi ke kerja memang dirasai setiap tahun. Mungkin ada segelintir yang tidak puas menikmati rendang, ketupat dan lemang ataupun masih banyak lagi rumah saudara-mara atau kenalan tidak sempat dikunjungi.
Tapi apakan daya kita yang makan gaji ini untuk tidak hadir ke pejabat. Hendak "extend" lagi cuti? nanti apa pula rakan-rakan sepejabat kata? mungkin akan menyusahkan lagi mereka kerana terpaksa tanggung tugas kita.
Bukan pekerja sahaja yang merasai sindrom malas hendak ke tempat kerja, tetapi murid-murid, pelajar sekolah dan juga mahasiswa-mahasiswi juga saya percaya akan merasai perasaan yang sama. Cuba kita renungkan kembali mengapa ini terjadi? mengapa kita malas untuk menyambung tugas kita setelah lama berehat? sedangkan kita tahu bahawa pekerjaan itu adalah sumber rezeki kita dan menuntut ilmu pula akan memberi manfaat kepada kita?
Memang ramai rakan-rakan saya merungut bila perlu pergi ke tempat kerja semula. Sebenarnya ini adalah psycho yang datang dari minda kita. Kita sendiri yang sudah setkan mind kita untuk malas pergi ke kerja.
Walhal jika hari ini kita pergi ke kerja, maka esok dan seterusnya kita akan terus-menerus pergi ke tempat kerja. Kerana minda dan fizikal kita ibarat sudah "warm-up". Kalau anda tidak percaya, cuba anda pergi kerja pada keesokan harinya. Anda akan terus pergi pada hari seterusnya.
Monday, September 28, 2009 | 0 Comments
UPSR 2009 ~ Semoga Berjaya!

Salam semua pembaca KamiKreatif
Bermula dari semalam peperiksaan UPSR bagi tahun 2009 telah dijalankan serentak di seluruh negeri. Dimulakan dengan matapelajaran Bahasa Malaysia Pemahaman dan Penulisan dan diikuti Matematik kertas 2.
Pada hari ini (hari ke-2) hanya Matematik kertas 1 sahaja untuk calon-calon yang tidak mengambil kertas Bahasa Cina dan Tamil.
Keesokan (hari ke-3) pula kertas yang agak "berat" harus ditempuhi oleh semua calon iaitu Bahasa Inggeris dan Sains dan selepas itu ujian aplitud iaitu satu bentuk ujian pemilihan untuk murid-murid diterima masuk ke sekolah asrama semasa naik ke sekolah menengah nanti. Lebih kurang macam IQ test soalan dia.
Ok jika anda lihat jadual peperiksaan UPSR tahun 2009 ini agak tidak seimbang kerana pada hari pertama calon-calon harus menempuh 3 kertas peperiksaan yang "heavy" iaitu BM Objektif, BM Karangan dan jugak Matematik Subjektif!
Manakala di hari kedua hanya Matematik objektf sahaja dan rata-rata calon tidak mengambil kertas bahasa tamil dan bahasa cina. Apa salahnya jika hari kedua tersebut diadakan Matematik Kertas 2 selepas habis Matematik kertas 1. Betul tak?
Tahap Sistem peperiksaan sekarang ini semakin tinggi berbanding dengan dahulu. Matematik masa zaman saya tahun 1 dahulu rasanya hanya mengenal nombor. Tetapi sekarang ini murid-murid perlu belajar bab wang, masa, tolak. Hmm... berat jugak tu kan?
Wednesday, September 09, 2009 | 3 Comments
Terawih Semakin Berkurangan
Assalamualaikum semua,
Kelmarin Nuzul Quran dan kita sudah menghampiri 10 malam terakhir. Tetapi apa yang menyedihkan saya ialah makin hendak meninggalkan bulan ramadhan ini makin berkurangan jemaah di masjid. Masa malam pertama punyalah ramai sampai penuh saf dan jalan kat depan masjid jadi jam disebabkan keinginan untuk sembahyang terawih.
Bila dah pertengahan semakin kurang jemaahnya. Sedih rasanya bila melihat keadaan sedemikian. Adakah ini sudah menjadi trend masyarakat kita? trend atau tradisi yang harus dibuang jauh-jauh! Maklumla orang melayu ini memang kaya dengan adat dan resam tapi jangan bulan ramadhan dan solat terawih pun dijadikan sebagai satu adat atau tabiat! Cepat pancit atau mungkin tidak tahan dengan imam yang baca ayat terlalu panjang?
Dulu masa awal Ramadhan kosong kedai mamak sebab ramai yang menunaikan solat terawih. Tapi bila dah pertengahan ini masjid atau surau pulak yang kosong manakala kedai mamak pula yang ramai dan kebanyakannya yang beragama islam walhal masa pekena teh tarik tu kedengaran suara imam membaca ayat-ayat Quran.
Adakah kita ini sudah banyak amal jariah? adakah kita ini memang akan ditempatkan di syurga kelak? adakah kita ini tidak akan mati? adakah kita ingin berjaya di dunia sahaja?
Memang kadangkala kita kepenatan kerana kerja+puasa yang telah kita tempuhi di siang hari. Sibuk mencari pakaian dan hiasan untuk menyambut hari raya. Tetapi adakah kita terfikir atau terdetik dihati kita :
"Adakah aku akan bertemu lagi Ramadhan iaitu bulan penuh dengan keampunan di tahun hadapan? Adakah aku masih bernyawa lagi? Apa akan terjadi jika Ramadhan tahun ini aku biarkan berlalu seperti tahun-tahun yang lalu dan tidak akan berjumpanya lagi di tahun hadapan?" Alangkah ruginya aku menjadi seorang islam yang berbangsa melayu. SubhanaAllah...
Adakah surau atau masjid di kawasan anda pun begitu? Saya yakin memang jawapan anda sama dengan saya.
Wednesday, September 09, 2009 | 0 Comments






