feedburner

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count
Showing posts with label Sunway Alam Suria. Show all posts
Showing posts with label Sunway Alam Suria. Show all posts

Jalan dari bukit jelutong ke ttdi jaya shah alam

Labels: , , , ,

Semenjak lepas dari cuti sekolah pertengahan tahun baru aku perasan yang jalan agak clear. Start dr sunway alam suria hinggalah ke traffic light giant shah alam.. Pelik jugak?

Ramai yg dah jual kete ke? Atau ramai yg masih lagi berada di luar kawasan? Atau waktu office hour dh berubah.. Mmg dlm seminggu ni jalan agak lengang terutama fly over yg kat nstp.. Kalau x, start dr situ dh sangkut...

Korng perasan tak?. (sekitar jam 7.00am) nape ek?







Selamat Datang Ramadhan

Labels: ,

Salam,

Terlebih dahulu kamikreatif ingin mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan.. Semoga ramadhan kali ini akan menjadikan kita hamba yang taat perintahnya. Menggandakan amalan dan memperbanyakkan amalan sunat.

Untuk pengetahuan semua, Surau Sunway Alam Suria telah siap dibina. Walaubagaimanapun surau ini tidak dapat digunakan lagi untuk menunaikan solat terawih. Semua penduduk Sunway Alam Suria dijemput untuk menunaikan solat fardhu dan terawih di surau Perdana Height.

Oleh yang demikian, bersama-sama kita mengimarahkan lagi rumah Allah agar pada bulan Ramadhan ini kita mendapat keampunan dariNYA. Insyallah...





Campfire Sunway Alam Suria Berjaya!

Labels: , ,


Salam semua,

Campfire Sunway Alam Suria 2010 secara keseluruhan berjaya dilaksanakan pada 15&16 Mei tempoh hari. Semasa pemasangan khemah (jumaat) hujan turun dengan lebat sekali tetapi Alhamdulillah sepanjang program cuaca amat baik.

Penat kerana pada pagi tersebut aku ditugaskan mengecat bangunan sekolah sempena gotong royong perdana dari jam 7.30 pagi hingga 3 petang. Habis aktiviti di sekolah aku bergegas balik ke rumah untuk melihat samada perjalanan projek campfire ini berjalan dengan baik atau tidak.

Maklumlah, penduduk dah lantik aku menjadi project manager utk campfire ini. :) Walaupun penat tetapi aku berasa sangat seronok kerana dapat berkhidmat untuk sekolah dan sekaligus untuk penduduk Sunway Alam Suria.

Aktiviti dimulakan seawal jam 8 pagi dengan pengagihan peserta mengikut kumpulan dan aktiviti memasang khemah di mana demo dibuat oleh para fasilitator. Aktiviti berikutnya adalah "Amazing race" di mana peserta dikehendaki menyelesaikan "clue" yg telah diberikan. "Amazing Race" ini dijalankan di sekitar kawasan perumahan Sunway Alam Suria Seksyen U10 Shah Alam sahaja.

Selesai Amazing Race, peserta diberi rehat untuk bersarapan pagi yang disediakan oleh ibubapa masing-masing. Kemudian aktiviti seterusnya adalah Gubahan Arca. Setiap kumpulan dikehendaki menghasilkan satu arca (gadget) di mana bahan2nya adalah dari malam semulajadi seperti ranting kayu, daun dan sebagainya.

Penghasilan bendera dan sorakan kumpulan adalah aktiviti yang menaikkan semangat peserta. Ini semua adalah aktiviti disebelah pagi.

Aktiviti disebelah petang adalah merempuh halangan. aktiviti ini dibahagikan kepada 4 stesen iaitu lari dalam tayar, panjat tembok, meniti jambatan kayu, merangkak di bawah jaring. Di sini para peserta menampakkan kesungguhan dan semangat setiawakan di antara satu sama lain. Contohnya dalam memanjat tembok di mana peserta yang berumur 7 - 9 tahun dibantu oleh peserta yang lebih tua.

Selepas merempuh halangan, peserta dikehendaki bermain permainan "dart" di mana setiap peserta hanya boleh membaling sebanyak 3 kali balingan sahaja.

Campfire berehat untuk solat Asar berjemaah di bawah khemah yang telah disediakan. Aktiviti diteruskan lagi dengan Sukaneka. Ada 3 stesen iaitu berjalan di atas batu-bata, mengambil gula di dalam tepung menggunakan mulut dan isi air dalam botol menggunakan span. Aktiviti ini adalah yang paling seronok kepada para peserta dan juga ibubapa yang melihat aksi dan ragam anak-anak mereka. Selesai acara sukaneka adalah acara tarik tali.

Aktiviti sebelah malam pula adalah slot motivasi yang disampaikan oleh pensyarah UiTM iaitu Sdr. Asmadi diikuti dengan malam kebudayaan (persembahan). Peserta dari setiap kumpulan menunjukkan bakat masing. Ada yang berlakon, menari dan menyanyi.












Aktiviti Malam diteruskan dengan "keepers of the flame" di mana peserta berjalan di dalam gelap (berkumpulan). setiap kumpulan dibekalkan dengan obor (api) dan perisai. Tugas mereka adalah menjaga api tersebut tidak padam. Sedang mereka berjalan, ada beberapa stesen akan membaling belon air ke arah mereka.

Selesai sahaja aktiviti keepers of the flame, peserta berkumpul membuat satu bulatan besar sambil memegang tangan rakan masing2. Menyayikan lagu teman sejati dan fasilitator akan menekankan ttg makna teman sejati.

Sambungan hari kedua.......






Campfire Sunway Alam Suria

Labels: ,

Assalamualaikum

15/5 - 16/5 bersamaan Sabtu dan Ahad ini akan dilangsungkan "campfire" bertempat di padang Sunway Alam Suria. Antara aktiviti yang akan dijalankan adalah "Amazing Race, Gubahan Arca, Merempuh Halangan, Sukaneka, Malam Persembahan, Slot Motivasi dan banyak lagi. Setakat ini penyertaan yang diterima seramai 44 orang dan target adalah seramai 50 orang peserta yang terdiri dari mula umur 7 tahun hingga 14 tahun.

Diharap cuaca pada hari tersebut baik walaupun setiap peserta mempunyai khemah masing-masing.

p;s : perlu ke campak spender atas bumbung? hahahahah



Bowling 2010 Sunway Alam Suria

Labels: , ,

Salam,

Rasa best bila dah ada rumah sendiri. Ditambah pula persatuan penduduk yang aktif. Pelbagai aktiviti dijalankan. Akhir bulan Februari tempoh hari Sunway Alam Suria telah menganjurkan pertandingan bola sepak 7 sebelah di mana 4 pasukan telah menyertai. Antaranya Puncak Alam, Puncak perdana dan juga PDRM Seksyen u10.

Pada 11 April 2010 pula pertandingan Bowling di antara penduduk Sunway Alam Suria. Kejohanan ini telah diadakan di Ole-Ole Sekyen 18 Shah Alam. Suasana amat meriah sekali. Ini dapat menambahkan lagi ikatan silaturrahim antara penduduk. Memang berbaloi pindah di Sunway Alam Suria ini. Ini antara beberapa gambar yang sempat di ambil sepanjang kejohanan bowling tersebut. Diharap pertandingan bowling ini akan menjadi tradisi setiap tahun.

Kejohanan bowling Sunway Alam Suria 2010

bersama tag-team masing2.

Antara gambar menarik





Senja Permai Di Sunway Alam Suria Shah Alam

Labels:

Keindahan yang dinikmati di waku senja di Sunway Alam Suria....



Ketenangan damai permai dan dikelilingi oleh tumbuhan hijau menyamankan lagi udara di kawasan ini. Terletak di atas bukit membuatkan kehidupan lebih indah dan selesa jauh dari hiruk piruk sibuk kota.







Kekangan Yang Wujud! Arghh!!!

Labels:

Assalamualaikum..

Minta maaf byk2 sebab dh tahun 2010 baru nak post. Rumah baru so byk benda nak buat.. sedar2 je hampir 3 bulan tak update blog ni.

Tapi yg penting HP masih lagi berfungsi.. Anda pernah rasa situasi sedemikian rupa? :) Jadi aku termenung dan terfikir bagaimana kehidupan mak ayah kita zaman dulu, dan bagaimana agaknya kehidupan anak-anak kita suatu hari nanti

Kekangan yang ketara adalah "TAKDE INTERNET!" celcom broadband dan ape saje broadband cam hampeh. Taip google kat IE sampai tertido xbukak2 lagi main page google yg ringan tu. Tensen tul.


Try tanye streamyx, sebulan baru leh dapat. tu pun tak sure lagi. Jadi sebab tu la hidup KamiKreatif seperti masyarakat primitif :) berbalik kepada cara tradisional! hahah tu la dh biasa dengan hidup moden. Semuanya nak mudah..

Kerja pun dh bertukar tempat. Internet pun takde. So gi keje ingt nak online, tapi internet takde langsung, balik rumah ingt nak online jugak, tp sama jerk.. arghh.. sabar, ni semua dugaan.



Bulan Yang Paling Sibuk

Labels: , ,

Salam,

Maaf semua kerana agak lama tak update blog ini. Tersangat sibuk dgn aktiviti2 sepanjang bulan 12 hinggakan tak sempat nak conteng kat sini.

Nak cerita apa yg saya buat mungkin agak panjang, jadi nak dipendekkan saya hanya listkan saja la yer.

Minggu 4 (Bulan 11):
- cari dan pilih perabot rumah
- survey barang2 keperluan dapur kat ikea
- tgk wayang (the moon, chrismas apa ntah yg kartun 3D jim carey berlakon)
- tangkap gmbr org kawin

Minggu 1 (Bulan 12)
- beli dan susun perabot rumah
- kontraktor siapkan kerja2 terakhir.
- kitchen kabinet siap dipasang.
- pantau kerja2 kontraktor.
- tangkap gambar org nikah dan kawin kat Kuantan

Minggu 2 (bulan 12)
- cari dan beli mesin basuh (toshiba RM800) di USJ
- angkut barang kecik2 masuk ke rumah baru
- Family day kat Ancasa Hotel Port dickson 3 hari 2 malam

Minggu 3 (bulan 12)
- cari tv cabinet kat kg.melayu subang
- Basuh rumah (Buat kali ke berapa ntah)
- angkut brg2 kawin dan baju2 masuk ke rumah baru.
- tanam daun pandan, serai, halia kat tanah belakang rumah.
- tangkap gmbr org nikah dan kawin kat Menjalara kepong.

Minggu 4 (bulan 12)
- nak angkut tv +home teater masuk rumah baru
- meeting 4 hari dr isnin sampai khamis. Jumaat cuti tahun baru
- jemputan kawin kat gombak

Jadi itu adalah beberapa aktiviti yang sememangnya padat utk org yg sedang bercuti.



Banyak Benda Kena Buat Masa Cuti

Labels:

Salam semua,

Selamat Hari Raya Aidil Adha!

Macam biasa, kali ni raya di Johor Bahru kampung isteri. Sembahyang raya di Masjid Kg.Pasir dan Sembahyang Jumaat di Bandar Baru Uda. Besar dan sangat cantik masjid Bandar Baru Uda!

Perut keyang sekenyangnya. Dalam perjalanan pulang ke KL hujan lebat di Ayer Keroh. Alhamdulillah jalan clear pada hari Sabtu hari tu. So rasanya ni kali pertama pergi dan balik tak "jam". Nak dijadikan cerita, lepas je keluar dari R&R jejantas Ayer Keroh, power window buat hall. Tiba-tiba je turun sendiri. Dah la hujan lebat, nak naikkan balik tak boleh. Mungkin sebab "shot" kena air hujan. Tgh kelam-kabut nasib baik naik balik. Buat suspen jerk.

So kecik Saffiya pulak sepanjang perjalanan tidur jer kejenya. Senang bapak n maknya nak dating dalam kete. :)

So sempena cti panjang ni banyak kerja yang nak diselesaikan. Dengan bercuti di PD, shooting org kahwin, maklumlah bulan 12. Memang ramai la yang akan mendirikan rumahtangga. Jadi KamiKreatif mengucapkan selamat pengantin baru la ya.



Berpusing-pusing mencari nurseri

Labels:

Salam semua,

Apa khabar? maaf kerana agak lama tak update blog kreatif ini. Pada minggu lepas start dari Isnin hingga Rabu saya berada di Hotel Empress Sepang dan sambung pada hari Khamis hingga Jumaat berada di Pangkor pula. Itu semua adalah tugas rasmi yang diamanahkan kepada saya.

Jadi minggu ini agak penat sedikit tetapi seronok sebab lama tak berjalan jauh :) Bukan berkenaan tugas rasmi tersebut yang ingin saya ceritakan tetapi adalah berkenaan dengan nurseri.

Saya dan isteri pergi ke rumah kami di Sunway Alam Suria, Puncak Perdana Shah Alam untuk melihat perkembangan pengubahsuaian yang kami buat. Alhamdulillah kitchen cabinet dan awning telah siap dipasang.

Nak pindah? mungkin dalam pertengahan bulan 12 kot. Sebab banyak lagi urusan blm diselesaikan. Selepas itu saya masuk ke Nusa Rhu untuk mencari nurseri. Sebenarnya saya prefer makcik atau nenek yang berdekatan kawasan tersebut untuk menjaga anak saya. Bukan apa sebab kalau nurseri terlampau ramai.

Tapi kawasan tu mmg takder golongan veteran. semuanya muda belaka. No choice. Then ada lah tanye satu nurseri di Subang Permai dan harganya RM250 untuk menjaga anak saya yang berusia 1 tahun ini. Dari jam 7pg hingga 7mlm. Kira ok jugak la kan?

Kalau ada sesiapa yang kenal makcik2 atau nenek2 yg nak jaga anak org. Tolong hubungi saya ya.



Tidak Logik Bil Air Tinggi

Labels:


Assalamualaikum semua,

Kali ini saya ingin menceritakan pengalaman berkenaan dengan meter air di rumah baru saya. Setelah saya mendapat kunci rumah pada bulan puasa yang lepas selang dalam 2 minggu saya dapati kontraktor telah memasang meter air.

Pada permulaan meter berwarna hitam menunjukkan bacaan sebanyak 239. Manakala meter berwarna putih masih lagi kosong. Setelah saya membuka paip utama saya dapati bunyi air yang agak laju masuk ke dalam tangki di atas bumbung rumah saya.

Setelah 2 bulan, saya sedari bacaan meter berwarna putih menunjukkan angka 71 manakala berwarna hitam menunjukkan 434. Ini bermakna saya telah menggunakan sebanyak 71m padu! Walhal saya tidak menduduki lagi rumah berkenaan.

Saya menelefon Pusat Khidmat Pelanggan Syabas (Puspel) di talian 1800-88-5252 untuk memberitahu pemasalahan yang saya hadapi. Operator berkenaan menanyakan tentang samada meter masih berjalan atau tidak, ada kebocoroan di mana2 dan lain-lain lagi.

Apa yang saya pasti meter tidak bergerak apabila air tangki telah penuh, Jika ada kebocoran pada tangki atau bawah tanah, secara logiknya meter sentiasa berpusing.

Saya menanyakan masalah ini kepada pemaju dan pemaju kata tunggu laporan dari Syabas, jika tiada ada apa masalah tentang meter, pemaju akan membayar bil tersebut.

4 hari lepas saya pergi ke rumah tersebut dan dapati bacaan air masih sama iaitu 71m padu dan apabila membuka peti surat, Bil air yang dikenakan ke atas saya adalah sebanyak RM85. Wow, tak duduk lagi tapi bil air dah tinggi. Lalu saya menelefon sekali lagi Puspel memaklumkan hal berkenaan.

Pada h ari sabtu yang lepas, technician Syabas menelefon saya dan memberitahu bahawa tiada apa masalah terhadap meter. Beliau sarankan agar saya membuat Check meter di mana saya perlu pergi ke Syabas Klang dan membayar lebih kurang RM20+ untuk tujuan berkenaan.

Jika didapati ada masalah pada meter, maka bil saya sebelum ini akan diberi rebat. Ini adalah Bil kedua saya di mana pada bulan pertama Bil Air adalah sebanyak RM6 sahaja dan tetiba bagaimana boleh naik sehingga RM85 walhal saya masih tidak mendiami rumah berkenaan..

Walaubagaimanapun syaa berterima kasih kepada operator dan juga technician Syabas kerana mengambil tindakan dan datang ke rumah saya dengan cepat untuk menyiasat masalah ini. Ada sesiapa yang mengalami pengalaman sebegini? Boleh syer bersama?





Happy Birthday Hani Saffiya

Labels:


Assalamualaikum,

Agak lama saya tidak mengupdate blog ini. Genap 24hb Oktober 2009 harijadi yang pertama anak kesayangan Hani Saffiya. Sempena ulangtahun ini saya dan isteri telah mengadakan sedikit doa selamat di rumah baru kami di Sunway Alam Suria, Shah Alam.

Ramai saudara-mara yang hadir dan cuaca pada hari tersebut amat cantik sekali. Ramai yang memuji caterer yang kami ambil. Roti jala, nasi impit, rendang daging, kuah lode, kuah kacang, pulut kuning, rendang ayam dan juga kuih-muih semuanya habis licin.

Saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana mempertemukan saya dengan isteri yang amat penyayang, anak yang sangat comel dan montel, serta saudara-mara yang memahami serta sedia membantu walau dalam keadaan sekalipun. Semoga mereka semua dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik. Amin.



Renovation- Hari Kelima

Labels: ,

Assalamualaikum pembaca semua

Malam semalam saya telah singgah di Sunway Alam Suria Shah Alam untuk melihat perkembangan pengubahsuaian yang telah dijalankan pada hari keempat. Hari ini lebih tertumpu kepada wiring dan juga pemasangan lampu.

Memang saja nak datang malam sebab nak melihat semua lampu yang dipasang dapat berfungsi dengan elok atau tidak. Kebetulan pula malam semalam memang dah janji dengan kedai elektrik untuk mereka hantar peti sejuk.

Sampai di rumah saya terus on kan semua suis yang ada dan terang benderang dek limpahan cahaya lampu kalimantang, downlight dan lampu hiasan sepertimana yang ada dalam gambar di bawah.



Saya membuat plaster ceiling di mana lampu dipasang di dalamnya dan luaran plaster ceiling tersebut diletakkan "downlight" sepertimana yang anda lihat pada gambar di atas. Ada 2 partition plaster ceiling untuk membahagikan ruang makan dan juga ruang tamu. Untuk ruang makan lampu kalimantang yang berukuran 4 kaki dipasang secara terus tanpa ada ruang antara satu sama lain. Keseluruhan untuk ruang makan ini sahaja adalah sebanyak 10 batang lampu kalimantang yang digunakan.

Sementera itu untuk menampakkan ruang makan saya lebih kelihatan menarik saya ada memasang sekali lampu hiasan (beli di ikea) sepertimana post berkenaan lampu sebelum ini. Cuma apa yang saya kurang berpuas hati adalah kerana lampu berkenaan terlau tinggi. Masa pemasangan tersebut saya bekerja dan tidak dapat memantau. Lebih elok jika direndahkan lagi lampu tersebut agar cahaya dan lebih nampak "center" dengan meja makan betul tak?



Untuk ruang tamu pula (saya lupa nak ambik gambar ruang tamu) sebanyak 14 batang lampu kalimantang di letakkan di dalam plaster ceiling tersebut. Bermakna untuk ruang tamu dan ruang makan saya telah menggunakan 24 lampu kalimantang! Bengkok nak bayar bil elektrik tiap-tiap bulan. Tidak terfikir pun sebelum ini tentang elektrik saver cuma pikir bagaimana nak nampak rumah canik. Saya cuba hanya menghidupkan "downlight" sahaja tetapi pencahayaan agak kurang kerana bulb standard yang digunakan mempunyai 18 watt sahaja. Perlu buat penambahan downlight lagi rasanya.

Selain itu, penambahan point untuk plug juga telah dipasang. Cuma di tingkat atas rumah sahaja yang belum dibuat point dan pemasangan lampu. Hopefully boleh siap semuanya sebelum 20 hb ini.





Pencarian Peti Sejuk Berakhir - GR R31MPD

Labels: ,

Pada post yang lepas saya ada menulis berkenaan dengan peti sejuk jenama apa yang bagus dan tahan lama tetapi malangnya saya tidak mendapat respon dari pembaca sekalian. Mungkin aggak sukar untuk anda mencadangkan jenis atau jenama apa yang bagus atau mungkin anda tidak ada masa untuk menaip memberi komen.

Cuma apa yang saya ingin saya berkongsi dengan anda adalah cerita ketika saya membuat pilihan membeli peti sejuk. Malam semalam cadangnya saya pergi ke Taipan USJ untuk membayar kredit kad kerana di Subang Jaya SS15 tiada cawangan Bank Islam dan hanya 'berkain pelekat' dan t-shirt ala-ala pagoda.

Selepas urusan membayar "hutang" selesai saya berpusing-pusing di sekitar kedai-kedai di area tersebut. Maklumlah dekat area kedai di situ memang sentiasa "jam". Tetiba saya ternampak deretan kedai elektrik.

Semasa saya lalu di kedai yang pertama lebih kurang 3 orang pekerjanya berborak di luar. Saya masuk ke dalam kedai tersebut tetapi tiada seorang pun yang boleh untuk saya bertanya. Sambil memerhatikan peti sejuk saya menjeling ke arah pintu masuk dan ada sepasang suami isteri yang berpakaian agak kemas masuk. Apa lagi, pekerja yang diluar tadi terus masuk dan memberi layanan yang cukup mesra. Hmm...

Kemudian saya pergi ke kedai sebelahnya pula dan ramai pekerja kedai tersebut(saya berani kata mereka adaah pekerja tersebut kerana baju t-shirt yang mereka pakai sama warna dan juga sama logo kedai) berdiri di luar sambil berbual-bual. Situasi yang sama juga berlaku di kedai tersebut.

Saya masuk ke kedai sebelahnya pula iaitu kedai yang ketiga dan diluar kedai tersebut keadaan yang sama seperti di kedai-kedai yang pertama dan kedua tadi. Lalu saya melihat jam, Oh! patutla sebab dah dekat pukul 10 malam. Saya masuk ke kedai ketiga tersebut dan diikuti oleh seorang pekerja yang berpakaian kemeja tidak seperti rakan-rakannya yang lain yang memakai uniform.

Soalan pertama yang keluar dari pekerja tersebut adalah "Encik mau cari apa?" saya pun jawabla peti sejuk. Kemudian dia tanya "Budget berapa? 2ribu? 1 ribu?" Saya pun kata bawah 2 ribu. Kemudian dia terus menunjukkan jenis-jenis peti sejuk sepertimana budget yanag saya katakan.

Pekerja tersebut menjawab setiap soalan yang saya tanya dan boleh dikatakan setiap peti sejuk yag ada di situ akan saya tanya kepadanya dari segi kualiti, ketahanan, compressor, warranty, design dan perbezaan antara jenama. Yang membuat saya terus beli di kedai tersebut adalah kerana sikap dan layanan yang ditunjukkan oleh pekerja tersebut. Walaupun sebenarnya kalau kita lihat kedai elektrik yang sebelah-menyebelah dari segi harga lebih kurang sama sahaja.

Jadi saya membuat keputusan untuk membeli peti sejuk jenama Toshiba Model GR R31MPD (2 pintu, 290 Liter) dan anda boleh review di laman web ini.



Harga yang diberikan selepas tawar-menawar adalah RM950 dan mempunyai 5 tahun warranty compressor dan 2 tahun warranty body. Ada sesiapa yang mempunyai pengalaman dengan model ini? Boleh berkongsi dengan saya dan pembaca yang lain? Ok ke dari segi harga?



Renovation - Hari Keempat

Labels: ,

Assalamualaikum dan apa khabar semua?

Minta maaf kerana agak lama saya tidak mencoret pada laman blog ini. Ini kerana pada hari Selasa selepasnya cuti raya tempoh hari saya dipanggil menghadiri mesyuarat selama 4 hari di salah sebuah hotel di ibukota. Mesyuarat bermula seawal 8.30 pagi dan habis 10.30 malam selama 4 hari berturut-turut. Walaupun ada sedikit masa rehat diberikan tetapi saya tiada mood untuk menulis atau mengarang di dalam blog ini.

Keesokan harinya pula ada staff development dan terpaksa membawa anak sekali kerana tiada orang yang boleh menjaga kerana isteri bekerja pada hari berkenaan. Demi tugas dan tanggungjawab maka tiada alasan untuk saya tidak menghadiri apa sahaja yang disuruh oleh boss.

Berbalik pada renovation rumah saya, hari semalam (7/10/2009) kontraktor mula semula kerja-kerja pengubahsuaian setelah 2 minggu bercuti. Sebenarnya selepas seminggu raya kontraktor tersebut ingin menyambung semula kerja-kerja mereka tetapi saya yang menyuruh mereka menyambung pada hari semalam. Tidak banyak progress hari ini kerana mereka hanya melakukan "wiring" dan penambahan point plug. Esok mereka akan mula memasang lampu downllight dan juga kalimantang. heheh aik kalimantang? bersambung di hari kelima pula...

p/s : minta maaf kerana tidak sempat untuk mengambil gambar kerana ingin menghadiri mesyuarat. Saya akan cuba untuk upload gambar pada progress hari kelima nanti.



Peti Sejuk - Brand yang bagus?

Labels: , ,

Assalamualaikum semua,

Esok saya dan isteri bercadang untuk membeli peti sejuk. Sebelum ini kami ada pergi ke beberapa kedai elektrik di sekitar gombak, selayang dan juga kota damansara. Memang banyak jenis peti sejuk cuma tidak berapa tahu yang mana bagus dan tahan lama.

Melihat pada model Panasonic, kebanyakannya freezer diletakkan di bahagian bawah. Tanya ada salesman mereka kata Panasonic lain sikit dari segi design. Salesman kata Panasonic agak bahaya sedikit jika ada anak kecil yang baru pandai merangkak atau bertatih kerana mereka boleh tarik dan buka freezer tu. Silap hari bulan tau-tau anak kita dah keras dalam tu. Hmm.. betul jugak kata salesman tu.

Samsung ramai yang kata tidak bagus (bukan saya kata tapi dalam forum melayu.com). Tapi memang ada betulnya sebab ayah mertua saya ada membeli set home theatre jenama samsung, pakai tidak sampai setahun dah rosak. Yang bagus Samsung ini adalah mempunyai banyak service center. Tetapi ada ke masa kita nak pergi hantar atau telefon pusat servis ini? Saya tiada pengalaman dengan produk Samsung.

Bukannya saya nak beli peti sejuk yang besar, kalau boleh dalam 200+ liter sikit pun sudah kira berbaloi. Saya dan isteri berkenan dengan 2 jenama iaitu Sharp dan Toshiba. Jadi ada sesiapa yang mempunyai pengalaman dengan 2 jenama ini? Harganya pun kira masih dalam kategori mampu dalam lingkungan RM1000 - RM1200.



Pengubahsuaian Rumah - Hari Ketiga

Labels: ,

Assalamualaikum semua,

Hari ini sudah masuk hari ketiga proses pengubahsuaian. Agak cepat juga kontraktor ini membuat pengubahsuaian dan secara keseluruhannya saya berpuas hati.





Jam 10 pagi tadi saya telah pergi ke Sunway Alam Suria untuk melihat perkembangan terkini dan hasilnya plaster ceiling sudah mula dipasang, top untuk kitchen cabinet juga telah siap di simen dan downlight untuk bilik air, bilik tidur dan bilik tidur air utama juga telah dipasang. Manakala penambahan untuk bahagian belakang juga telah siap di simen.





Apa yang diberitahu, hari ini adalah hari terakhir mereka kerana bermula pada esok hari, mereka akan bercuti dan menyambung kerja pengubahsuaian pada hari Isnin iaitu 28 September.

Memang saya mengarahkan mereka mula semula pada tarikh berkenaan kerana saya tidak ada untuk memantau mereka dalam tempoh seminggu cuti raya akan datang. Lagipun biar lambat asalkan kemas. Jangan siap cepat tapi finishing tidak cantik dan banyak masalah.