Tidak Logik Bil Air Tinggi
Posted by
KamiKreatif
Labels:
Sunway Alam Suria
Assalamualaikum semua,
Kali ini saya ingin menceritakan pengalaman berkenaan dengan meter air di rumah baru saya. Setelah saya mendapat kunci rumah pada bulan puasa yang lepas selang dalam 2 minggu saya dapati kontraktor telah memasang meter air.
Pada permulaan meter berwarna hitam menunjukkan bacaan sebanyak 239. Manakala meter berwarna putih masih lagi kosong. Setelah saya membuka paip utama saya dapati bunyi air yang agak laju masuk ke dalam tangki di atas bumbung rumah saya.
Setelah 2 bulan, saya sedari bacaan meter berwarna putih menunjukkan angka 71 manakala berwarna hitam menunjukkan 434. Ini bermakna saya telah menggunakan sebanyak 71m padu! Walhal saya tidak menduduki lagi rumah berkenaan.
Saya menelefon Pusat Khidmat Pelanggan Syabas (Puspel) di talian 1800-88-5252 untuk memberitahu pemasalahan yang saya hadapi. Operator berkenaan menanyakan tentang samada meter masih berjalan atau tidak, ada kebocoroan di mana2 dan lain-lain lagi.
Apa yang saya pasti meter tidak bergerak apabila air tangki telah penuh, Jika ada kebocoran pada tangki atau bawah tanah, secara logiknya meter sentiasa berpusing.
Saya menanyakan masalah ini kepada pemaju dan pemaju kata tunggu laporan dari Syabas, jika tiada ada apa masalah tentang meter, pemaju akan membayar bil tersebut.
4 hari lepas saya pergi ke rumah tersebut dan dapati bacaan air masih sama iaitu 71m padu dan apabila membuka peti surat, Bil air yang dikenakan ke atas saya adalah sebanyak RM85. Wow, tak duduk lagi tapi bil air dah tinggi. Lalu saya menelefon sekali lagi Puspel memaklumkan hal berkenaan.
Pada h ari sabtu yang lepas, technician Syabas menelefon saya dan memberitahu bahawa tiada apa masalah terhadap meter. Beliau sarankan agar saya membuat Check meter di mana saya perlu pergi ke Syabas Klang dan membayar lebih kurang RM20+ untuk tujuan berkenaan.
Jika didapati ada masalah pada meter, maka bil saya sebelum ini akan diberi rebat. Ini adalah Bil kedua saya di mana pada bulan pertama Bil Air adalah sebanyak RM6 sahaja dan tetiba bagaimana boleh naik sehingga RM85 walhal saya masih tidak mendiami rumah berkenaan..
Walaubagaimanapun syaa berterima kasih kepada operator dan juga technician Syabas kerana mengambil tindakan dan datang ke rumah saya dengan cepat untuk menyiasat masalah ini. Ada sesiapa yang mengalami pengalaman sebegini? Boleh syer bersama?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post a Comment