feedburner

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Happy Birthday Hani Saffiya

Labels:


Assalamualaikum,

Agak lama saya tidak mengupdate blog ini. Genap 24hb Oktober 2009 harijadi yang pertama anak kesayangan Hani Saffiya. Sempena ulangtahun ini saya dan isteri telah mengadakan sedikit doa selamat di rumah baru kami di Sunway Alam Suria, Shah Alam.

Ramai saudara-mara yang hadir dan cuaca pada hari tersebut amat cantik sekali. Ramai yang memuji caterer yang kami ambil. Roti jala, nasi impit, rendang daging, kuah lode, kuah kacang, pulut kuning, rendang ayam dan juga kuih-muih semuanya habis licin.

Saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana mempertemukan saya dengan isteri yang amat penyayang, anak yang sangat comel dan montel, serta saudara-mara yang memahami serta sedia membantu walau dalam keadaan sekalipun. Semoga mereka semua dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik. Amin.





2 comments:
gravatar
Wan said...
October 28, 2009 at 8:39 PM  

Hepi besday...

owh.. dh pindah rumah baru ker...? :)

gravatar
KamiKreatif said...
October 30, 2009 at 12:37 AM  

belum lagi.. tapi sempena umah pun dh siap, buat je dulu birthday dia.. k kenduri doa selamat. maybe bulan 12 kot br pindah

Post a Comment