feedburner

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Baby Marathon

Labels:

Assalamualaikum semua,

Cuti sempena Deepavali agak meletihkan kerana bermula pada hari jumaat sehingga hari Ahad saya dan isteri melawat 3 orang kawan yang baru mendapat cahaya mata. Kesemuanya lelaki dan mungkin tahun ini musim untuk lelaki pula kerana tahun lepas ramai perempuan.

Pada Jumaat, kami melawat rakan yang sama-sama menuntut di universiti dulu. Semasa kami sampai di rumahnya di Kota Damansara, beliau baru pulang dari hospital. Beliau mendapat anak lelaki pada 14hb Oktober yang lepas. Berat 2.4kg dan memang kecik. Pada mulanya memang nak dukung tetapi kebetulan masa itu mak dan ayah rakan saya pun ada, Jadi agak segan sedikit. Bukan apa, nak rasa dukung bayi 2.4kg kerana anak saya lahir-lahir sahaja dah 4kg!. Kemudian hajat nak ambil gambar anaknya tetapi nanti takut dimarahi atau tidak disenangi oleh mak dan ayahnya.



Keesokan harinya pula saya balik ke Gombak untuk berjumpa dengan mak dan kakak saya. Kebetulan pula pada hari tersebut kawan setaman dengan saya dari kecil lagi baru sahaja mendapat anak lelaki. Darwisy Izzat namanya. Sedapkan nama tu? Lahir pada bulan puasa tempoh hari. Dia ada membuat majlis cukur jambul dan juga marhaban. Ini anaknya yang kedua. Saya tak ingat berapa berat masa dilahrikan. Kali ini saya sempat mengambil gambar wajah anaknya.

Ahad pula kami pergi ke Sungai Besar, Sabak bernam untuk melihat seorang lagi bayi lelaki yang comel dan putih kemerah-merahan. Lelaki juga! Perjalana yang mengambil masa 2 jam dari Gombak berbaloi apabila kami disajikan dengan lauk-pauk yang sungguh sedap. Pada awalnya bayi ini tidur tetapi apabila mendengar bunyi kamera saya dia terjaga. Jadi dapat juga saya mengambil beberapa shot anak kawan saya ini.



Saya mengambil gambar bayi-bayi ini adalah kerana ingin belajar bagaimana cara dan juga angle yang terbaik untuk dirakamkan. Pada awalnya ingat mudah tetapi agak sukar kerana bayi tidak mempunyai banyak gerakan. Memek muka dan juga gerak tubuh yang sama. Jadi kreativiti seseorang photographer amat diperlukan bagi menampakkan mood ceria agar boleh diabadikan menjadi kenangan di masa hadapan.





0 comments:

Post a Comment