feedburner

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Peti Sejuk - Brand yang bagus?

Labels: , ,

Assalamualaikum semua,

Esok saya dan isteri bercadang untuk membeli peti sejuk. Sebelum ini kami ada pergi ke beberapa kedai elektrik di sekitar gombak, selayang dan juga kota damansara. Memang banyak jenis peti sejuk cuma tidak berapa tahu yang mana bagus dan tahan lama.

Melihat pada model Panasonic, kebanyakannya freezer diletakkan di bahagian bawah. Tanya ada salesman mereka kata Panasonic lain sikit dari segi design. Salesman kata Panasonic agak bahaya sedikit jika ada anak kecil yang baru pandai merangkak atau bertatih kerana mereka boleh tarik dan buka freezer tu. Silap hari bulan tau-tau anak kita dah keras dalam tu. Hmm.. betul jugak kata salesman tu.

Samsung ramai yang kata tidak bagus (bukan saya kata tapi dalam forum melayu.com). Tapi memang ada betulnya sebab ayah mertua saya ada membeli set home theatre jenama samsung, pakai tidak sampai setahun dah rosak. Yang bagus Samsung ini adalah mempunyai banyak service center. Tetapi ada ke masa kita nak pergi hantar atau telefon pusat servis ini? Saya tiada pengalaman dengan produk Samsung.

Bukannya saya nak beli peti sejuk yang besar, kalau boleh dalam 200+ liter sikit pun sudah kira berbaloi. Saya dan isteri berkenan dengan 2 jenama iaitu Sharp dan Toshiba. Jadi ada sesiapa yang mempunyai pengalaman dengan 2 jenama ini? Harganya pun kira masih dalam kategori mampu dalam lingkungan RM1000 - RM1200.





3 comments:
gravatar
Anonymous said...
February 4, 2012 at 4:59 PM  

Jangan beli jenama panasonic 2 pintu .Saya punya tak sampai 2 tahun dah rosak hantar kat kedai beli,dia cakap sekarang peti sejuk jenama panasonic buat kat Thailand.tak sama kalau buat kat ShahAlam.Caj baiki RM320.oo tukar PC Box.

gravatar
Jeff Osiris said...
May 27, 2013 at 10:32 AM  

Suggest u bli toshiba, second sharp. Toshiba well known die quality..

gravatar
Anonymous said...
June 29, 2014 at 1:28 PM  

sy pun sama dulu beli jenama panasonic tahun 2009 yg beku kat bwh..sekarang dah buat hal kdg beku kdg cair,repair kena rm250 tp buat hal juga last2 tgh pening nak cari peti baru lak yg vogue sikit maaa..

Post a Comment