Mula Bekerja
Posted by
KamiKreatif
Labels:
Pendidikan
Assalamualaikum pembaca semua,
Hari ini Isnin 28 September 2009 ramai yang mula bekerja semula setelah cuti panjang sempena Hari Raya Aidilfitri. Sindrom malas pergi ke kerja memang dirasai setiap tahun. Mungkin ada segelintir yang tidak puas menikmati rendang, ketupat dan lemang ataupun masih banyak lagi rumah saudara-mara atau kenalan tidak sempat dikunjungi.
Tapi apakan daya kita yang makan gaji ini untuk tidak hadir ke pejabat. Hendak "extend" lagi cuti? nanti apa pula rakan-rakan sepejabat kata? mungkin akan menyusahkan lagi mereka kerana terpaksa tanggung tugas kita.
Bukan pekerja sahaja yang merasai sindrom malas hendak ke tempat kerja, tetapi murid-murid, pelajar sekolah dan juga mahasiswa-mahasiswi juga saya percaya akan merasai perasaan yang sama. Cuba kita renungkan kembali mengapa ini terjadi? mengapa kita malas untuk menyambung tugas kita setelah lama berehat? sedangkan kita tahu bahawa pekerjaan itu adalah sumber rezeki kita dan menuntut ilmu pula akan memberi manfaat kepada kita?
Memang ramai rakan-rakan saya merungut bila perlu pergi ke tempat kerja semula. Sebenarnya ini adalah psycho yang datang dari minda kita. Kita sendiri yang sudah setkan mind kita untuk malas pergi ke kerja.
Walhal jika hari ini kita pergi ke kerja, maka esok dan seterusnya kita akan terus-menerus pergi ke tempat kerja. Kerana minda dan fizikal kita ibarat sudah "warm-up". Kalau anda tidak percaya, cuba anda pergi kerja pada keesokan harinya. Anda akan terus pergi pada hari seterusnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post a Comment