Kisah Otak-Otak
Assalamualaikum semua,
Kini Ramadhan sudah kembali, bulan yang penuh rahmat dan keampunan. Oleh yang demikian saya ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada anda semua! Jadikan bulan Ramadhan kali ini lebih baik dari yang lepas.
Hari ini 3 Ramadhan, saya nak berkongsi sedikit tentang bazar ramadhan. Saya telah berkunjung ke bazar Ramadhan Taman Greenwood semalam dan keadaan lalu lintas amat mengecewakan. Bayangkan saya sangkut hampir 30 minit untuk masuk ke Taman tersebut.
Berbalik kepada bazar tadi, saya telah membeli otak-otak di salah sebuah gerai. Memang banyak gila otak-otak diletakkan di atas meja gerai itu. Yang peliknya tiada alat untuk membakar otak-otak tersebut. Apa yang pasti peniaga tersebut telah membakarnya awal-awal lagi. Jadi terdetik dihati saya mengatakan bahawa pasti tidak masak atau sudah basi otak-otak ini. Berdasarkan pengalaman saya hampir setahun berniaga otak-otak :p
Untuk membuktikanya saya membeli dalam 10 batang. Sampai waktu berbuka, saya membuka dan cuba memakanya. Memang BENAR sangkaan saya!! Semuanya tidak boleh di makan kerana masam!. Apa lagi, saya terus memulangkan kembali otak-otak tersebut dan kebetulan ada juga pembeli yang terkena datang dengan niat sama seperti saya. Yang bestnya, tuan punya gerai buat macam tiada apa-apa yang berlaku. Bukannya nak minta maaf atau apa ke? mengenangkan baru 2 hari berpuasa, jadi saya hanya bersabar dan mungkin bukan rezeki saya hari itu.
Nasihat : kepada peniaga bazar ramadhan yang bukannya peniaga "tegar" atau erti kata lain tiada pengalaman berniaga (1st time) cuba masak masakkan anda sesedap yang boleh. Pasti orang akan datang membeli lagi pada keesokan hari. Adakah anda pun pernah terkena?
Post a Comment