feedburner

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Cuci Rumah Sunway Alam Suria

Labels:

Salam semua,

Semalam saya telah pergi ke Mydin Seksyen 18 Shah Alam. Ini kali pertama saya masuk ke Mydin tersebut. Tak ramai orang macam Mydin yang biasa saya pergi (Selayang). Jadi senang kerja saya untuk mencari barang yang saya perlukan.

Sumber Gambar : http://www.skyscrapercity.com/showthread.php?t=434034&page=3

Sebelum pergi saya memang telah membuat senarai barang yang perlu saya beli untuk membasuh rumah baru di Sunway Alam Suria. Tapi list dalam otak je sebab tak banyak barang yang nak dibeli. Apa yang saya perlukan hanya lah mop, besen mop (tak tau apa namanya), penyapu bulu keras, getah paip 30m, klip getah paip dan juga concentrated floor clean.

Jadi di sini saya letakkan senarai harga bagi setiap barang.
  • Mop : RM15+
  • Besen Mop : RM11.90
  • Penyapu bulu keras : RM 9
  • Getah Paip 30m : RM29.90
  • Kiwi concentrated floor clean : RM 8.50
Jadi saya beli semua barang tersebut di Mydin kecuali Mop kerana di kedai hardware depan Mydin beri saya harga RM 10 sekali dengan batangnya dan klip getah percuma. Jadi kat sini saya dapat jimat RM 5 lebih kurang. Boleh la beli air dan sedikit kuih untuk berbuka puasa. Kreatif bukan?

Tapi saya tak tau la kalau pasaraya yang lain lebih murah. Sebab saya malas nak survey. :) Post yang seterusnya saya nak menceritakan bagaimana saya basuk rumah sorang-sorang walaupun semua orang tahu membuatnya dan sebenarnya tidak perlu diceritakan pun.





6 comments:
gravatar
chekgu Bani Hassim said...
September 1, 2009 at 12:33 AM  

ini baru la blogger...
bende niche pon kdg2 kite cerite...
:)

welkam to the club...

gravatar
KamiKreatif said...
September 1, 2009 at 12:42 AM  

hahaha... ni pun sebab tgh takde keje

gravatar
chekgu Bani Hassim said...
September 12, 2009 at 7:12 AM  

rajinnye encik halim ittew ngemop...
haha

gravatar
KamiKreatif said...
October 13, 2009 at 11:16 AM  

kena la rajin takkan nak suh jiran sebelah pulak yg tlg ngemop kan

gravatar
Anonymous said...
February 11, 2010 at 1:16 AM  

Yes if the truth be known, in some moments I can reveal that I jibe consent to with you, but you may be in the light of other options.
to the article there is stationary a suspect as you did in the decrease issue of this demand www.google.com/ie?as_q=vso convert x to dvd 3.0 ?
I noticed the catch-phrase you procure not used. Or you partake of the dreary methods of helping of the resource. I suffer with a week and do necheg

gravatar
Unknown said...
April 25, 2010 at 3:32 PM  

ape la yg ko ngarut nie cik anonymous oit

Post a Comment