feedburner

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Bulan Yang Paling Sibuk

Labels: , ,

Salam,

Maaf semua kerana agak lama tak update blog ini. Tersangat sibuk dgn aktiviti2 sepanjang bulan 12 hinggakan tak sempat nak conteng kat sini.

Nak cerita apa yg saya buat mungkin agak panjang, jadi nak dipendekkan saya hanya listkan saja la yer.

Minggu 4 (Bulan 11):
- cari dan pilih perabot rumah
- survey barang2 keperluan dapur kat ikea
- tgk wayang (the moon, chrismas apa ntah yg kartun 3D jim carey berlakon)
- tangkap gmbr org kawin

Minggu 1 (Bulan 12)
- beli dan susun perabot rumah
- kontraktor siapkan kerja2 terakhir.
- kitchen kabinet siap dipasang.
- pantau kerja2 kontraktor.
- tangkap gambar org nikah dan kawin kat Kuantan

Minggu 2 (bulan 12)
- cari dan beli mesin basuh (toshiba RM800) di USJ
- angkut barang kecik2 masuk ke rumah baru
- Family day kat Ancasa Hotel Port dickson 3 hari 2 malam

Minggu 3 (bulan 12)
- cari tv cabinet kat kg.melayu subang
- Basuh rumah (Buat kali ke berapa ntah)
- angkut brg2 kawin dan baju2 masuk ke rumah baru.
- tanam daun pandan, serai, halia kat tanah belakang rumah.
- tangkap gmbr org nikah dan kawin kat Menjalara kepong.

Minggu 4 (bulan 12)
- nak angkut tv +home teater masuk rumah baru
- meeting 4 hari dr isnin sampai khamis. Jumaat cuti tahun baru
- jemputan kawin kat gombak

Jadi itu adalah beberapa aktiviti yang sememangnya padat utk org yg sedang bercuti.





Banyak Benda Kena Buat Masa Cuti

Labels:

Salam semua,

Selamat Hari Raya Aidil Adha!

Macam biasa, kali ni raya di Johor Bahru kampung isteri. Sembahyang raya di Masjid Kg.Pasir dan Sembahyang Jumaat di Bandar Baru Uda. Besar dan sangat cantik masjid Bandar Baru Uda!

Perut keyang sekenyangnya. Dalam perjalanan pulang ke KL hujan lebat di Ayer Keroh. Alhamdulillah jalan clear pada hari Sabtu hari tu. So rasanya ni kali pertama pergi dan balik tak "jam". Nak dijadikan cerita, lepas je keluar dari R&R jejantas Ayer Keroh, power window buat hall. Tiba-tiba je turun sendiri. Dah la hujan lebat, nak naikkan balik tak boleh. Mungkin sebab "shot" kena air hujan. Tgh kelam-kabut nasib baik naik balik. Buat suspen jerk.

So kecik Saffiya pulak sepanjang perjalanan tidur jer kejenya. Senang bapak n maknya nak dating dalam kete. :)

So sempena cti panjang ni banyak kerja yang nak diselesaikan. Dengan bercuti di PD, shooting org kahwin, maklumlah bulan 12. Memang ramai la yang akan mendirikan rumahtangga. Jadi KamiKreatif mengucapkan selamat pengantin baru la ya.





Berpusing-pusing mencari nurseri

Labels:

Salam semua,

Apa khabar? maaf kerana agak lama tak update blog kreatif ini. Pada minggu lepas start dari Isnin hingga Rabu saya berada di Hotel Empress Sepang dan sambung pada hari Khamis hingga Jumaat berada di Pangkor pula. Itu semua adalah tugas rasmi yang diamanahkan kepada saya.

Jadi minggu ini agak penat sedikit tetapi seronok sebab lama tak berjalan jauh :) Bukan berkenaan tugas rasmi tersebut yang ingin saya ceritakan tetapi adalah berkenaan dengan nurseri.

Saya dan isteri pergi ke rumah kami di Sunway Alam Suria, Puncak Perdana Shah Alam untuk melihat perkembangan pengubahsuaian yang kami buat. Alhamdulillah kitchen cabinet dan awning telah siap dipasang.

Nak pindah? mungkin dalam pertengahan bulan 12 kot. Sebab banyak lagi urusan blm diselesaikan. Selepas itu saya masuk ke Nusa Rhu untuk mencari nurseri. Sebenarnya saya prefer makcik atau nenek yang berdekatan kawasan tersebut untuk menjaga anak saya. Bukan apa sebab kalau nurseri terlampau ramai.

Tapi kawasan tu mmg takder golongan veteran. semuanya muda belaka. No choice. Then ada lah tanye satu nurseri di Subang Permai dan harganya RM250 untuk menjaga anak saya yang berusia 1 tahun ini. Dari jam 7pg hingga 7mlm. Kira ok jugak la kan?

Kalau ada sesiapa yang kenal makcik2 atau nenek2 yg nak jaga anak org. Tolong hubungi saya ya.





Tidak Logik Bil Air Tinggi

Labels:


Assalamualaikum semua,

Kali ini saya ingin menceritakan pengalaman berkenaan dengan meter air di rumah baru saya. Setelah saya mendapat kunci rumah pada bulan puasa yang lepas selang dalam 2 minggu saya dapati kontraktor telah memasang meter air.

Pada permulaan meter berwarna hitam menunjukkan bacaan sebanyak 239. Manakala meter berwarna putih masih lagi kosong. Setelah saya membuka paip utama saya dapati bunyi air yang agak laju masuk ke dalam tangki di atas bumbung rumah saya.

Setelah 2 bulan, saya sedari bacaan meter berwarna putih menunjukkan angka 71 manakala berwarna hitam menunjukkan 434. Ini bermakna saya telah menggunakan sebanyak 71m padu! Walhal saya tidak menduduki lagi rumah berkenaan.

Saya menelefon Pusat Khidmat Pelanggan Syabas (Puspel) di talian 1800-88-5252 untuk memberitahu pemasalahan yang saya hadapi. Operator berkenaan menanyakan tentang samada meter masih berjalan atau tidak, ada kebocoroan di mana2 dan lain-lain lagi.

Apa yang saya pasti meter tidak bergerak apabila air tangki telah penuh, Jika ada kebocoran pada tangki atau bawah tanah, secara logiknya meter sentiasa berpusing.

Saya menanyakan masalah ini kepada pemaju dan pemaju kata tunggu laporan dari Syabas, jika tiada ada apa masalah tentang meter, pemaju akan membayar bil tersebut.

4 hari lepas saya pergi ke rumah tersebut dan dapati bacaan air masih sama iaitu 71m padu dan apabila membuka peti surat, Bil air yang dikenakan ke atas saya adalah sebanyak RM85. Wow, tak duduk lagi tapi bil air dah tinggi. Lalu saya menelefon sekali lagi Puspel memaklumkan hal berkenaan.

Pada h ari sabtu yang lepas, technician Syabas menelefon saya dan memberitahu bahawa tiada apa masalah terhadap meter. Beliau sarankan agar saya membuat Check meter di mana saya perlu pergi ke Syabas Klang dan membayar lebih kurang RM20+ untuk tujuan berkenaan.

Jika didapati ada masalah pada meter, maka bil saya sebelum ini akan diberi rebat. Ini adalah Bil kedua saya di mana pada bulan pertama Bil Air adalah sebanyak RM6 sahaja dan tetiba bagaimana boleh naik sehingga RM85 walhal saya masih tidak mendiami rumah berkenaan..

Walaubagaimanapun syaa berterima kasih kepada operator dan juga technician Syabas kerana mengambil tindakan dan datang ke rumah saya dengan cepat untuk menyiasat masalah ini. Ada sesiapa yang mengalami pengalaman sebegini? Boleh syer bersama?





Pembelajaran Kreatif PJK

Labels:


Salam semua,

Di masa ini dalam mendidik kanak-kanak amat berbeza berbanding sebelum ini. Kepandaian dan kecekapan mereka yang tinggi mungkin di sebabkan faktor luar yang banyak menyumbang ke aspek ini. Contoh ramai kanak-kanak sekarang suka menonton televisyen terutama kartun.

Cuba tanya kepada mereka berkenaan cerita wonderpet? spongebob? cat and dog, dan lain-lain. Pasti mereka akan teruja dan sungguh excited bila p&p melibatkan watak-watak cerita ini. Riuh-rendah kelas dibuatnya.



Saya bukan hendak cerita panjang berkenaan dengan IQ atau skill setiap kanak-kanak tetapi ingin berkongsi dengan anda semua tentang pembelajaran kreatif agar suasana Pembelajaran dan Pengajaran menjadi lebih menarik.

Untuk mata pelajaran PJK, pendidik yang mengajar murid tahap 1 harus mempunyai tahap kreativiti yang tinggi ini kerana pada tahap ini, murid tidak didedahkan dengan sebarang bentuk permainan seperti bola sepak atau bola jaring. Tetapi mereka lebih banyak tentang keseimbangan, ketahanan dan permainan kecil.



Bagi permulaan "warm-up" cara sedemikan boleh digunakan selain dari lari setempat atau pun lompat bintang. Ini menimbulkan rasa ingin tahu murid terhadap aktiviti yang ingin dijalankan.

Murid akan berasa dalam suasana yang berlainan dan pendidik harus memastikan agar regangan yang dibuat oleh mereka betul kerana murid tahap 1 sentiasa memerlukan tunjuk ajar dan fokus. Jangan biarkan mereka bermain tanpa kawalan.






Happy Birthday Hani Saffiya

Labels:


Assalamualaikum,

Agak lama saya tidak mengupdate blog ini. Genap 24hb Oktober 2009 harijadi yang pertama anak kesayangan Hani Saffiya. Sempena ulangtahun ini saya dan isteri telah mengadakan sedikit doa selamat di rumah baru kami di Sunway Alam Suria, Shah Alam.

Ramai saudara-mara yang hadir dan cuaca pada hari tersebut amat cantik sekali. Ramai yang memuji caterer yang kami ambil. Roti jala, nasi impit, rendang daging, kuah lode, kuah kacang, pulut kuning, rendang ayam dan juga kuih-muih semuanya habis licin.

Saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana mempertemukan saya dengan isteri yang amat penyayang, anak yang sangat comel dan montel, serta saudara-mara yang memahami serta sedia membantu walau dalam keadaan sekalipun. Semoga mereka semua dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik. Amin.



Baby Marathon

Labels:

Assalamualaikum semua,

Cuti sempena Deepavali agak meletihkan kerana bermula pada hari jumaat sehingga hari Ahad saya dan isteri melawat 3 orang kawan yang baru mendapat cahaya mata. Kesemuanya lelaki dan mungkin tahun ini musim untuk lelaki pula kerana tahun lepas ramai perempuan.

Pada Jumaat, kami melawat rakan yang sama-sama menuntut di universiti dulu. Semasa kami sampai di rumahnya di Kota Damansara, beliau baru pulang dari hospital. Beliau mendapat anak lelaki pada 14hb Oktober yang lepas. Berat 2.4kg dan memang kecik. Pada mulanya memang nak dukung tetapi kebetulan masa itu mak dan ayah rakan saya pun ada, Jadi agak segan sedikit. Bukan apa, nak rasa dukung bayi 2.4kg kerana anak saya lahir-lahir sahaja dah 4kg!. Kemudian hajat nak ambil gambar anaknya tetapi nanti takut dimarahi atau tidak disenangi oleh mak dan ayahnya.



Keesokan harinya pula saya balik ke Gombak untuk berjumpa dengan mak dan kakak saya. Kebetulan pula pada hari tersebut kawan setaman dengan saya dari kecil lagi baru sahaja mendapat anak lelaki. Darwisy Izzat namanya. Sedapkan nama tu? Lahir pada bulan puasa tempoh hari. Dia ada membuat majlis cukur jambul dan juga marhaban. Ini anaknya yang kedua. Saya tak ingat berapa berat masa dilahrikan. Kali ini saya sempat mengambil gambar wajah anaknya.

Ahad pula kami pergi ke Sungai Besar, Sabak bernam untuk melihat seorang lagi bayi lelaki yang comel dan putih kemerah-merahan. Lelaki juga! Perjalana yang mengambil masa 2 jam dari Gombak berbaloi apabila kami disajikan dengan lauk-pauk yang sungguh sedap. Pada awalnya bayi ini tidur tetapi apabila mendengar bunyi kamera saya dia terjaga. Jadi dapat juga saya mengambil beberapa shot anak kawan saya ini.



Saya mengambil gambar bayi-bayi ini adalah kerana ingin belajar bagaimana cara dan juga angle yang terbaik untuk dirakamkan. Pada awalnya ingat mudah tetapi agak sukar kerana bayi tidak mempunyai banyak gerakan. Memek muka dan juga gerak tubuh yang sama. Jadi kreativiti seseorang photographer amat diperlukan bagi menampakkan mood ceria agar boleh diabadikan menjadi kenangan di masa hadapan.