Palace vacation club - Holiday at perdana beach resort pulau langkawi
as a golden palace hotel membership kiterong memlilih tahun ini utk bercuti di pulau langkawi.. utk membership palace vacation club ni hanya perdana beach resort sahaja yang ada di langkawi. Apartment yang mempunyai 2 bilik di mana boleh memuatkan 5 orang dewasa.
Pada awalnya kami agak pelik kerana ada 2 perdana beach resort (terpisah dengan laguna apartment). Rupanya untuk membership kami dapat apartment private resident. Dari luar nampak tak terjaga.. tapi bila dah masuk dlm apartment kira kami puas hati la dengan kelengkapan yang disediakan seperti rice cooker, water heater, pinggan sudu.. cuma dapur utk memasak dan washing machine je takde :)
perdana beach resort nie terletak berhampiran dengan langkawi airport... menghala ke teriang sebelum jambatan mcm jambatan pulau pinang :p dan ianya tidak berapa jauh dari pantai cenang dan padang mat sirat.. Senang cerita dekat HM aerospace dan pusat latihan polis langkawi..
so kat sini ada link map utk mudah anda cari hotel nie
perdana beach resort pulau langkawi
Sunday, December 02, 2012 | 0 Comments
Kenapa perlu ada insurance? cara membayar bil hospital
Sunday, October 21, 2012 | 0 Comments
Sambungan - Cara uruskan kewangan. (Gaji+loan+saving+insuran)
Kalau anda perasan 6:50am matahari dh naik. Bermakna masa begitu pantas dan solat subuh harus disegerakan. Begitu juga dengan tindakan yang bakal kita ambil untuk masa hadapan.
Saya akan mengulas sedikit berkenaan perkara 2 dan 3 seperti yg saya janjikan pd post yg lepas. Di mana pentingnya unit trust sebagai salah satu portfolio kewangan kita. Sebelum sy mengulas bkenaan dgn unit trust, sy ingin menyentuh beberapa portfolio pelaburan yang boleh kita sertai. Cuma kene pandai pilih mana yang terbaik kerana setiap pelaburan yang kita masuk ada risikonya. Antara bentuk pelaburan yg ada di malaysia..
★simpanan biasa
★deposit tetap
★bond
★amanah saham
★forex
Seperti yg kita lihat pada graf bahawa simpanan biasa paling kurang risikonya. Amanah saham dan forex paling tinggi risiko.. Pendek kata lagi tinggi pulangan (return) lg tinggi risikonya.
Trend pelaburan masa ini bg org melayu ialah emas. emas adalah pelaburan yg dpt memberikan jaminan utk penyimpannya. Jika anda ingin berjinak-jinak dalam emas pastikan mendapat nasihat dari pakar. Bagi saya simpanlah emas fizikal! Dalam erti kata lain beli emas dpt emas bkn dpt kertas atau seumpamanya.
Unit trus pulak dpt memberi return 15% ke atas. Yg penting disini, jika anda telah menceburi mana-mana portfolio di atas, pastikan ianya utk jangka masa yg panjang. Jgn br masuk 2@3 thn dah nak keluarkan.. Anda kena tau yg ini adalah pelaburan! bukan skim cepat kaya. cuba kita sama2 ubah pemikiran dalam melaburkan wang kita. Dan yg paling penting melaburlah ke arah yg mempunyai panel syariah. wallahualam
Sunday, September 23, 2012 | 0 Comments
Cara uruskan kewangan. (Gaji+loan+saving+insuran)
Sebenarnya tidak la susah mana untuk menguruskan duit gaji kita setiap bulan. Yang penting kita kena disiplin dan sentiasa ukur baju di badan sendiri. Jangan disebabkan rakan sekerja tukar sport rim, kita pun nak tukar. Kalau memang betul-betul mampu dipersilakan. Nak tukar apa pun boleh.
Statistik ada menyatakan bahawa ramai golongan muda sekarang ini diisytihar muflis disebabkan nafsu kehendak lebih dari keperluan. Nak bergaya, tetapi tidak memikirkan 10-20 tahun akan datang.
Berikut adalah antara contoh terbaik cara menguruskan kewangan menurut majalah personal money.
1) 80% daripada gaji digunakan utk membayar rumah... kereta... bil2... barang dapur.. keperluan anak dan sebagainya.
2) 10% daripada gaji tersebut buat saving.. unit trust.. atau apa2 shj bentuk simpanan...
3) 10% lagi untuk insuran... di mana ianya perlu jika berlaku apa2 ke atas kita. sebagai org islam ambil yang takaful. cover bil hospital, medical card, saving dan mati..
Masalahnya kita ni kurang ambil peduli tentang perkara 2 dan 3. Dapat gaji tengah bulan dah habis. Saya pun tak terkecuali kerana kos barang harian semakin tinggi. Tetapi insyallah boleh, jika kita disiplin dan sabar.
Yang penting elakkan dari membuat personal loan. Sy akan cuba huraikan dengan lebih jelas perkara 2 dan 3 di post seterusnya.
Monday, September 17, 2012 | 0 Comments
Penting ke perlindungan keluarga? insuran?
Lately selalu memikirkan tentang perlindungan keluarga dan diri sy sendiri. Apa tandanya ek?
Seharian sy bekerja untuk menanggung kehidupan keluarga. Sentiasa memikirkan tentang kebahagiaan dan kemudahan untuk isteri dan anak2 yang sedang membesar. Dulu masa bujang dapat duit gaji xpyh nak pikir itu ini. Yg penting bg duit kt mak ayah..
Sekarang ni nak beli baju dan seluar sendiri pun payah. Semuanya untuk anak. Betul x? bila pergi shopping nampak baju berharga RM50 pun dah terasa mahal. pikir dua tiga kali utk membelinya. Tapi bila nampak baju budak especially baju bdk lelaki harga RM60 boleh pulak kita belikan. Sebab apa? pernah tak anda terfikir?
Sunday, September 16, 2012 | 0 Comments
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! We Love Malaysia
Tahun ini genap 55 tahun negara kita bebas dari penjajah. (betul ke?) ada yg kata Malaysia tak pernah dijajah. Kalau betul tidak pernah dijajah bermakna buku sejarah yang kamikreatif belajar masa sekolah menengah dulu adalah tipu?.
Fakta atau auta? Peninggalan tapak jepun, belanda, portugis dan inggeris yang ada di Malaysia juga sengaja dibuat-buat atau mereka hanya datang untuk berdagang di tanah melayu? Rakaman video tentang peperangan tentera malaysia dengan komunis satu masa dahulu juga palsu? Bagaimana pula cerita yang keluar dari mulut atuk nenek kita masa mereka kecil? makan ubi kayu, sorokkan radio, selamatkan anak perempuan, menjadi buruh ketika zaman jepun juga palsu?
walau apa sekalipun kamikreatif percaya bahawa Malaysia suatu masa dahulu pernah dijajah oleh negara luar kerana ketaksuban khazanah dan sumber bumi yg ada di tanah melayu. Mereka berebut inginkan kekayaan yang ada ditanah melayu!
Tetapi setelah mereka pergi, orang melayu pula berebut sesama sendiri sehingga sanggup menjatuhkan satu sama lain. Cina dan India yang dahulunya adakah pendatang telah diberi kerakyatan dan menetap di bumi bertuah ini. Sama-sama mengembeling tenaga membangunkan Malaysia menjadi negara yang maju.
Ayuh bangsaku, bangkit dari dijajah lagi. Kali ini penjajah lagi hebat! datangnya dari nafsu kita sendiri. Kerakusan, ketamakan dan kepentingan individu menjadikan kita semakin lemah.
Selamat menyambut kemerdekaan. Bersyukur di atas apa yang telah Allah kurniakan ke atas bumi tercinta ini. Semoga Malaysia dirahmati dan menjadi sebuah negara yang aman dan damai.
Thursday, August 30, 2012 | 1 Comments
Kehidupan di bandar dan kesihatan
Lately apabila lepak bersama kawan2 rata2 menceritakan tentang kesihatan. Ramai yang mula sedar tentang betapa pentingnya menjaga kesihatan. Maklumla kebanyakannya dah mencecah 30an. Sudah mula terasa sakit2 badan la.. sengal2 tulang la dan yang paling ramai mengalami masalah pancit atau cepat penat. Mana taknya, kerja siang malam. Makan minum tak jaga, rokok kuat tapi excercise kurang. Itulah dia lumrah kehidupan zaman sekarang terutama yang duduk di bandar.
Oleh yang demikian, ada rakan2 saya yg mula berjinak-jinak dengan berbasikal, hujung minggu je mendaki bukit sana, mendaki bukit sini. Boleh dikatakan di mana ada bukit disitu mereka akan pergi. Sanggup menghabiskan beribu-ribu ringgit untuk membeli basikal dan aksesori-aksesori yang lain.
Saya ada bertanyakan kepada salah seorang rakan saya berkenaan dengan aktiviti berbasikal ni. "Nape tetiba je ko minat dengan basikal ni?" dan sy pasti jawapan yang akan diberikan adalah disebabkan hobi. TETAPI saya agak terkejut apabila beliau menyatakan "Nak jaga kesihatan bro, maklumla enjin lama xservis. lagipun ini ialah cara yang mudah untuk aku keluarkan peluh. Nak main bola atau futsal dah tak larat."
Betul ke best berbasikal ni? Ingat nak juga try. Takut nanti sebulan dua dh stop. Basikal yg beli beribu-ribu tersadai je kat dalam stor. Contoh macam treadmill yg aku beli pada tahun lepas. boleh dibilang berapa kali je yang aku pakai. Hahaha.. Rasa macam nak jual tapi sayang pulak.
So itu sahaja setakat ni dan insyallah next post cerita tentang treadmill pula.
Tuesday, August 21, 2012 | 0 Comments