feedburner

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Kehidupan di bandar dan kesihatan

Labels: , , ,

Lately apabila lepak bersama kawan2 rata2 menceritakan tentang kesihatan. Ramai yang mula sedar tentang betapa pentingnya menjaga kesihatan. Maklumla kebanyakannya dah mencecah 30an. Sudah mula terasa sakit2 badan la.. sengal2 tulang la dan yang paling ramai mengalami masalah pancit atau cepat penat. Mana taknya, kerja siang malam. Makan minum tak jaga, rokok kuat tapi excercise kurang. Itulah dia lumrah kehidupan zaman sekarang terutama yang duduk di bandar.

Oleh yang demikian, ada rakan2 saya yg mula berjinak-jinak dengan berbasikal, hujung minggu je mendaki bukit sana, mendaki bukit sini. Boleh dikatakan di mana ada bukit disitu mereka akan pergi. Sanggup menghabiskan beribu-ribu ringgit untuk membeli basikal dan aksesori-aksesori yang lain.

Saya ada bertanyakan kepada salah seorang rakan saya berkenaan dengan aktiviti berbasikal ni. "Nape tetiba je ko minat dengan basikal ni?" dan sy pasti jawapan yang akan diberikan adalah disebabkan hobi. TETAPI saya agak terkejut apabila beliau menyatakan "Nak jaga kesihatan bro, maklumla enjin lama xservis. lagipun ini ialah cara yang mudah untuk aku keluarkan peluh. Nak main bola atau futsal dah tak larat."

Betul ke best berbasikal ni? Ingat nak juga try. Takut nanti sebulan dua dh stop. Basikal yg beli beribu-ribu tersadai je kat dalam stor. Contoh macam treadmill yg aku beli pada tahun lepas. boleh dibilang berapa kali je yang aku pakai. Hahaha.. Rasa macam nak jual tapi sayang pulak.

So itu sahaja setakat ni dan insyallah next post cerita tentang treadmill pula.







0 comments:

Post a Comment