MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! We Love Malaysia
Tahun ini genap 55 tahun negara kita bebas dari penjajah. (betul ke?) ada yg kata Malaysia tak pernah dijajah. Kalau betul tidak pernah dijajah bermakna buku sejarah yang kamikreatif belajar masa sekolah menengah dulu adalah tipu?.
Fakta atau auta? Peninggalan tapak jepun, belanda, portugis dan inggeris yang ada di Malaysia juga sengaja dibuat-buat atau mereka hanya datang untuk berdagang di tanah melayu? Rakaman video tentang peperangan tentera malaysia dengan komunis satu masa dahulu juga palsu? Bagaimana pula cerita yang keluar dari mulut atuk nenek kita masa mereka kecil? makan ubi kayu, sorokkan radio, selamatkan anak perempuan, menjadi buruh ketika zaman jepun juga palsu?
walau apa sekalipun kamikreatif percaya bahawa Malaysia suatu masa dahulu pernah dijajah oleh negara luar kerana ketaksuban khazanah dan sumber bumi yg ada di tanah melayu. Mereka berebut inginkan kekayaan yang ada ditanah melayu!
Tetapi setelah mereka pergi, orang melayu pula berebut sesama sendiri sehingga sanggup menjatuhkan satu sama lain. Cina dan India yang dahulunya adakah pendatang telah diberi kerakyatan dan menetap di bumi bertuah ini. Sama-sama mengembeling tenaga membangunkan Malaysia menjadi negara yang maju.
Ayuh bangsaku, bangkit dari dijajah lagi. Kali ini penjajah lagi hebat! datangnya dari nafsu kita sendiri. Kerakusan, ketamakan dan kepentingan individu menjadikan kita semakin lemah.
Selamat menyambut kemerdekaan. Bersyukur di atas apa yang telah Allah kurniakan ke atas bumi tercinta ini. Semoga Malaysia dirahmati dan menjadi sebuah negara yang aman dan damai.
March 5, 2022 at 10:25 PM
PistachioTite Bakelite - titanium muzzle brake - TITanium Art
Bakelite is a small piece of ford edge titanium 2019 Bakelite Bakelite. Made by Bakelite, titanium exhaust wrap this is the final type titanium body armor of Bakelite Bakelite Bakelite Bakelite Bakelite iron titanium token Bakelite Bakelite Bakelite Bakelite Bakelite $55.00 · Out of titanium price per pound stock
Post a Comment