feedburner

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Cara uruskan kewangan. (Gaji+loan+saving+insuran)

Labels: , , , ,


Sebenarnya tidak la susah mana untuk menguruskan duit gaji kita setiap bulan. Yang penting kita kena disiplin dan sentiasa ukur baju di badan sendiri. Jangan disebabkan rakan sekerja tukar sport rim, kita pun nak tukar. Kalau memang betul-betul mampu dipersilakan. Nak tukar apa pun boleh.

Statistik ada menyatakan bahawa ramai golongan muda sekarang ini diisytihar muflis disebabkan nafsu kehendak lebih dari keperluan. Nak bergaya, tetapi tidak memikirkan 10-20 tahun akan datang.

Berikut adalah antara contoh terbaik cara menguruskan kewangan menurut majalah personal money.

  1) 80% daripada gaji digunakan utk membayar rumah... kereta... bil2... barang dapur.. keperluan anak dan sebagainya.

   2) 10% daripada gaji tersebut buat saving.. unit trust.. atau apa2 shj bentuk simpanan...

  3) 10% lagi untuk insuran... di mana ianya perlu jika berlaku apa2 ke atas kita. sebagai org islam ambil yang takaful. cover bil hospital, medical card, saving dan mati..

Masalahnya kita ni kurang ambil peduli tentang perkara 2 dan 3. Dapat gaji tengah bulan dah habis. Saya pun tak terkecuali kerana kos barang harian semakin tinggi. Tetapi insyallah boleh, jika kita disiplin dan sabar.

Yang penting elakkan dari membuat personal loan. Sy akan cuba huraikan dengan lebih jelas perkara 2 dan 3 di post seterusnya.








0 comments:

Post a Comment