feedburner

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Elitisme

Labels:

Assalamualaikum semua,

Saya ada terbaca di dalam akhbar hari ini berkenaan dengan Elitisme di kalangan pelajar.

Apa yang anda faham dengan maksud Elitisme ini? elitisme atau "elitism" dalam bahasa Inggerisnya merujuk kepada kelompok budaya yang hebat dari segi gaya hidup, kewangan, tempat tinggal, sosialogi atau dalam bahasa mudahnya budaya dan tingkahlaku golongan Elit! (boleh rujuk di wikipedia)

Akhbar berkenaan menyatakan bahawa budaya elit memberi tekanan kepada pelajar dan sekolah. Memang saya setuju dengan tajuk di atas tetapi saya kurang setuju dengan isi yang diceritakan oleh wartawan. Isi yang disampaikan tidak bertepatan dengan tajuk kerana menceritakan tentang sistem peperiksaan dan bukannya faktor etilisme yang sebenarnya.

Pada mulanya saya menganggap isu atau faktor persekitaran sekolah di mana majoriti penduduknya tergolong dalam golongan elit memberi tekanan kepada piak sekolah atau murid itu sendiri, tetapi isinya lebih membincangkan tentang penilaian seseorang murid atau pelajar berasaskan peperiksaan yang perlu diubah agar murid dapat berfikir lebih kreatif dan kritis lagi. Bermakna aspek pedagogi perlu di ubah.

Atau sebenarnya wartawan ini ingin menceritakan tentang perbezaan antara sekolah harian biasa dengan sekolah kluster sebagai contoh budaya elitisme? Saya minta maaf, ini hanya sebagai pendapat dan siapalah saya untuk menegur penulis wartawan yang sememangnya pandai berkarang berbanding dengan saya yang baru hendak mengenal dunia kreatif ini? Frasa dan kosa kata yang digunakan masih banyak yang salah. Maklumlah dakwat belum kering lagi.

boleh klik di sini untuk melihat akhbar berkenaan





Boikot Nike

Labels: ,


Salam semua,

Apa anda rasa bila melihat gambar di atas? Pergi jahanam dengan Nike! Apa significant mereka membuat produk dengan menulis perkataan Allah? Banyak lagi corak yang boleh mereka reka tapi kenapa perkataan Allah juga yang mereka inginkan? letaknya di kasut pula tu? Kreatif tidak bertempat!!!

Saya pasti di rumah anda mesti ada jenama ini tidak kira samada kasut, seluar trek/pendek, t-shirt, jersey atau peralatan sukan.

Memang yahudi ini tidak habis-habis ingin merosakkan akidah orang islam. Kita harus memandang serius perkara ini! Jangan kerana ingin memakai barangan berjenama sehingga tidak sedar apa yang tersirat. Boikot! Boikot! Boikot!

Saya ke darat ke rumah Zaharah,
Mari mengambil buah keranji,
Biar kumati bertumpah darah,
Namun menyerah tidak sekali.

Ada satu anak Limbangan,
Pergi ke pasar membeli kacang,
Memang jalak ayam sabungan,
Biasa mati tengah gelanggang.







Mula Bekerja

Labels:

sumber gambar : faxura.wordpress.com

Assalamualaikum pembaca semua,

Hari ini Isnin 28 September 2009 ramai yang mula bekerja semula setelah cuti panjang sempena Hari Raya Aidilfitri. Sindrom malas pergi ke kerja memang dirasai setiap tahun. Mungkin ada segelintir yang tidak puas menikmati rendang, ketupat dan lemang ataupun masih banyak lagi rumah saudara-mara atau kenalan tidak sempat dikunjungi.

Tapi apakan daya kita yang makan gaji ini untuk tidak hadir ke pejabat. Hendak "extend" lagi cuti? nanti apa pula rakan-rakan sepejabat kata? mungkin akan menyusahkan lagi mereka kerana terpaksa tanggung tugas kita.

Bukan pekerja sahaja yang merasai sindrom malas hendak ke tempat kerja, tetapi murid-murid, pelajar sekolah dan juga mahasiswa-mahasiswi juga saya percaya akan merasai perasaan yang sama. Cuba kita renungkan kembali mengapa ini terjadi? mengapa kita malas untuk menyambung tugas kita setelah lama berehat? sedangkan kita tahu bahawa pekerjaan itu adalah sumber rezeki kita dan menuntut ilmu pula akan memberi manfaat kepada kita?

sumber gambar : info-outbond.blogspot.com

Memang ramai rakan-rakan saya merungut bila perlu pergi ke tempat kerja semula. Sebenarnya ini adalah psycho yang datang dari minda kita. Kita sendiri yang sudah setkan mind kita untuk malas pergi ke kerja.

Walhal jika hari ini kita pergi ke kerja, maka esok dan seterusnya kita akan terus-menerus pergi ke tempat kerja. Kerana minda dan fizikal kita ibarat sudah "warm-up". Kalau anda tidak percaya, cuba anda pergi kerja pada keesokan harinya. Anda akan terus pergi pada hari seterusnya.





Peti Sejuk - Brand yang bagus?

Labels: , ,

Assalamualaikum semua,

Esok saya dan isteri bercadang untuk membeli peti sejuk. Sebelum ini kami ada pergi ke beberapa kedai elektrik di sekitar gombak, selayang dan juga kota damansara. Memang banyak jenis peti sejuk cuma tidak berapa tahu yang mana bagus dan tahan lama.

Melihat pada model Panasonic, kebanyakannya freezer diletakkan di bahagian bawah. Tanya ada salesman mereka kata Panasonic lain sikit dari segi design. Salesman kata Panasonic agak bahaya sedikit jika ada anak kecil yang baru pandai merangkak atau bertatih kerana mereka boleh tarik dan buka freezer tu. Silap hari bulan tau-tau anak kita dah keras dalam tu. Hmm.. betul jugak kata salesman tu.

Samsung ramai yang kata tidak bagus (bukan saya kata tapi dalam forum melayu.com). Tapi memang ada betulnya sebab ayah mertua saya ada membeli set home theatre jenama samsung, pakai tidak sampai setahun dah rosak. Yang bagus Samsung ini adalah mempunyai banyak service center. Tetapi ada ke masa kita nak pergi hantar atau telefon pusat servis ini? Saya tiada pengalaman dengan produk Samsung.

Bukannya saya nak beli peti sejuk yang besar, kalau boleh dalam 200+ liter sikit pun sudah kira berbaloi. Saya dan isteri berkenan dengan 2 jenama iaitu Sharp dan Toshiba. Jadi ada sesiapa yang mempunyai pengalaman dengan 2 jenama ini? Harganya pun kira masih dalam kategori mampu dalam lingkungan RM1000 - RM1200.



Selamat Hari Raya Aidilfitri

sumber gambar dari mangoandjojoba.files.wordpress.com


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!!

Walaupun hari ini sudah 6 Syawal namun rasanya tidak terlambat untuk saya sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri serta ampun dan maaf jika ada tersalah tulis, kata, perbuatan yang menyinggung anda semua.

Di hari lebaran ini memang kita dapat lihat tangisan dan gelak tawa baik yang muda atau tua. Tidak perlu untuk saya menceritakan suasana Hari Raya kerana banyak blog-blog yang menceritakan pengalaman menyambut hari raya samada di bandar atau di kampung masing-masing.

Cuma bagi saya, tahun ini ada banyak kelainan berbanding dengan tahun-tahun sebelum ini di mana kami adik-beradik pertama kali menyambut Hari Raya Aidilfitri tanpa abah. Memang terasa sangat-sangat kehilangan orang tersayang.

Tidak perlu untuk saya menceritakan bagaimana perasaan saya, emak dan adik-beradik yang lain menyambut tanpa abah. Arwah Abah telah pergi meninggalkan kami pada bulan 6yang lepas. Tuhan lebih menyayangi arwah abah. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang mukmin dan mati syahid. Al-fatihah.



Pengubahsuaian Rumah - Hari Ketiga

Labels: ,

Assalamualaikum semua,

Hari ini sudah masuk hari ketiga proses pengubahsuaian. Agak cepat juga kontraktor ini membuat pengubahsuaian dan secara keseluruhannya saya berpuas hati.





Jam 10 pagi tadi saya telah pergi ke Sunway Alam Suria untuk melihat perkembangan terkini dan hasilnya plaster ceiling sudah mula dipasang, top untuk kitchen cabinet juga telah siap di simen dan downlight untuk bilik air, bilik tidur dan bilik tidur air utama juga telah dipasang. Manakala penambahan untuk bahagian belakang juga telah siap di simen.





Apa yang diberitahu, hari ini adalah hari terakhir mereka kerana bermula pada esok hari, mereka akan bercuti dan menyambung kerja pengubahsuaian pada hari Isnin iaitu 28 September.

Memang saya mengarahkan mereka mula semula pada tarikh berkenaan kerana saya tidak ada untuk memantau mereka dalam tempoh seminggu cuti raya akan datang. Lagipun biar lambat asalkan kemas. Jangan siap cepat tapi finishing tidak cantik dan banyak masalah.



Pengubahsuaian Bermula

Labels:

Assalamualaikum semua,

Hari ini renovation rumah baru saya di Sunway Alam Suria Shah Alam akhirnya bermula. Semalam kontraktor (kawan lama) ada hubungi saya untuk memulakan kerja pengubahsuaian pada hari ini jam 9 pagi. Tetapi saya tiba di sana jam 10 pagi. Terlambat bangun pula hari ini. Hantar anak pun dah dekat kul 10. Nasib baik makcik yang jaga tu tak marah.

Apabila saya sampai di sana, mereka sudah mengukur apa yang patut. Cuma masalahnya kunci untuk box elektrik (TNB) ada pada saya. Jadi kontraktor tersebut tidak boleh on kan mesin gergaji untuk memotong kayu.

Kontraktor sedang membuat ukuran kitchen cabinet

5 orang pekerja kesemuanya dan 4 darinya adalah warga seberang. Saya tanya pada kawan saya kenapa dia tidak ambil pekerja kita je, dia jawab dulu dah ambil tapi pemalas dan tak nak dengar arahan. Hmm.. memang orang kita ni tak boleh kerja yang berat-berat kot.?

Pekerja mula memasang tapak

Ok jadi 2 orang memulakan pemasangan kitchen cabinet di mana mereka mengukur jarak untuk hob dan juga untuk tempat letak peti sejuk. Selepas itu mereka mula membuat tapak agar nanti kayu kitchen cabinet tersebut tidak berada di atas lantai.Sebab takut bila lantai basah ada kesan pada kayu.Kitchen Cabinet ini menggunakan kayu jenis nyatoh. Apa yang diberitahu kayu nyatoh ini memang kuat dan tahan berbanding jenis membrane press atau melamine. setiap pintu kabinet pula akan diletakkan liminate. Tak tau nak pilih warna apa untuk laminate ini. cadag-cadang warna merah macam dalam post sebelum ini.

Untuk membuat top (meja/alas) isk tak tau apa istilah yang orang panggil mereka menggunakan tile berukuran 2 kaki. Tile warna hitam dan kalau anda pernah pergi makan di kedai mamak syed especially ss19 Subang Jaya, meja dan tempat buat air yang digunakan sama dengan top ini. Saya akan menguploadkan gambar bila sudah siap kelak.

mengukur jarak plaster ceiling

Lagi 3 orang membuat plaster ceilig di ruang tamu (living hall) dan juga ruang makan (dining hall). Untuk pengetahuan semua, dining hall dan living hall adalah ruang yang sama. Memang pemaju dah design macam tu. Sebab itu saya membuat plaster ceiling untuk membahagikan 2 bahagian tersebut. Saya akan uploadkan juga gambar bila sudah siap nanti.

Bila tengok jam dah dekat pukul 12 tengahari, saya pun tinggalkan diorang dan tak tau la apa progress seterusnya. Harap-harap saya berpuas hati dengan pengubahsuaian yang telah saya persetujui bersama isteri dan kontraktor tersebut. Jadi nantikan post saya yang seterusnya.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya ini.