Wall Sticker Kini Mendapat Sambutan

KamiKreatif memang suka sentuhan dalaman yang melambangkan keunikan sesuatu rumah. Rasa sejuk mata memandang jika kita masuk ke rumah yang mempunyai tona warna yang menarik dan juga hiasan serta susun atur perabot yang kemas.
Tapi kali ini KamiKreatif tidak mahu menyentuh tentang sentuhan warna, perabot atau landskap tetapi tertarik ingin berkongsi dengan anda semua berkenaan dengan lukisan dinding ataupun Wall Sticker. Melalui pengamatan KamiKreatif biasanya wall sticker akan dilekatkan di dalam bilik terutama bilik anak-anak. Pelbagai corak antaranya hidupan dalam air, kartun, kereta dan pelbagai lagi yang menimbulkan suasana ceria terhadap bilik anak-anak kita.
Wall sticker di Malaysia sekarang semakin mendapat perhatian dari penggemar hiasan dalam dan juga sesiapa sahaja yang mempunyai rumah. Kebiasaanya harga untuk wall sticker ini lebih kurang RM30 - RM80 bergantung kepada saiz dan corak.
Anda boleh dapatkan di kedai-kedai dan yang mana malas nak ke kedai, Penjualan wall sticker ini juga terdapat di dalam internet di mana pembeli hanya perlu order dan buat bayaran, selepas itu wall sticoker akan dipos ke rumah anda. Mudah bukan? Banyak laman web di Malaysia menjual wall sticker ini dan antara yang Popular adalah http://ir-koreadeco.blogspot.com/
Sekian.
Ingin menambah pendapatan RM100-RM200 Sehari? Mudah dan berkesan!
Monday, July 27, 2009 | 0 Comments
Deko Bersama Eric 2009

KamiKreatif tertarik dengan rancangan Deko Bersama Eric yg kini musim baru. Selain dari sentuhan kreatif si Eric, celotehnya juga membuat penonton tidak kering gusi. Syabas Eric dan krew. Yang Penting Ape??? "Feature Wall!!!". Mula2 ingatkan si Eric ni sebut "picture wall", biasa la eric kan pelat.
Musim terbaru ini KamiKreatif agak teruja dengan adanya penaja yang semakin banyak contohnya penaja baru rancangan ini Haier sebagai penaja TV LCD dan penghawa dingin, Master Home untuk tajaan langsir serta Soft Furnishing dan Goodnite untuk tajaan tilam. Sementara penaja lain ialah Dulux Colour Solutions, Lightcraft, Floorbiz, Red Apple Furnishing, Eureka Collections, Vantage, SSF Creative Lifestyle Hub, Alpha Malaysia, Lamex dan banyak lagi.
PERGH Teruja sungguh KamiKreatif!!! kan bagus kalau rumah KamiKreatif dapat memenangi pengubahsuaian bernilai RM50K ini!! Tapi kalau memang betul-betul dapat rasanya KamiKreatif pengsan kot. Walaupun hajat nak wat suprise kat isteri tersayang.
Tambah lagi rumah yang KamiKreatif beli kat Sunway Alam Suria U10 Shah Alam dah nak siap. Tengah tunggu kunci jer nie. Maybe bulan Ogos 2009 ni dah boleh masuk kot. Wah pening kepala jugak ni sebab kena fikirkan kitchen kabinet, grill, lampu2, plaster ceiling, perabot dan lain-lain. ARGHHH!!!! mana nak cari duit??
Dulu KamiKreatif memang tak minat langsung deko-mendekorasi rumah ini sebab dulu duduk dgn mak ayah dan KamiKreatif tak boleh bersuara langsung ttg deko-mendeko tu. Rumah penuh dengan bunga baik yg hidup plastik sampai la kaca.
KamiKreatif suka moden style sebab ianya simple dan yang paling menarik kerana tidak banyak menggunakan ruang. So rumah pun nampak luas dan selesa, tak lah nnt jalan sikit terlanggar pasu la, kerusi la dan macam-macam lagi.
Ramai orang kata sebelum nak masuk rumah baru baik renovate apa yang patut dahulu. So nanti takde la susah payah nak angkut keluar semua barang2 yg dah ada dlm rumah. Hmm.. betul jugak tu. So Hopefully rumah KamiKreatif terpilih la memenangi rancangan Deko Bersama Eric 2009 ini. Amin..
ps: borang pertandingan Deko Bersama Eric ada di laman web Eric
Friday, July 17, 2009 | 1 Comments
Betul ke orang putih lebih kreatif?

Kali ini KamiKreatif ingin menceritakan sedikit tentang bagaimana pemikiran org putih. Rata-rata mereka sanggup menghabiskan masa dan juga wang ringgit demi menunjukkan bahawa mereka ini kreatif. Baik dari segi sukan, pemotoran, perindustrian dan banyak lagi.
Dari apa yang kita dapat lihat dan mungkin kamu semua bersetuju bahawa org putih ini mungkin banyak masa yang terluang dan duit bagi mereka sebenarnya tidak ada masalah. Yang penting adalah kepuasan diri mereka. Mereka sanggup menghabiskan beribu-ribu ringgit untuk membeli peralatan yang bagi kita adalah satu pembaziran. Contoh dalam permainan, dah lah kos alat mahal dan mereka sanggup membahayakan diri mereka sendiri. mereka sanggup terjun dari jambatan yang tinggi, mereka sanggup melompat dari atas bumbung rumah ke atas jalan raya, dan macam2 lagi benda yang pelik dan gile.
Tapi tu semua adalah kreativiti mereka yang tersendiri. Tapi betul ke kreatif?
Friday, July 03, 2009 | 1 Comments
Urusan Pencen

Kali ini KamiKreatif ingin berkongsi lagi pengalaman, ianya berkenaan dengan urusan pencen apabila berlaku kematian kepada seseorang penjawat awam.
Urusan pencen apabila berlaku kematian seorang yg pernah bergelar penjawat awam tidaklah begitu susah. Pencen si mati tadi akan bertukar status menjadi Pencen Terbitan di mana akan dpt kpd isteri/suami/waris.
Maklumkan dengan SEGERA apabila berlaku kematian kepada JPA. Jika tidak proses tuntutan pencen si mati akan menjadi lambat.
Contoh senario jika suami yang meninggal dunia. Maka si isteri perlu menyediakan beberapa dokumen. Antaranya ialah :
- Kad Pesara si mati yang ASAL
- Sijil Kematian dari JPN yang ASAL
- Sijil Nikah yang ASAL
- IC Isteri. ASAL
- Buku Bank kepunyaan Isteri ASAL. (Tabung Haji atau ASB tidak boleh)
Dinasihatkan agar membuat SALINAN semua dokumen tersebut dan membawanya sekali ketika berurusan dengan pihak JPA.
Yang paling penting adalah Isteri kena datang sendiri ke JPA kerana JPA akan mengeluarkan borang kepada si isteri / waris tadi DAN perlu menandatangani serta cop jari di borang berkenaan. Setelah selesai semua urusan, Pihak JPA akan memberi kad pesara yang baru kepada pemohon tadi melalui pos.
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi blh rujuk terus ke laman web JPA
Tuesday, June 30, 2009 | 0 Comments
Urusan Harta Pusaka
Salam semua,
Lihat pada tajuk mesti anda semua terfikir "ape kene mengena dengan kreatif?" Sebenarnya tajuk ini memang terkeluar sikit la dgn nama KamiKreatif. Tapi urusan harta pusaka ini agak kompleks dan sebenarnya unik kerana ramai dikalangan kita yang tidak tahu apa yang perlu dilakukan apabila berlaku kematian, lebih-lebih lagi hal ehwal pengurusan harta si mati.
KamiKreatif harap dengan sedikit pengalaman berkenaan urusan harta pusaka yang pernah KamiKreatif sendiri alami dapat dikongsi bersama. Bukan apa, at least anda dapat jugak la sedikit ilmu dari tak tau nak buat ape2 nanti. Betul tak?
Begini, kita ambik senario ayah yang meninggal. Bila sahaja berlaku kematian, anak akan pergi ke JPN untuk pendaftaran kematian dan Sijil Kematian akan dikeluarkan serta-merta. Bawa sekali ic ayah, borang dan permit menguburkan yang dikeluarkan oleh ketua balai polis berhampiran ke JPN.
Selepas itu, cuba tanya adik-beradik atau saudara-mara berkenaan harta yang ditinggalkan. contohnya rumah, tanah, kenderaan atau akaun2 bank yang ada.
Jika arwah tadi TIDAK menukar lagi nama rumah@tanah atau aset2 lain maka salah seorang wakil dari anak arwah boleh pergi ke Pejabat Tanah Daerah (Bahagian Urusan Pesaka Kecil) untuk menguruskan harta tadi termasuk kenderaan2 dan akaun2 di dalam bank.
Tetapi jika arwah terlebih dahulu TELAH menukarkan nama rumah kepada nama ibu contohnya, maka harta-harta seperti kenderaan atau akaun2 bank YANG BELUM DITUKAR NAMA bukan lagi Urusan Pesaka Kecil yang menguruskannya. Anak arwah hendaklah merujuk kepada Amanah Raya Berhad.
Semoga dgn informasi ini dapat mempercepatkan lagi proses pengurusan harta pesaka. Taklah nanti jadi mcm bola. "kejap kata sana, kejap kata sini". Jadi, KamiKreatif akan sambung lagi berkenaan dgn ARB. (kalau ada kesilapan sila perbetulkan)
Wednesday, June 24, 2009 | 0 Comments
Apa KamiKreatif Ni??
Nama KamiKreatif adalah datang dari kami yang mempunyai idea dan buah fikiran yang telah dicampur tolakkan menjadi sentuhan kreativiti yang unik. Mengapa kami memilih nama ini kerana ianya melambangkan idea, pemikiran dan kebijaksanaan individu mengembangkan potensi beliau tidak kira dalam apa bidang sekali pun.
Jadi sesiapa yang berminat untuk berkongsi kreativiti yang ada pada diri anda tidak kiralah dari segi seni atau penulisan bolehlah memberi komen di dalam laman blog ini. Agar kita dapat berkongsi bersama.
ps: Sila gunakan "kekreatifan" anda ke arah yang sehat dan berguna. Unsur-unsur yang berbau lucah atau politik tidak dibenarkan sama sekali
Jumpa Lagi,
Dari KamiKreatif
Tuesday, June 16, 2009 | 0 Comments





