Fasa Pemilihan Lampu
Assalamualaikum Semua,
Pada cuti merdeka tempoh hari saya telah berkunjung ke IKEA (selepas kontraktor ambil ukuran buat renovation) untuk mencari lampu untuk diletakkan di dalam rumah. Saya dan isteri telah bersetuju untuk membeli lampu dalam gambar di bawah ini. Warna ungu lagi tu untuk diletakkan di ruang makan. Sebanyak 3 lampu digunakan dan dipasang secara tergantung.
Kemudian 2 lampu berbentuk seperti tudung saji akan kami letakkan di Family hall di tingkat atas. Kedua-duanya juga dalam keadaan tergantung. Tak tau lah samada terang atau tidak kerana lampu tudung salji ini diperbuat dari plastik dan memerlukan bulb yang mempunyai watt yang tinggi untuk menerangi kawasan itu. Tambah pula ceiling yang tinggi.
Selain dari itu juga, saya ada membeli 3 lagi lampu bulat yang biasa di pasang di dalam toilet. Harga pun murah cuma RM9.99 satu (tidak termasuk bulb).
Jadi untuk ruang tamu, dapur, bilik-bilik tidak memerlukan lampu kerana dah dipasang downlight. Downlight semuanya putih sebab senang hendak membaca.
Jadi memang penat berjalan dekat IKEA kalau memang betul-betul nak beli barang sebab nampak semuanya cantik dan rekaannya simple tetapi yang tak tahan bila tengok tag harga. :)
Sedar tak sedar dah nak berbuka puasa. Jam pun dah pukul 7. Kebetulan pula memang dah janji dengan sepupu-sepupu untuk berbuka di Vivo, The Curve. Apa lagi saya terus tinggalkan semua barang yang ada dalam plastik Ikea berhampiran dengan kaunter bayar. Saya tulis note dan letakkan dalam plastik tersebut agar tiada orang yang mengambil atau mengalihkan troli itu.
Thursday, September 03, 2009 | 2 Comments
Fasa Pemilihan Kontraktor
Salam Pembaca KamiKreatif,
31 Ogos 2009 hari Kemerdekaan negara kita yang ke-52. Ramai yang bercuti tetapi saya dan juga isteri bertungkus-lumus membersihkan dan memikirkan rekaan bentuk hiasan dalaman untuk rumah baru di Sunway Alam Suria, Shah Alam. Penat mengalahkan kerja rasmi kami.
Saya telah memanggil kontraktor (kawan lama) untuk membuat plaster ceilling, kitchen cabinet, wall units, point plug, grill dan awning. Bukan apa, sebenarnya setiap kali saya pergi ke rumah baru tu mesti ada kontraktor yang datang untuk menanyakan samada nak buat renovation atau tidak. Mereka siap buat ukuran dan bagi berbagai-bagai cadangan. Tentang kitchen cabinet pula ada yang mintak RM6k, RM7k dan ada yang mintak RM10k. Bila tanya material semua jawab gerenti boleh tahan lama punya. Bila tanya lagi material apa nak guna, ada yang boleh cakap "kalau i cerita dgn u pun u bukan tau itu bagus ke tidak" Ada ke boleh cakap macam tu?

Itu baru berkenaan dengan kitchen cabinet. Bila tanya tentang wall unit untuk ruang tamu dan juga family hall kat tingkat atas, jawapan mereka pula "Itu punya wall unit banyak mahal. Rugi u buat, baik u beli saja yang sudah siap." Patut ke jawapan tu?

Memang betul, tapi yang ready made kebanyakannya tidak sesuai dari segi ukuran dan bentuk yang kita inginkan. Kalau dah memang kita berminat, duit bukan menjadi satu masalah walaupun budget sikit, pandai-pandailah nanti nak kurangkan apa yang patut.
Mungkin mereka lihat saya masih muda lagi, mungkin tidak berduit jadi senang-senang mereka nak tipu. Walaupun saya tak pandai tentang material, tetapi saya ada juga buat sedikit "research" tentang selok-belok material apa yang bagus dan juga konsep yang ingin diketengahkan. Sepatutnya mereka lebih bersikap profesional dan sedia menerima pandangan tuan rumah.
Pernahkah anda mengalami kerenah kontraktor yang sedemikan? Post saya yang akan datang masih lagi berkenaan dengan persiapan untuk masuk ke rumah baru.
Tuesday, September 01, 2009 | 0 Comments
Cuci Rumah Sunway Alam Suria
Salam semua,
Semalam saya telah pergi ke Mydin Seksyen 18 Shah Alam. Ini kali pertama saya masuk ke Mydin tersebut. Tak ramai orang macam Mydin yang biasa saya pergi (Selayang). Jadi senang kerja saya untuk mencari barang yang saya perlukan.
Sebelum pergi saya memang telah membuat senarai barang yang perlu saya beli untuk membasuh rumah baru di Sunway Alam Suria. Tapi list dalam otak je sebab tak banyak barang yang nak dibeli. Apa yang saya perlukan hanya lah mop, besen mop (tak tau apa namanya), penyapu bulu keras, getah paip 30m, klip getah paip dan juga concentrated floor clean.
Jadi di sini saya letakkan senarai harga bagi setiap barang.
- Mop : RM15+
- Besen Mop : RM11.90
- Penyapu bulu keras : RM 9
- Getah Paip 30m : RM29.90
- Kiwi concentrated floor clean : RM 8.50
Tapi saya tak tau la kalau pasaraya yang lain lebih murah. Sebab saya malas nak survey. :) Post yang seterusnya saya nak menceritakan bagaimana saya basuk rumah sorang-sorang walaupun semua orang tahu membuatnya dan sebenarnya tidak perlu diceritakan pun.
Saturday, August 29, 2009 | 6 Comments
Akhirnya! @ Sunway Alam Suria
Assalamualikum semua,
Ketika sedang bersiar-siar membawa anak pergi mencari baju raya, tiba-tiba telefon berbunyi. Panggilan dari Sunway mengatakan bahawa saya sudah boleh mengambil kunci rumah dan perlu membayar RM945 untuk deposit api, air, maintenance fee, dan macam-macam lagi.
Tak sabar lagi nak masuk rumah baru, lalu keesokan harinya saya terus pergi ke pejabat Sunway (belakang Sunway Lagoon) untuk membayar sejumlah wang tadi dan terus membuat appointment untuk melihat+ambil kunci rumah tersebut.
Jadi pada Isnin yang lepas, saya melihat setiap inci struktur pembinaan rumah saya manalah tahu jika ada sebarang kerosakan baik dari segi sistem air dan juga elektrik. Sebab Sunway ada bagi warranty selama 18 bulan. Keputusannya saya amat berpuas hati dengan "finishing" yang telah dibuat oleh Sunway.
Jadi sekarang perkara pertama yang saya perlu buat adalah membersihkan dan polish dahulu lantai rumah. Jadi ada sesiapa yang menyediakan perkhidmatan cuci dan polish lantai rumah tak? sila hubungi saya.
p/s: Saya suka modern concept (ringkas tapi menarik)
Thursday, August 27, 2009 | 5 Comments
Senang Ke Nak Buat Duit Dgn Internet?

Assalamualaikum Semua,
Post kali ini lebih menjurus kepada perniagaan Internet. Saya memang tidak tahu bagaimana hendak memulakan perniagaan internet. Ada juga beli buku dari otai internet iaitu Irfan Khairi. Tetapi kandungannya terlalu ringkas. Bagi saya, perniagaan internet memerlukan kemahiran yang tersendiri.
Sekarang ini saya banyak buka forum-forum yang membincangkan tentang bagaimana hendak membuat duit di internet. Newbie seperti saya memang kena banyak lagi belajar selok-belok perniagaan jenis ini. WangCyber adalah forum yang menjadi rujukan saya. Jika ada lagi forum seperti itu sila beritahu saya.
Ya, memang saya dapati ramai otai di WC tu. Yang berjaya mendapat 5 angka setiap bulan pun ada. Maknanya Internet memang boleh buat duit. Tetapi apabila semakin banyak bacaan tentang perniagaan internet, saya jadi kusut kerana terlampau banyak sangat program-program buat duit yang ada seperti affiliate program, adsense, ppc, ebay dan banyak lagi.
Jadi saya ingin lakukan tindakan yang KREATIF sebagai newbie yang mana satu perniagaan internet yang patut saya ceburi terlebih dahulu?. Walau dapat RM1 pun tidak mengapa. Yang penting betul ke perniagaan internet ini boleh dapat duit?
Wednesday, August 26, 2009 | 0 Comments
Kisah Otak-Otak
Assalamualaikum semua,
Kini Ramadhan sudah kembali, bulan yang penuh rahmat dan keampunan. Oleh yang demikian saya ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada anda semua! Jadikan bulan Ramadhan kali ini lebih baik dari yang lepas.
Hari ini 3 Ramadhan, saya nak berkongsi sedikit tentang bazar ramadhan. Saya telah berkunjung ke bazar Ramadhan Taman Greenwood semalam dan keadaan lalu lintas amat mengecewakan. Bayangkan saya sangkut hampir 30 minit untuk masuk ke Taman tersebut.
Berbalik kepada bazar tadi, saya telah membeli otak-otak di salah sebuah gerai. Memang banyak gila otak-otak diletakkan di atas meja gerai itu. Yang peliknya tiada alat untuk membakar otak-otak tersebut. Apa yang pasti peniaga tersebut telah membakarnya awal-awal lagi. Jadi terdetik dihati saya mengatakan bahawa pasti tidak masak atau sudah basi otak-otak ini. Berdasarkan pengalaman saya hampir setahun berniaga otak-otak :p
Untuk membuktikanya saya membeli dalam 10 batang. Sampai waktu berbuka, saya membuka dan cuba memakanya. Memang BENAR sangkaan saya!! Semuanya tidak boleh di makan kerana masam!. Apa lagi, saya terus memulangkan kembali otak-otak tersebut dan kebetulan ada juga pembeli yang terkena datang dengan niat sama seperti saya. Yang bestnya, tuan punya gerai buat macam tiada apa-apa yang berlaku. Bukannya nak minta maaf atau apa ke? mengenangkan baru 2 hari berpuasa, jadi saya hanya bersabar dan mungkin bukan rezeki saya hari itu.
Nasihat : kepada peniaga bazar ramadhan yang bukannya peniaga "tegar" atau erti kata lain tiada pengalaman berniaga (1st time) cuba masak masakkan anda sesedap yang boleh. Pasti orang akan datang membeli lagi pada keesokan hari. Adakah anda pun pernah terkena?
Monday, August 24, 2009 | 0 Comments
Lukisan 3D


Salam,
Paparan kali ini pasti akan membuat anda berasa kagum. Masa mula-mula KK=(singkatan bagi KamiKreatif) dapat emel ini, KamiKreatif mati-mati ingat "real", tapi bila baca balik ayat yang ditulis rupa-rupa ianya adalah mainan mata.
Mesti anda tertanya apa sebenarnya yang KKreatif nak ceritakan? Sebenarnya adalah lukisan 3D yang kini sangat terkenal di benua eropah. Bukan calang-calang orang boleh melukis seperti itu sehinggakan dapat memperdayakan orang ramai hasil dari kreativiti mereka.
Kalau anda semua tidak percaya anda boleh lihat sendiri contoh-contoh lukisan 3D yg mereka lukis tanpa menggunakan kertas tetapi pada rumah, jalan dan pelbagai lagi objek sedia ada.
Cuba kita lihat pada semua gambar disebelah di mana kita telah diperdayakan dengan kononnya terdapat kolam dan juga lubang di situ. Tetapi hakikatnya ianya adalah jalan raya yang RATA!!!
Begitu hebat hasil seni yang mereka cipta. Untuk membuat lukisan 3D seperti ini mesti mempunyai kos dan tujuannya. Jadi persoalan yang timbul dari KamiKreatif ialah Mengapa mereka sanggup berbuat demikian? Untuk menunjukkan bakat semata-mata? atau itu strategi perniagaan mereka? Mungkin...
KamiKreatif percaya bahawa rakyat Malaysia tidak kurang hebbatnya. Contoh yang kita selalu lihat adalah teknik air brush. Pelbagai lukisan dan corak samada 2D atau 3D telah dihasilkan oleh mereka yang kreatif. Tetapi KamiKreatif teringin sangat jika ada rakyat kita yang mampu membuat lukisan 3D seperti mereka di sebelah. Adakah anda pun begitu?
Monday, August 17, 2009 | 0 Comments







