feedburner

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Sambungan - Cara uruskan kewangan. (Gaji+loan+saving+insuran)

Labels: , , , , ,

Kalau anda perasan 6:50am matahari dh naik. Bermakna masa begitu pantas dan solat subuh harus disegerakan. Begitu juga dengan tindakan yang bakal kita ambil untuk masa hadapan.

Saya akan mengulas sedikit berkenaan perkara 2 dan 3 seperti yg saya janjikan pd post yg lepas. Di mana pentingnya unit trust sebagai salah satu portfolio kewangan kita. Sebelum sy mengulas bkenaan dgn unit trust, sy ingin menyentuh beberapa portfolio pelaburan yang boleh kita sertai. Cuma kene pandai pilih mana yang terbaik kerana setiap pelaburan yang kita masuk ada risikonya. Antara bentuk pelaburan yg ada di malaysia..

   ★simpanan biasa
   ★deposit tetap
   ★bond
   ★amanah saham
   ★forex

Seperti yg kita lihat pada graf bahawa simpanan biasa paling kurang risikonya. Amanah saham dan forex paling tinggi risiko.. Pendek kata lagi tinggi pulangan (return) lg tinggi risikonya.

Trend pelaburan masa ini bg org melayu ialah emas. emas adalah pelaburan yg dpt memberikan jaminan utk penyimpannya. Jika anda ingin berjinak-jinak dalam emas pastikan mendapat nasihat dari pakar. Bagi saya simpanlah emas fizikal! Dalam erti kata lain beli emas dpt emas bkn dpt kertas atau seumpamanya.

Unit trus pulak dpt memberi return 15% ke atas. Yg penting disini, jika anda telah menceburi mana-mana portfolio di atas, pastikan ianya utk jangka masa yg panjang. Jgn br masuk 2@3 thn dah nak keluarkan.. Anda kena tau yg ini adalah pelaburan! bukan skim cepat kaya. cuba kita sama2 ubah pemikiran dalam melaburkan wang kita. Dan yg paling penting melaburlah ke arah yg mempunyai panel syariah. wallahualam








Cara uruskan kewangan. (Gaji+loan+saving+insuran)

Labels: , , , ,


Sebenarnya tidak la susah mana untuk menguruskan duit gaji kita setiap bulan. Yang penting kita kena disiplin dan sentiasa ukur baju di badan sendiri. Jangan disebabkan rakan sekerja tukar sport rim, kita pun nak tukar. Kalau memang betul-betul mampu dipersilakan. Nak tukar apa pun boleh.

Statistik ada menyatakan bahawa ramai golongan muda sekarang ini diisytihar muflis disebabkan nafsu kehendak lebih dari keperluan. Nak bergaya, tetapi tidak memikirkan 10-20 tahun akan datang.

Berikut adalah antara contoh terbaik cara menguruskan kewangan menurut majalah personal money.

  1) 80% daripada gaji digunakan utk membayar rumah... kereta... bil2... barang dapur.. keperluan anak dan sebagainya.

   2) 10% daripada gaji tersebut buat saving.. unit trust.. atau apa2 shj bentuk simpanan...

  3) 10% lagi untuk insuran... di mana ianya perlu jika berlaku apa2 ke atas kita. sebagai org islam ambil yang takaful. cover bil hospital, medical card, saving dan mati..

Masalahnya kita ni kurang ambil peduli tentang perkara 2 dan 3. Dapat gaji tengah bulan dah habis. Saya pun tak terkecuali kerana kos barang harian semakin tinggi. Tetapi insyallah boleh, jika kita disiplin dan sabar.

Yang penting elakkan dari membuat personal loan. Sy akan cuba huraikan dengan lebih jelas perkara 2 dan 3 di post seterusnya.








Penting ke perlindungan keluarga? insuran?

Labels: , , ,

(sumber gambar: savingsangel.com)

Assalamualaikum...

Lately selalu memikirkan tentang perlindungan keluarga dan diri sy sendiri. Apa tandanya ek?
Seharian sy bekerja untuk menanggung kehidupan keluarga. Sentiasa memikirkan tentang kebahagiaan dan kemudahan untuk isteri dan anak2 yang sedang membesar. Dulu masa bujang dapat duit gaji xpyh nak pikir itu ini. Yg penting bg duit kt mak ayah..

Sekarang ni nak beli baju dan seluar sendiri pun payah. Semuanya untuk anak. Betul x? bila pergi shopping nampak baju berharga RM50 pun dah terasa mahal. pikir dua tiga kali utk membelinya. Tapi bila nampak baju budak especially baju bdk lelaki harga RM60 boleh pulak kita belikan. Sebab apa? pernah tak anda terfikir?