Selamat Hari Raya Aidilfitri 2012
Assalamualaikum..
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin diucapkan kepada semua rakyat Malaysia khususnya. Sepertimana tahun2 sblm ni raya disambut dengan meriah sekali diseluruh Malaysia.
suasana hari raya amat terasa dikampung2 manakala di bandaraya dipenuhi dgn kedai2 yg membuka perniagaan hingga larut malam utk sesiapa yg ingin bershoping last minute. Tidak lupa juga dgn warga asing yg membanjiri sekitar kl.
Tahun ini adalah kali pertama saya beraya tanpa ibu dan ayah. Memang suasana beraya berbeza dgn thn sblm2 nie. Sambutan yang sederhana dan tangisan adik beradik di pagi raya menambahkn lagi kepiluan di pg syawal.
Alhamdulillah, walaupun tanpa kedua ibubapa yang telah pergi, kami adik beradik dapat juga kami berkumpul bsama2 di teratak bonda di gombak.
petang syawal pula beraya di Kampung Pasir tampoi johor bahru dan yg menjadi perhatian saya ialah Plaza Angsana telah berubah wajah!!!

Monday, August 20, 2012 | 0 Comments
Selamat Berpuasa 2012
assalamualaikum semua.
tidak terlambat utk sy mengucapkn selamat berpuasa kepada seluruh umat islam di dunia khususnya di malaysia...
semoga di bulan ini akan diberi keampunan kpd kita semua. solat terawih jgn tgl sebab kita hanya jumpa sekali shj sebulan... takut nnt thn depan tak berkesempatan utk bjumpa lg dgn bulan yg mulia ini. insyallah.
Sunday, July 29, 2012 | 0 Comments
Quarter final euro 2012 prediction
So kamikreatif menjangkakan team yg akan layak ke separuh akhir ialah:
Rep. Chec vs Spain
German vs Italy
So sama2 kita nantikan keputusan suku akhir perlawanan2 yg sy rasa amat dramatik kerana kedua2 tuan rumah poland dan ukraine telah tersingkir dan pastinya stadium akan dipenuhi dgn penyokong luar. Begitulah hebatnya penangan bola sepak!!! Jgn tak pergi kerja disebabkan euro sudah :)

Wednesday, June 20, 2012 | 0 Comments
Jalan dari bukit jelutong ke ttdi jaya shah alam
Semenjak lepas dari cuti sekolah pertengahan tahun baru aku perasan yang jalan agak clear. Start dr sunway alam suria hinggalah ke traffic light giant shah alam.. Pelik jugak?
Ramai yg dah jual kete ke? Atau ramai yg masih lagi berada di luar kawasan? Atau waktu office hour dh berubah.. Mmg dlm seminggu ni jalan agak lengang terutama fly over yg kat nstp.. Kalau x, start dr situ dh sangkut...
Korng perasan tak?. (sekitar jam 7.00am) nape ek?
Tuesday, June 19, 2012 | 0 Comments
Urusan transfer duit tabung haji ke tabung haji
Semalam sy bertanya dgn rakan2 berkenaan bagaimana ingin memindahkan duit dlm akaun tabung haji sy ke akaun tabung haji orang lain. Tetapi semuanya tidak tau bagaimana caranya. Sebab mungkin sudah terbiasa menggunakan perbankan internet yg disediakan oleh bank2 yg lain.
Apa yang kita sedia maklum tabung haji telah link dgn beberapa bank yg ada di malaysia bertujuan memudahkan urusan pengeluaran. Cuma masalahnya pada penyimpan yg tidak ada akaun bank yg telah bekerjasama dgn tbg haji cth bank islam dan bank rakyat. Terpaksa menggunakan buku dan pergi mengambil nombor di tabubg haji yg berdekatan.
Berbalik kepada tajuk tadi "urusan pemindahan" akan jadi sukar atau tidak2. Adakah kita perlu keluarkan tunai rm1000 dan depositkan semula ke akaun penerima?
Sebenarnya tak perlu. Apa yg sy buat semalam sy ada tuliskan dlm point di bawah:
- bawa buku tabung haji dan ic anda ke tabung haji yg berdekatan.
- ambil borang "borang permohonan pindahan simpanan" JP004.
- di borang tersebut isi maklumat anda spt no ic, nama, no akaun th dan amaun yg hendak ditransferkan. (pemohon)
- isi juga maklumat penerima di bawah maklumat pemohon.
Jika anda tidak tahu no akaun th penerima, kosongkn dulu pd ruangan no. Akaun. Masa dikaunter nnt anda hanya berikan NOMBOR ic penerima shj..
Yg penting anda mesti tahu salah satu nombor penerima samada no ic atau no akaun tabung haji. Kemudian semak nama penerima adakah betul atau tidak.
Harap post ini dpt membantu anda berurusan dengan pihak tabung haji khususnya urusan pindahan wang.

Tuesday, June 12, 2012 | 0 Comments
Damai Beach Resort
Assalamualaikum.. Baru dpt pergi bercuti setelah sekian lama terperap di kawasan shah alam. Membawa anak2 bjalan adalah menyeronokkan (penat sebenarnya) melayan anak2 yg masih kecil. Malas nk holiday pd musim cuti sekolah sebenarnya sebab kebiasaannya tmpt2 peranginan mesti fully book. Di tambah lg dgn lebuhraya yg sesak!.
Ini pun sebab Ada family day so ku gagahkan juga utk pergi bercuti. So aku dan family pergi ke Desaru..
Perghh dh ada highway.. Kagum bila tgk jmbtn yg sgt tinggi tiangnya. Dr jauh nmpk cam piramid. jarak highway tu lebih kurang 86km panjangnya dan tol kalau dr senai rm11.20..
Aku pelik sebab highway ni mula2 2 lane pastu jd 1 lane shj.. Highway ke?.. Dah la tol yg agak mahal.. Hahaha.. So aku xnk komen byk2 mungkin sebab jmbtn tu kot yg jd tolnye mahal..
Last pergi area sana masa aku kecik so aku xingt lgnsg jln atau tmpt yg best. Cuma apa yg boleh aku katakan, kwsn tu adalah kwsn pelancongan dan juga pendidikan. Mana taknya, masuk je kwsn bandar penawar.. 1st sekali jumpa sekolah sukan bndr penawar.. KemudiaN jumpa sekolah sains diikuti dgn sekolah agama bndr penawar dan last sekali smk bndr penawar.. Semuanya sebelah menyebelah..
Aku stay kat damai beach resort. Mula2 akan jumpa lotus beach resort then pulai beach resort barula jumpa damai beach resort. So far mmg puas hati stay kt situ. View laut yg canti, ada pool utk dewasa dan kanak2. Tmpt2 bbq, snooker table, pool table, carrom table. Selain dr tu ada bilik karoke yg luas yg blh memuatkn lebih kurang 15 org. Surau yg selesa dan juga bilik yg besar. Conclusion blh bg rank 4 out of 5.. Dan mmg akan ke sana lg bila ada kelapangan.


Monday, June 11, 2012 | 0 Comments
nurse kerja yang sangat mulia

Assalamualaikum
Selama dua hari saya berada di hospital memang sangat-sangat menginsafkan saya. Selama ini kita hanya tahu mendengus dan komplen layanan yang diberikan oleh pihak hospital. Servis lembab, dh dekat sejam tapi xpanggil2. Jururawat ramai tapi ntah ape yg diorng buat dan macam-macam lagi.
Bayangkan dari mula shift sampai habis shift xpenah sy nampak mereka berfb, berchating atau bergayut.. Sentiasa pergi dari satu bilik ke satu bilik merawat pesakit. Pelbagai ragam dan karenah yang pelik ditunjukkan oleh pesakit, tetapi mereka tetap menjalankan tugas dgn konited. Sungguh mulia pekerjaan jururawat ni. Besar pahalanya.
Kekadang saya terfikir, mampukah dan kuatkah aku menghadapi pesakit dan keluarga pesakit yang xpernah menghargai pertolongan yang dilakukan oleh jururawat terhadap ahli keluarga kita yang sakit?. Sanggup membersihkan tubuh peaakit, menukar pampers pesakit, bau-bauan yang kurang enak dari pesakit, menjaga waktu makan ubat pesakit dan macam2 lagilah.
Oleh itu mari kita smua muhasabah diri kita tentang persepsi layanan yg diberikan oleh pihak hospital. Cuba kita jadikan diri kita dalam golongan orang yang bersabar. Kerana yang datang ke hospital semuanya yang sakit. Bukan kita sorang sahaja yang sakit. Kalau tak sakit saja2 nk dtg hospital cari penyakit namanya. Insaf....
Monday, March 12, 2012 | 0 Comments





