feedburner

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Fasa Pemilihan Hood and Hob

Labels:

Assalamualaikum semua,

Saya nak bertanya kepada anda semua tentang jenama apa yang bagus untuk hood dan hob? atau dalam bahasa melayunya hood(tempat sedut minyak) dan hob(tempat masak). Dulu masa sebelum ada rumah sendiri saya memang tak tau apa nama benda tu, selalu tengok kat rumah-rumah orang dan menggelarkannya tempat sedut asap sahaja.

Tapi kini banyak juga la term berkenaan dengan alatan memasak, hiasan dalaman dan macam-macam lagi yang dapat saya pelajari. Solid wood la, membrane press la, ABS la, liminate la, wall unit dan lain-lain.

Hari ini saya telah pergi ke sebuah kedai yang menjual peralatan dapur dan bilik air di SS15 Subang Jaya. Saya telah membeli hood dan hob jenama Rubine dengan harga RM1285. Cuma apa yang saya pelik kenapa kedai tersebut menjual hood dan hob dengan harga yang agak murah berbanding dengan jenama-jenama seperti fagor, faber dan rinnai? Rata-ratanya harga dalam RM1800 ke atas untuk 2 items tersebut.



Adakah jenama Rubine ini tidak berkualiti? Adakah hanya boleh tahan 2 atau 3 tahun sahaja? Apa yang diberitahu oleh toke kedai tersebut, Rubine ini adalah satu jenama dari Italy dan mempunyai warranty selama 5 tahun. Jadi bila saya dengar ada warranty selama 5 tahun, maka tidak ada masalah jika berlaku apa-apa kerosakan terhadap hood dan hob tersebut.

Tetapi adakah pemilihan saya ini tepat? elok ke hood yang mempunyai corong? tak kelakar ke nanti bila diapit oleh kitchen cabinet?





Sunway Alam Suria Shah Alam

Labels:


Salam semua,

Apa khabar saudara-saudari sekalian? hari ini genap 21 hari kita berpuasa. Hanya tinggal lebih kurang 9 hari lagi untuk kita meninggalkan Bulan Ramadhan ini. Tahun ini rasa sekejap sahaja kita berpuasa. Tapi begitulah lumrah alam.



Apa yang saya nak ceritakan di sini adalah msih berkenaan dengan rumah yang baru saya beli di Sunway Alam Suria. Di sini saya sertakan sekali alamat lengkap termasuk mukim dan juga poskod untuk kawasan perumahan Sunway Alam Suria ini.

  • Nama Perumahan : Sunway Alam Suria
  • Pemaju : Sunway Berhad
  • Mukim : Bukit Raja
  • Poskod : 40170
  • Seliaan : Majlis Bandaraya Shah Alam
  • Keluasan : 22 x 65
  • Built-up : 1818 sqf
  • Jenis : intermediate double story

Apa lagi ek? nanti kalau saya ingat saya akan masukkan lagi description tentang rumah Sunway Alam Suria ini.







UPSR 2009 ~ Semoga Berjaya!

Labels:


Salam semua pembaca KamiKreatif

Bermula dari semalam peperiksaan UPSR bagi tahun 2009 telah dijalankan serentak di seluruh negeri. Dimulakan dengan matapelajaran Bahasa Malaysia Pemahaman dan Penulisan dan diikuti Matematik kertas 2.

Pada hari ini (hari ke-2) hanya Matematik kertas 1 sahaja untuk calon-calon yang tidak mengambil kertas Bahasa Cina dan Tamil.

Keesokan (hari ke-3) pula kertas yang agak "berat" harus ditempuhi oleh semua calon iaitu Bahasa Inggeris dan Sains dan selepas itu ujian aplitud iaitu satu bentuk ujian pemilihan untuk murid-murid diterima masuk ke sekolah asrama semasa naik ke sekolah menengah nanti. Lebih kurang macam IQ test soalan dia.


Ok jika anda lihat jadual peperiksaan UPSR tahun 2009 ini agak tidak seimbang kerana pada hari pertama calon-calon harus menempuh 3 kertas peperiksaan yang "heavy" iaitu BM Objektif, BM Karangan dan jugak Matematik Subjektif!

Manakala di hari kedua hanya Matematik objektf sahaja dan rata-rata calon tidak mengambil kertas bahasa tamil dan bahasa cina. Apa salahnya jika hari kedua tersebut diadakan Matematik Kertas 2 selepas habis Matematik kertas 1. Betul tak?

Tahap Sistem peperiksaan sekarang ini semakin tinggi berbanding dengan dahulu. Matematik masa zaman saya tahun 1 dahulu rasanya hanya mengenal nombor. Tetapi sekarang ini murid-murid perlu belajar bab wang, masa, tolak. Hmm... berat jugak tu kan?







Terawih Semakin Berkurangan

Labels:

Assalamualaikum semua,

Kelmarin Nuzul Quran dan kita sudah menghampiri 10 malam terakhir. Tetapi apa yang menyedihkan saya ialah makin hendak meninggalkan bulan ramadhan ini makin berkurangan jemaah di masjid. Masa malam pertama punyalah ramai sampai penuh saf dan jalan kat depan masjid jadi jam disebabkan keinginan untuk sembahyang terawih.



Bila dah pertengahan semakin kurang jemaahnya. Sedih rasanya bila melihat keadaan sedemikian. Adakah ini sudah menjadi trend masyarakat kita? trend atau tradisi yang harus dibuang jauh-jauh! Maklumla orang melayu ini memang kaya dengan adat dan resam tapi jangan bulan ramadhan dan solat terawih pun dijadikan sebagai satu adat atau tabiat! Cepat pancit atau mungkin tidak tahan dengan imam yang baca ayat terlalu panjang?


Dulu masa awal Ramadhan kosong kedai mamak sebab ramai yang menunaikan solat terawih. Tapi bila dah pertengahan ini masjid atau surau pulak yang kosong manakala kedai mamak pula yang ramai dan kebanyakannya yang beragama islam walhal masa pekena teh tarik tu kedengaran suara imam membaca ayat-ayat Quran.

Adakah kita ini sudah banyak amal jariah? adakah kita ini memang akan ditempatkan di syurga kelak? adakah kita ini tidak akan mati? adakah kita ingin berjaya di dunia sahaja?

Memang kadangkala kita kepenatan kerana kerja+puasa yang telah kita tempuhi di siang hari. Sibuk mencari pakaian dan hiasan untuk menyambut hari raya. Tetapi adakah kita terfikir atau terdetik dihati kita :

"Adakah aku akan bertemu lagi Ramadhan iaitu bulan penuh dengan keampunan di tahun hadapan? Adakah aku masih bernyawa lagi? Apa akan terjadi jika Ramadhan tahun ini aku biarkan berlalu seperti tahun-tahun yang lalu dan tidak akan berjumpanya lagi di tahun hadapan?" Alangkah ruginya aku menjadi seorang islam yang berbangsa melayu. SubhanaAllah...

Adakah surau atau masjid di kawasan anda pun begitu? Saya yakin memang jawapan anda sama dengan saya.



Fasa Pemilihan Lampu (smbgn)

Labels:

Assalamualaikum pembaca KamiKreatif Semua,

Saya memohon maaf kerana post yang lalu tidak disertakan sekali gambar lampu yang dibeli di Ikea walhal tajuk post berkenaan ialah lampu.

Ini kerana cable kamera hilang jadi saya tidak dapat mengupload gambar-gambar tersebut. Puas mencari tetapi tak jumpa juga. Akhirnya saya membeli cable yang baru di Low Yat pada hari Ahad yang lepas.

Jadi ini gambar lampu-lampu yang saya dan isteri telah pilih+beli di Ikea tempoh hari.

Skimra shade harga RM29.90/pcs

Lampu ini akan tergantung di antara ceiling dan meja makan dengan menggunakan hemma n cord yang juga dibeli di Ikea dengan harga RM9.90/pcs. Lampu Skimra ini tidak disertakan dengan bulb, bermakna untuk lampu ini sahaja lebih kurang RM144 untuk 3 pasang termasuk bulb Ikea (sparsam).

Kemudian untuk setiap tandas yang ada saya telah membeli lampu bulat kecil (lock ceil lamp) dengan harga RM9.90/pcs (tidak termasuk bulb). Manakala untuk family hall ditingkat atas lampu jenis tergantung yang berbentuk seperti lampu dentist (melodi pend lmp) yang dibeli dengan harga RM19.90. Tak tau la samada lampu melodi pend lamp ini terang atau tidak kerana ianya diperbuat daripada plastik.

Melodi Pendant lamp (yang besar tu), Lock Ceiling Lamp (yang bulat), hemma (yang macam loceng sebelah kiri sekali), sparsam (bulb ikea yang panjang tu) dan bulb dari Osram.

Pada minggu sebelum itu memang ada pergi Ikea cuma sahaja nak survey barang-barang dan isteri minat dengan kerusi makan baby, tetapi malangnya pada masa itu kerusi tersebut telah habis. Yang tinggal hanya warna merah. Kebetulan masa beli lampu-lampu ini kerusi makan baby itu ada stok. Jadi isteri saya punyalah suka. Memang cantik dan sesuai untuk baby. Kalau anda pergi ke restoran anda akan nampak kerusi ini. Design dan warna pun sama dan saya rasa mereka juga beli dari Ikea. Oh ye nama kerusi ini Antilop dan harganya adalah RM49.00 manakala mejanya pula RM19.00.

Simple dan menarikkan?

Jumlah keseluruhan saya telah berbelanja di Ikea tenpoh hari adalah sebanyak RM288.40 dan dapat lebih kurang 8 lampu berbanding dengan kedai-kedai lampu yang saya pernah survey sebelum ini kerana harga untuk lampu makan sahaja lebih kurang RM180 - RM250. Jadi saya cuba menjadi pengguna yang bijak :)

Ini dia total yang telah dibelanjakan.




Fasa Pemilihan Lampu

Labels:

Assalamualaikum Semua,

Pada cuti merdeka tempoh hari saya telah berkunjung ke IKEA (selepas kontraktor ambil ukuran buat renovation) untuk mencari lampu untuk diletakkan di dalam rumah. Saya dan isteri telah bersetuju untuk membeli lampu dalam gambar di bawah ini. Warna ungu lagi tu untuk diletakkan di ruang makan. Sebanyak 3 lampu digunakan dan dipasang secara tergantung.




Kemudian 2 lampu berbentuk seperti tudung saji akan kami letakkan di Family hall di tingkat atas. Kedua-duanya juga dalam keadaan tergantung. Tak tau lah samada terang atau tidak kerana lampu tudung salji ini diperbuat dari plastik dan memerlukan bulb yang mempunyai watt yang tinggi untuk menerangi kawasan itu. Tambah pula ceiling yang tinggi.

Selain dari itu juga, saya ada membeli 3 lagi lampu bulat yang biasa di pasang di dalam toilet. Harga pun murah cuma RM9.99 satu (tidak termasuk bulb).

Jadi untuk ruang tamu, dapur, bilik-bilik tidak memerlukan lampu kerana dah dipasang downlight. Downlight semuanya putih sebab senang hendak membaca.

Jadi memang penat berjalan dekat IKEA kalau memang betul-betul nak beli barang sebab nampak semuanya cantik dan rekaannya simple tetapi yang tak tahan bila tengok tag harga. :)

Sedar tak sedar dah nak berbuka puasa. Jam pun dah pukul 7. Kebetulan pula memang dah janji dengan sepupu-sepupu untuk berbuka di Vivo, The Curve. Apa lagi saya terus tinggalkan semua barang yang ada dalam plastik Ikea berhampiran dengan kaunter bayar. Saya tulis note dan letakkan dalam plastik tersebut agar tiada orang yang mengambil atau mengalihkan troli itu.



Fasa Pemilihan Kontraktor

Labels:

Salam Pembaca KamiKreatif,

31 Ogos 2009 hari Kemerdekaan negara kita yang ke-52. Ramai yang bercuti tetapi saya dan juga isteri bertungkus-lumus membersihkan dan memikirkan rekaan bentuk hiasan dalaman untuk rumah baru di Sunway Alam Suria, Shah Alam. Penat mengalahkan kerja rasmi kami.

Saya telah memanggil kontraktor (kawan lama) untuk membuat plaster ceilling, kitchen cabinet, wall units, point plug, grill dan awning. Bukan apa, sebenarnya setiap kali saya pergi ke rumah baru tu mesti ada kontraktor yang datang untuk menanyakan samada nak buat renovation atau tidak. Mereka siap buat ukuran dan bagi berbagai-bagai cadangan. Tentang kitchen cabinet pula ada yang mintak RM6k, RM7k dan ada yang mintak RM10k. Bila tanya material semua jawab gerenti boleh tahan lama punya. Bila tanya lagi material apa nak guna, ada yang boleh cakap "kalau i cerita dgn u pun u bukan tau itu bagus ke tidak" Ada ke boleh cakap macam tu?




Itu baru berkenaan dengan kitchen cabinet. Bila tanya tentang wall unit untuk ruang tamu dan juga family hall kat tingkat atas, jawapan mereka pula "Itu punya wall unit banyak mahal. Rugi u buat, baik u beli saja yang sudah siap." Patut ke jawapan tu?




Memang betul, tapi yang ready made kebanyakannya tidak sesuai dari segi ukuran dan bentuk yang kita inginkan. Kalau dah memang kita berminat, duit bukan menjadi satu masalah walaupun budget sikit, pandai-pandailah nanti nak kurangkan apa yang patut.

Mungkin mereka lihat saya masih muda lagi, mungkin tidak berduit jadi senang-senang mereka nak tipu. Walaupun saya tak pandai tentang material, tetapi saya ada juga buat sedikit "research" tentang selok-belok material apa yang bagus dan juga konsep yang ingin diketengahkan. Sepatutnya mereka lebih bersikap profesional dan sedia menerima pandangan tuan rumah.

Pernahkah anda mengalami kerenah kontraktor yang sedemikan? Post saya yang akan datang masih lagi berkenaan dengan persiapan untuk masuk ke rumah baru.