nurse kerja yang sangat mulia
Assalamualaikum
Selama dua hari saya berada di hospital memang sangat-sangat menginsafkan saya. Selama ini kita hanya tahu mendengus dan komplen layanan yang diberikan oleh pihak hospital. Servis lembab, dh dekat sejam tapi xpanggil2. Jururawat ramai tapi ntah ape yg diorng buat dan macam-macam lagi.
Bayangkan dari mula shift sampai habis shift xpenah sy nampak mereka berfb, berchating atau bergayut.. Sentiasa pergi dari satu bilik ke satu bilik merawat pesakit. Pelbagai ragam dan karenah yang pelik ditunjukkan oleh pesakit, tetapi mereka tetap menjalankan tugas dgn konited. Sungguh mulia pekerjaan jururawat ni. Besar pahalanya.
Kekadang saya terfikir, mampukah dan kuatkah aku menghadapi pesakit dan keluarga pesakit yang xpernah menghargai pertolongan yang dilakukan oleh jururawat terhadap ahli keluarga kita yang sakit?. Sanggup membersihkan tubuh peaakit, menukar pampers pesakit, bau-bauan yang kurang enak dari pesakit, menjaga waktu makan ubat pesakit dan macam2 lagilah.
Oleh itu mari kita smua muhasabah diri kita tentang persepsi layanan yg diberikan oleh pihak hospital. Cuba kita jadikan diri kita dalam golongan orang yang bersabar. Kerana yang datang ke hospital semuanya yang sakit. Bukan kita sorang sahaja yang sakit. Kalau tak sakit saja2 nk dtg hospital cari penyakit namanya. Insaf....
Monday, March 12, 2012 | 0 Comments