Campfire Sunway Alam Suria Berjaya!
Posted by
KamiKreatif
Labels:
campfire,
seksyen u10 shah alam,
Sunway Alam Suria
Salam semua,
Campfire Sunway Alam Suria 2010 secara keseluruhan berjaya dilaksanakan pada 15&16 Mei tempoh hari. Semasa pemasangan khemah (jumaat) hujan turun dengan lebat sekali tetapi Alhamdulillah sepanjang program cuaca amat baik.
Penat kerana pada pagi tersebut aku ditugaskan mengecat bangunan sekolah sempena gotong royong perdana dari jam 7.30 pagi hingga 3 petang. Habis aktiviti di sekolah aku bergegas balik ke rumah untuk melihat samada perjalanan projek campfire ini berjalan dengan baik atau tidak.
Maklumlah, penduduk dah lantik aku menjadi project manager utk campfire ini. :) Walaupun penat tetapi aku berasa sangat seronok kerana dapat berkhidmat untuk sekolah dan sekaligus untuk penduduk Sunway Alam Suria.
Aktiviti dimulakan seawal jam 8 pagi dengan pengagihan peserta mengikut kumpulan dan aktiviti memasang khemah di mana demo dibuat oleh para fasilitator. Aktiviti berikutnya adalah "Amazing race" di mana peserta dikehendaki menyelesaikan "clue" yg telah diberikan. "Amazing Race" ini dijalankan di sekitar kawasan perumahan Sunway Alam Suria Seksyen U10 Shah Alam sahaja.
Selesai Amazing Race, peserta diberi rehat untuk bersarapan pagi yang disediakan oleh ibubapa masing-masing. Kemudian aktiviti seterusnya adalah Gubahan Arca. Setiap kumpulan dikehendaki menghasilkan satu arca (gadget) di mana bahan2nya adalah dari malam semulajadi seperti ranting kayu, daun dan sebagainya.
Penghasilan bendera dan sorakan kumpulan adalah aktiviti yang menaikkan semangat peserta. Ini semua adalah aktiviti disebelah pagi.
Aktiviti disebelah petang adalah merempuh halangan. aktiviti ini dibahagikan kepada 4 stesen iaitu lari dalam tayar, panjat tembok, meniti jambatan kayu, merangkak di bawah jaring. Di sini para peserta menampakkan kesungguhan dan semangat setiawakan di antara satu sama lain. Contohnya dalam memanjat tembok di mana peserta yang berumur 7 - 9 tahun dibantu oleh peserta yang lebih tua.
Selepas merempuh halangan, peserta dikehendaki bermain permainan "dart" di mana setiap peserta hanya boleh membaling sebanyak 3 kali balingan sahaja.
Campfire berehat untuk solat Asar berjemaah di bawah khemah yang telah disediakan. Aktiviti diteruskan lagi dengan Sukaneka. Ada 3 stesen iaitu berjalan di atas batu-bata, mengambil gula di dalam tepung menggunakan mulut dan isi air dalam botol menggunakan span. Aktiviti ini adalah yang paling seronok kepada para peserta dan juga ibubapa yang melihat aksi dan ragam anak-anak mereka. Selesai acara sukaneka adalah acara tarik tali.
Aktiviti sebelah malam pula adalah slot motivasi yang disampaikan oleh pensyarah UiTM iaitu Sdr. Asmadi diikuti dengan malam kebudayaan (persembahan). Peserta dari setiap kumpulan menunjukkan bakat masing. Ada yang berlakon, menari dan menyanyi.
Aktiviti Malam diteruskan dengan "keepers of the flame" di mana peserta berjalan di dalam gelap (berkumpulan). setiap kumpulan dibekalkan dengan obor (api) dan perisai. Tugas mereka adalah menjaga api tersebut tidak padam. Sedang mereka berjalan, ada beberapa stesen akan membaling belon air ke arah mereka.
Selesai sahaja aktiviti keepers of the flame, peserta berkumpul membuat satu bulatan besar sambil memegang tangan rakan masing2. Menyayikan lagu teman sejati dan fasilitator akan menekankan ttg makna teman sejati.
Sambungan hari kedua.......
Monday, May 17, 2010 | 0 Comments
Campfire Sunway Alam Suria
Posted by
KamiKreatif
Labels:
campfire,
Sunway Alam Suria
Assalamualaikum
15/5 - 16/5 bersamaan Sabtu dan Ahad ini akan dilangsungkan "campfire" bertempat di padang Sunway Alam Suria. Antara aktiviti yang akan dijalankan adalah "Amazing Race, Gubahan Arca, Merempuh Halangan, Sukaneka, Malam Persembahan, Slot Motivasi dan banyak lagi. Setakat ini penyertaan yang diterima seramai 44 orang dan target adalah seramai 50 orang peserta yang terdiri dari mula umur 7 tahun hingga 14 tahun.
Diharap cuaca pada hari tersebut baik walaupun setiap peserta mempunyai khemah masing-masing.
p;s : perlu ke campak spender atas bumbung? hahahahah
Thursday, May 13, 2010 | 0 Comments
Subscribe to:
Posts (Atom)