feedburner

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! We Love Malaysia

Labels: , ,


Tahun ini genap 55 tahun negara kita bebas dari penjajah. (betul ke?) ada yg kata Malaysia tak pernah dijajah. Kalau betul tidak pernah dijajah bermakna buku sejarah yang kamikreatif belajar masa sekolah menengah dulu adalah tipu?.

Fakta atau auta? Peninggalan tapak jepun, belanda, portugis dan inggeris yang ada di Malaysia juga sengaja dibuat-buat atau mereka hanya datang untuk berdagang di tanah melayu? Rakaman video tentang peperangan tentera malaysia dengan komunis satu masa dahulu juga palsu? Bagaimana pula cerita yang keluar dari mulut atuk nenek kita masa mereka kecil? makan ubi kayu, sorokkan radio, selamatkan anak perempuan, menjadi buruh ketika zaman jepun juga palsu?

walau apa sekalipun kamikreatif percaya bahawa Malaysia suatu masa dahulu pernah dijajah oleh negara luar kerana ketaksuban khazanah dan sumber bumi yg ada di tanah melayu. Mereka berebut inginkan kekayaan yang ada ditanah melayu!

Tetapi setelah mereka pergi, orang melayu pula berebut sesama sendiri sehingga sanggup menjatuhkan satu sama lain. Cina dan India yang dahulunya adakah pendatang telah diberi kerakyatan dan menetap di bumi bertuah ini. Sama-sama mengembeling tenaga membangunkan Malaysia menjadi negara yang maju.

Ayuh bangsaku, bangkit dari dijajah lagi. Kali ini penjajah lagi hebat! datangnya dari nafsu kita sendiri. Kerakusan, ketamakan dan kepentingan individu menjadikan kita semakin lemah.

Selamat menyambut kemerdekaan. Bersyukur di atas apa yang telah Allah kurniakan ke atas bumi tercinta ini. Semoga Malaysia dirahmati dan menjadi sebuah negara yang aman dan damai.








Kehidupan di bandar dan kesihatan

Labels: , , ,

Lately apabila lepak bersama kawan2 rata2 menceritakan tentang kesihatan. Ramai yang mula sedar tentang betapa pentingnya menjaga kesihatan. Maklumla kebanyakannya dah mencecah 30an. Sudah mula terasa sakit2 badan la.. sengal2 tulang la dan yang paling ramai mengalami masalah pancit atau cepat penat. Mana taknya, kerja siang malam. Makan minum tak jaga, rokok kuat tapi excercise kurang. Itulah dia lumrah kehidupan zaman sekarang terutama yang duduk di bandar.

Oleh yang demikian, ada rakan2 saya yg mula berjinak-jinak dengan berbasikal, hujung minggu je mendaki bukit sana, mendaki bukit sini. Boleh dikatakan di mana ada bukit disitu mereka akan pergi. Sanggup menghabiskan beribu-ribu ringgit untuk membeli basikal dan aksesori-aksesori yang lain.

Saya ada bertanyakan kepada salah seorang rakan saya berkenaan dengan aktiviti berbasikal ni. "Nape tetiba je ko minat dengan basikal ni?" dan sy pasti jawapan yang akan diberikan adalah disebabkan hobi. TETAPI saya agak terkejut apabila beliau menyatakan "Nak jaga kesihatan bro, maklumla enjin lama xservis. lagipun ini ialah cara yang mudah untuk aku keluarkan peluh. Nak main bola atau futsal dah tak larat."

Betul ke best berbasikal ni? Ingat nak juga try. Takut nanti sebulan dua dh stop. Basikal yg beli beribu-ribu tersadai je kat dalam stor. Contoh macam treadmill yg aku beli pada tahun lepas. boleh dibilang berapa kali je yang aku pakai. Hahaha.. Rasa macam nak jual tapi sayang pulak.

So itu sahaja setakat ni dan insyallah next post cerita tentang treadmill pula.







Selamat Hari Raya Aidilfitri 2012

Labels: ,

Assalamualaikum..

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin diucapkan kepada semua rakyat Malaysia khususnya. Sepertimana tahun2 sblm ni raya disambut dengan meriah sekali diseluruh Malaysia.

suasana hari raya amat terasa dikampung2 manakala di bandaraya dipenuhi dgn kedai2 yg membuka perniagaan hingga larut malam utk sesiapa yg ingin bershoping last minute. Tidak lupa juga dgn warga asing yg membanjiri sekitar kl.

Tahun ini adalah kali pertama saya beraya tanpa ibu dan ayah. Memang suasana beraya berbeza dgn thn sblm2 nie. Sambutan yang sederhana dan tangisan adik beradik di pagi raya menambahkn lagi kepiluan di pg syawal.

Alhamdulillah, walaupun tanpa kedua ibubapa yang telah pergi, kami adik beradik dapat juga kami berkumpul bsama2 di teratak bonda di gombak.

petang syawal pula beraya di Kampung Pasir tampoi johor bahru dan yg menjadi perhatian saya ialah Plaza Angsana telah berubah wajah!!!