feedburner

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Urusan transfer duit tabung haji ke tabung haji

Labels: , , , ,

Semalam sy bertanya dgn rakan2 berkenaan bagaimana ingin memindahkan duit dlm akaun tabung haji sy ke akaun tabung haji orang lain. Tetapi semuanya tidak tau bagaimana caranya. Sebab mungkin sudah terbiasa menggunakan  perbankan internet yg disediakan oleh bank2 yg lain.

Apa yang kita sedia maklum tabung haji telah link dgn beberapa bank yg ada di malaysia bertujuan memudahkan urusan pengeluaran. Cuma masalahnya pada penyimpan yg tidak ada akaun bank yg telah bekerjasama dgn tbg haji cth bank islam dan bank rakyat. Terpaksa menggunakan buku dan pergi mengambil nombor di tabubg haji yg berdekatan.

Berbalik kepada tajuk tadi "urusan pemindahan" akan jadi sukar atau tidak2. Adakah kita perlu keluarkan tunai rm1000 dan depositkan semula ke akaun penerima?

Sebenarnya tak perlu. Apa yg sy buat semalam sy ada tuliskan dlm point di bawah:
- bawa buku tabung haji dan ic anda ke tabung haji yg berdekatan.
- ambil borang "borang permohonan pindahan simpanan" JP004.
- di borang tersebut isi maklumat anda spt no ic, nama, no akaun th dan amaun yg hendak ditransferkan. (pemohon)
- isi juga maklumat penerima di bawah maklumat pemohon.

Jika anda tidak tahu no akaun th penerima, kosongkn dulu pd ruangan no. Akaun. Masa dikaunter nnt anda hanya berikan NOMBOR ic penerima shj..

Yg penting anda mesti tahu salah satu nombor penerima samada no ic atau no akaun tabung haji. Kemudian semak nama penerima adakah betul atau tidak.

Harap post ini dpt membantu anda berurusan dengan pihak tabung haji khususnya urusan pindahan wang.








0 comments:

Post a Comment