feedburner

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Pembelajaran Kreatif PJK

Labels:


Salam semua,

Di masa ini dalam mendidik kanak-kanak amat berbeza berbanding sebelum ini. Kepandaian dan kecekapan mereka yang tinggi mungkin di sebabkan faktor luar yang banyak menyumbang ke aspek ini. Contoh ramai kanak-kanak sekarang suka menonton televisyen terutama kartun.

Cuba tanya kepada mereka berkenaan cerita wonderpet? spongebob? cat and dog, dan lain-lain. Pasti mereka akan teruja dan sungguh excited bila p&p melibatkan watak-watak cerita ini. Riuh-rendah kelas dibuatnya.



Saya bukan hendak cerita panjang berkenaan dengan IQ atau skill setiap kanak-kanak tetapi ingin berkongsi dengan anda semua tentang pembelajaran kreatif agar suasana Pembelajaran dan Pengajaran menjadi lebih menarik.

Untuk mata pelajaran PJK, pendidik yang mengajar murid tahap 1 harus mempunyai tahap kreativiti yang tinggi ini kerana pada tahap ini, murid tidak didedahkan dengan sebarang bentuk permainan seperti bola sepak atau bola jaring. Tetapi mereka lebih banyak tentang keseimbangan, ketahanan dan permainan kecil.



Bagi permulaan "warm-up" cara sedemikan boleh digunakan selain dari lari setempat atau pun lompat bintang. Ini menimbulkan rasa ingin tahu murid terhadap aktiviti yang ingin dijalankan.

Murid akan berasa dalam suasana yang berlainan dan pendidik harus memastikan agar regangan yang dibuat oleh mereka betul kerana murid tahap 1 sentiasa memerlukan tunjuk ajar dan fokus. Jangan biarkan mereka bermain tanpa kawalan.








Happy Birthday Hani Saffiya

Labels:


Assalamualaikum,

Agak lama saya tidak mengupdate blog ini. Genap 24hb Oktober 2009 harijadi yang pertama anak kesayangan Hani Saffiya. Sempena ulangtahun ini saya dan isteri telah mengadakan sedikit doa selamat di rumah baru kami di Sunway Alam Suria, Shah Alam.

Ramai saudara-mara yang hadir dan cuaca pada hari tersebut amat cantik sekali. Ramai yang memuji caterer yang kami ambil. Roti jala, nasi impit, rendang daging, kuah lode, kuah kacang, pulut kuning, rendang ayam dan juga kuih-muih semuanya habis licin.

Saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana mempertemukan saya dengan isteri yang amat penyayang, anak yang sangat comel dan montel, serta saudara-mara yang memahami serta sedia membantu walau dalam keadaan sekalipun. Semoga mereka semua dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik. Amin.





Baby Marathon

Labels:

Assalamualaikum semua,

Cuti sempena Deepavali agak meletihkan kerana bermula pada hari jumaat sehingga hari Ahad saya dan isteri melawat 3 orang kawan yang baru mendapat cahaya mata. Kesemuanya lelaki dan mungkin tahun ini musim untuk lelaki pula kerana tahun lepas ramai perempuan.

Pada Jumaat, kami melawat rakan yang sama-sama menuntut di universiti dulu. Semasa kami sampai di rumahnya di Kota Damansara, beliau baru pulang dari hospital. Beliau mendapat anak lelaki pada 14hb Oktober yang lepas. Berat 2.4kg dan memang kecik. Pada mulanya memang nak dukung tetapi kebetulan masa itu mak dan ayah rakan saya pun ada, Jadi agak segan sedikit. Bukan apa, nak rasa dukung bayi 2.4kg kerana anak saya lahir-lahir sahaja dah 4kg!. Kemudian hajat nak ambil gambar anaknya tetapi nanti takut dimarahi atau tidak disenangi oleh mak dan ayahnya.



Keesokan harinya pula saya balik ke Gombak untuk berjumpa dengan mak dan kakak saya. Kebetulan pula pada hari tersebut kawan setaman dengan saya dari kecil lagi baru sahaja mendapat anak lelaki. Darwisy Izzat namanya. Sedapkan nama tu? Lahir pada bulan puasa tempoh hari. Dia ada membuat majlis cukur jambul dan juga marhaban. Ini anaknya yang kedua. Saya tak ingat berapa berat masa dilahrikan. Kali ini saya sempat mengambil gambar wajah anaknya.

Ahad pula kami pergi ke Sungai Besar, Sabak bernam untuk melihat seorang lagi bayi lelaki yang comel dan putih kemerah-merahan. Lelaki juga! Perjalana yang mengambil masa 2 jam dari Gombak berbaloi apabila kami disajikan dengan lauk-pauk yang sungguh sedap. Pada awalnya bayi ini tidur tetapi apabila mendengar bunyi kamera saya dia terjaga. Jadi dapat juga saya mengambil beberapa shot anak kawan saya ini.



Saya mengambil gambar bayi-bayi ini adalah kerana ingin belajar bagaimana cara dan juga angle yang terbaik untuk dirakamkan. Pada awalnya ingat mudah tetapi agak sukar kerana bayi tidak mempunyai banyak gerakan. Memek muka dan juga gerak tubuh yang sama. Jadi kreativiti seseorang photographer amat diperlukan bagi menampakkan mood ceria agar boleh diabadikan menjadi kenangan di masa hadapan.





Renovation- Hari Kelima

Labels: ,

Assalamualaikum pembaca semua

Malam semalam saya telah singgah di Sunway Alam Suria Shah Alam untuk melihat perkembangan pengubahsuaian yang telah dijalankan pada hari keempat. Hari ini lebih tertumpu kepada wiring dan juga pemasangan lampu.

Memang saja nak datang malam sebab nak melihat semua lampu yang dipasang dapat berfungsi dengan elok atau tidak. Kebetulan pula malam semalam memang dah janji dengan kedai elektrik untuk mereka hantar peti sejuk.

Sampai di rumah saya terus on kan semua suis yang ada dan terang benderang dek limpahan cahaya lampu kalimantang, downlight dan lampu hiasan sepertimana yang ada dalam gambar di bawah.



Saya membuat plaster ceiling di mana lampu dipasang di dalamnya dan luaran plaster ceiling tersebut diletakkan "downlight" sepertimana yang anda lihat pada gambar di atas. Ada 2 partition plaster ceiling untuk membahagikan ruang makan dan juga ruang tamu. Untuk ruang makan lampu kalimantang yang berukuran 4 kaki dipasang secara terus tanpa ada ruang antara satu sama lain. Keseluruhan untuk ruang makan ini sahaja adalah sebanyak 10 batang lampu kalimantang yang digunakan.

Sementera itu untuk menampakkan ruang makan saya lebih kelihatan menarik saya ada memasang sekali lampu hiasan (beli di ikea) sepertimana post berkenaan lampu sebelum ini. Cuma apa yang saya kurang berpuas hati adalah kerana lampu berkenaan terlau tinggi. Masa pemasangan tersebut saya bekerja dan tidak dapat memantau. Lebih elok jika direndahkan lagi lampu tersebut agar cahaya dan lebih nampak "center" dengan meja makan betul tak?



Untuk ruang tamu pula (saya lupa nak ambik gambar ruang tamu) sebanyak 14 batang lampu kalimantang di letakkan di dalam plaster ceiling tersebut. Bermakna untuk ruang tamu dan ruang makan saya telah menggunakan 24 lampu kalimantang! Bengkok nak bayar bil elektrik tiap-tiap bulan. Tidak terfikir pun sebelum ini tentang elektrik saver cuma pikir bagaimana nak nampak rumah canik. Saya cuba hanya menghidupkan "downlight" sahaja tetapi pencahayaan agak kurang kerana bulb standard yang digunakan mempunyai 18 watt sahaja. Perlu buat penambahan downlight lagi rasanya.

Selain itu, penambahan point untuk plug juga telah dipasang. Cuma di tingkat atas rumah sahaja yang belum dibuat point dan pemasangan lampu. Hopefully boleh siap semuanya sebelum 20 hb ini.





Keajaiban atau Silap Mata

Labels:

Salam semua.


Jom rehatkan otak jap...


Terdapat pelbagai cara untuk menguji keunikan tubuh badan kita,diantara keunikan itu sudah tentulah otak manusia.. dibawah ini ada ujian yang menarik untuk dicuba bersama.....



Sila lakukan dan jangan cuba menipu diri anda sendiri .....


Kira jumlah huruf F's dalam perenggan dibawah dalam masa 8 saat:

FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS








dah selesai?








Scroll kebawah hanya apabila anda telah selesai mengira!
















OK?














berapa banyak?






tiga? (anda tentunya seorang lelaki!!!)



baca sekali lagi!

FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS

Salah, sebenarnya terdapat 6, kira semula..

Sebab berlakunya perkara tersebut diterangkan dibawah ini...








otak LELAKI tidak memproses perkataan "OF".

Keajaiban kejadian atau silap mata?

Sesiapa yang dapat mengira kesemua 6 F's pada permulaan ujian memiliki
otak PEREMPUAN

Cuba la dengan kawan2 anda untuk meguji setakat mana kebenaran perkara
ini.."




Sumber dari : onlinecafe



Cetak T-Shirt, Mugs, Topi sendiri

Labels:


Assalamualaikum Semua,

E-book kali ini menceritakan cara bagaimana anda boleh mencetak t-shirt, mug, gelas, topi secara DIY (do your self) di rumah. Kadang-kadang kita tidak tahu apa yang perlu dibuat bila ada kelapangan masa. Tidak seperti orang dahulu, mereka akan cuba mencari hobi dan aktiviti seperti memotong kayu untuk dibuat perabot, membela ikan, lembu, kambing, bercucuk tanam dan sebagainya.

Kita di zaman serba canggih ini lebih suka menghabiskan masa lapang kita dengan cara seperti menonton televisyen, surf internet, "Facebook" yang bukannya aktiviti sihat.

Apa kata anda dapatkan ebook "Belajar Mencetak T-Shirt" yang ditulis oleh saudara Idham yang mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang ini. Mungkin dengan mencetak t-shirt sendiri dapat memberi kepuasan mengkut citarasa anda. Mungkin juga boleh memenuhi masa lapang anda di rumah.

Yang menariknya panduan membuat t-shirt ini diterangkan tentang apa yang perlu dibuat seperti penyedian bahan-bahan dan juga jenis-jenis t-shirt yang boleh dicetak. Ianya sangat mudah dan mungkin akan menambahkan pendapatan anda.

Contohnya kalau kita lihat sekarang ini di majlis kenduri kahwin, para penanggah akan memakai baju yang sama dan di cetak nama pengantin disitu. Banyak lagi yang kita boleh buat jika kita tahu ilmu mencetak ini. Jadi ini lah masanya untuk anda membuat sedikit duit sampingan.

Dengan bermodalkan hanya RM30 anda akan mendapat ilmu yang amat berguna. Percayalah Mana tahu satu hari nanti mungkin mencetak t-shirt, mug, atau topi ini menjadi main bisness anda.

Tidak rugi dan dapatkannya sekarang di Cetak T-Shirt dot com ini. Kreatif bukan?



Keracunan Makanan

Labels:

Salam semua,

Jam 4 pagi badan saya kesejukan yang teramat sangat dan badan terasa lain macam. Lalu saya tutup aircond bilik tetapi masih lagi menggigil. Masuk ke tandas dan terus muntah yang tuhan sahaja tahu betapa banyaknya sisa makanan yang keluar.

Pada malam tersebut saya dinner bersama keluarga di Nyonya Kitchen. Pelbagai jenis lauk saya makan antaranya sotong tepung, udang tepung, ikan siakap 3 rasa, sayur asparagus dan ayam goreng pandan. Memang sedap masakan di restoran tersebut.

Balik ke rumah saya minum pula air sirap bandung (yang letak ais krim soda). Selang 1 jam saya pergi main futsal di Alam Sentral. Jadi bukan disebabkan makanan di restoran tersebut tetapi mungkin air bandung dan juga futsal. Maklumlah, lama tak berfutsal dan makanan di dalam perut belum lagi dihadamkan sepenuhnya. So terima lah akibatnya.

Bukan setakat muntah-muntah tetapi cirit birit. Memang start dari pukul 4 pagi sampai ke subuh saya tak boleh tidur asyik cirit-birit sahaja. Badan pulak menggigil kesejukan walaupun sudah diselimut dengan toto!.

Lepas sahaja subuh isteri saya membawa saya pergi ke klinik. Saya duduk di sebelah dah jadi macam zombie. Hendak bangun pun tak larat. Doktor mengesahkan saya keracunan makanan dan bukannya yang biasa-biasa tetapi yang luar biasa! Ini kerana saya dah makan bakteria tersebut.

Doktor kata biasanya bila seseorang itu terkena keracunan makanan maka akan berlaku cirit-birit dan muntah-muntah dan selepas itu akan sembuh. Tetapi kes saya saya terus demam yang teruk. Apa lagi, doktor terus bagi satu injection kat saya. Mula-mula doktor nak suntik kat bontot tapi saya suruh dia suntik kat lengan aje.

Bakteria tu namanya salmonella dan doktor bagi ubat dhamotil serta ubat angin dan ubat tahan muntah. Ingatkan pagi tu bla makan ubat dah ok, tapi tak baik jugak hinggalah ke malam. Hari ini baru rasa ok sikit.

Itu semua ujian kecil dari Allah supaya kita sentiasa mengingat kepadaNYA. LADAP Sabtu hari tu tak dapat pergi. Mesti ramai yang kata saya ponteng atau mencari alasan kerana malam Jumaat saya sempat pulak main futsal. Hmm... Yang penting memang dah sakit. Nak buat macamana betul tak?



Semoga Berjaya PMR 2009

Labels:

Assalamualaikum semua,

Kelmarin bermulanya Penilaian Menengah Rendah (PMR) bagi tahun 2009 serentak di seluruh Malaysia. Teringat saya masa menduduki peperiksaan ini. Kalau masa boleh patah balik, memang saya nak menduduki peperiksaan ini. Tapi rasanya tidak boleh score kot sebab sistem dan content setiap matapelajaran tidak sama seperti dahulu. Sekarang ini soalan-soalan mereka lebih susah dari dulu (saya rasa aje).

Tetapi apa yang membuat saya terkejut adalah kejadian bakar dewan sekolah yang berlaku semalam di sebuah sekolah menengah di Johor Bahru. Menurut sumber kebakaran ini dilakukan oleh murid sekolah tersebut. Apa punca sebenar atau masalah pelajar itu sehingga sanggup membakar dewan sekolah?

Adakah kerana tidak bersedia? biasanya kalau tidak bersedia bukan alasan bagi pelajar yang nakal. Sememangnya golongan-golongan ini sampai bila-bila pun tidak akan bersedia. Adakah kerana ingin boikot peperiksaan PMR di sekolah mereka? Adakah benci pada pentadbir sekolah? Jadi sebarang spekulasi boleh di andaikan oleh masyarakat.

Memang pelajar-pelajar kita zaman yang serba canggih ini berani dan tiada rasa hormat kepada guru dan juga masyarakat setempat. Bukan tugas kita untuk mencari di mana silapnya tetapi cuba kita cari jalan penyelesaian agar golongan remaja ini mendapat meneruskan perjuangan bangsa dan agama di masa hadapan. Mereka adalah pelapis dan yang bakal mencorakkan negara kita di masa hadapan.

Cadangan saya adalah bermula dari rumah. Ibubapa mendidik anak mereka tentang Islam, tauhid, fiqh dan yang paling asas adalah sembahyang 5 waktu. Ini pengalaman saya sendiri apabila melihat anak-anak abang saya.

Abang saya mempunya 4 orang anak dan semuanya lelaki. Jarak umur pun tak jauh dan sekarang ini yang tua berumur 22 tahun. Kedua berumur 20 tahun, ketiga 17 tahun dan keempat 16 tahun. Apa yang ingin saya ceritakan adalah mereka berempat ini sangat hormat kepada ibubapa dan semua orang. Sentiasa mengikut jadual, sembahyang berjemaah yang diimamkan oleh abang saya dan jika hendak keluar akan meminta izin dari ibubapa mereka terlebih dahulu.

Saya menanyakan apa rahsianya kepada abang saya, dan jawapan dari mulut beliau adalah sentiasa menunaikan solat bersama-sama mereka dan menceritakan tentang islam. Insyallah...



Pencarian Peti Sejuk Berakhir - GR R31MPD

Labels: ,

Pada post yang lepas saya ada menulis berkenaan dengan peti sejuk jenama apa yang bagus dan tahan lama tetapi malangnya saya tidak mendapat respon dari pembaca sekalian. Mungkin aggak sukar untuk anda mencadangkan jenis atau jenama apa yang bagus atau mungkin anda tidak ada masa untuk menaip memberi komen.

Cuma apa yang saya ingin saya berkongsi dengan anda adalah cerita ketika saya membuat pilihan membeli peti sejuk. Malam semalam cadangnya saya pergi ke Taipan USJ untuk membayar kredit kad kerana di Subang Jaya SS15 tiada cawangan Bank Islam dan hanya 'berkain pelekat' dan t-shirt ala-ala pagoda.

Selepas urusan membayar "hutang" selesai saya berpusing-pusing di sekitar kedai-kedai di area tersebut. Maklumlah dekat area kedai di situ memang sentiasa "jam". Tetiba saya ternampak deretan kedai elektrik.

Semasa saya lalu di kedai yang pertama lebih kurang 3 orang pekerjanya berborak di luar. Saya masuk ke dalam kedai tersebut tetapi tiada seorang pun yang boleh untuk saya bertanya. Sambil memerhatikan peti sejuk saya menjeling ke arah pintu masuk dan ada sepasang suami isteri yang berpakaian agak kemas masuk. Apa lagi, pekerja yang diluar tadi terus masuk dan memberi layanan yang cukup mesra. Hmm...

Kemudian saya pergi ke kedai sebelahnya pula dan ramai pekerja kedai tersebut(saya berani kata mereka adaah pekerja tersebut kerana baju t-shirt yang mereka pakai sama warna dan juga sama logo kedai) berdiri di luar sambil berbual-bual. Situasi yang sama juga berlaku di kedai tersebut.

Saya masuk ke kedai sebelahnya pula iaitu kedai yang ketiga dan diluar kedai tersebut keadaan yang sama seperti di kedai-kedai yang pertama dan kedua tadi. Lalu saya melihat jam, Oh! patutla sebab dah dekat pukul 10 malam. Saya masuk ke kedai ketiga tersebut dan diikuti oleh seorang pekerja yang berpakaian kemeja tidak seperti rakan-rakannya yang lain yang memakai uniform.

Soalan pertama yang keluar dari pekerja tersebut adalah "Encik mau cari apa?" saya pun jawabla peti sejuk. Kemudian dia tanya "Budget berapa? 2ribu? 1 ribu?" Saya pun kata bawah 2 ribu. Kemudian dia terus menunjukkan jenis-jenis peti sejuk sepertimana budget yanag saya katakan.

Pekerja tersebut menjawab setiap soalan yang saya tanya dan boleh dikatakan setiap peti sejuk yag ada di situ akan saya tanya kepadanya dari segi kualiti, ketahanan, compressor, warranty, design dan perbezaan antara jenama. Yang membuat saya terus beli di kedai tersebut adalah kerana sikap dan layanan yang ditunjukkan oleh pekerja tersebut. Walaupun sebenarnya kalau kita lihat kedai elektrik yang sebelah-menyebelah dari segi harga lebih kurang sama sahaja.

Jadi saya membuat keputusan untuk membeli peti sejuk jenama Toshiba Model GR R31MPD (2 pintu, 290 Liter) dan anda boleh review di laman web ini.



Harga yang diberikan selepas tawar-menawar adalah RM950 dan mempunyai 5 tahun warranty compressor dan 2 tahun warranty body. Ada sesiapa yang mempunyai pengalaman dengan model ini? Boleh berkongsi dengan saya dan pembaca yang lain? Ok ke dari segi harga?



Renovation - Hari Keempat

Labels: ,

Assalamualaikum dan apa khabar semua?

Minta maaf kerana agak lama saya tidak mencoret pada laman blog ini. Ini kerana pada hari Selasa selepasnya cuti raya tempoh hari saya dipanggil menghadiri mesyuarat selama 4 hari di salah sebuah hotel di ibukota. Mesyuarat bermula seawal 8.30 pagi dan habis 10.30 malam selama 4 hari berturut-turut. Walaupun ada sedikit masa rehat diberikan tetapi saya tiada mood untuk menulis atau mengarang di dalam blog ini.

Keesokan harinya pula ada staff development dan terpaksa membawa anak sekali kerana tiada orang yang boleh menjaga kerana isteri bekerja pada hari berkenaan. Demi tugas dan tanggungjawab maka tiada alasan untuk saya tidak menghadiri apa sahaja yang disuruh oleh boss.

Berbalik pada renovation rumah saya, hari semalam (7/10/2009) kontraktor mula semula kerja-kerja pengubahsuaian setelah 2 minggu bercuti. Sebenarnya selepas seminggu raya kontraktor tersebut ingin menyambung semula kerja-kerja mereka tetapi saya yang menyuruh mereka menyambung pada hari semalam. Tidak banyak progress hari ini kerana mereka hanya melakukan "wiring" dan penambahan point plug. Esok mereka akan mula memasang lampu downllight dan juga kalimantang. heheh aik kalimantang? bersambung di hari kelima pula...

p/s : minta maaf kerana tidak sempat untuk mengambil gambar kerana ingin menghadiri mesyuarat. Saya akan cuba untuk upload gambar pada progress hari kelima nanti.