feedburner

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Fasa Pemilihan Hood and Hob

Labels:

Assalamualaikum semua,

Saya nak bertanya kepada anda semua tentang jenama apa yang bagus untuk hood dan hob? atau dalam bahasa melayunya hood(tempat sedut minyak) dan hob(tempat masak). Dulu masa sebelum ada rumah sendiri saya memang tak tau apa nama benda tu, selalu tengok kat rumah-rumah orang dan menggelarkannya tempat sedut asap sahaja.

Tapi kini banyak juga la term berkenaan dengan alatan memasak, hiasan dalaman dan macam-macam lagi yang dapat saya pelajari. Solid wood la, membrane press la, ABS la, liminate la, wall unit dan lain-lain.

Hari ini saya telah pergi ke sebuah kedai yang menjual peralatan dapur dan bilik air di SS15 Subang Jaya. Saya telah membeli hood dan hob jenama Rubine dengan harga RM1285. Cuma apa yang saya pelik kenapa kedai tersebut menjual hood dan hob dengan harga yang agak murah berbanding dengan jenama-jenama seperti fagor, faber dan rinnai? Rata-ratanya harga dalam RM1800 ke atas untuk 2 items tersebut.



Adakah jenama Rubine ini tidak berkualiti? Adakah hanya boleh tahan 2 atau 3 tahun sahaja? Apa yang diberitahu oleh toke kedai tersebut, Rubine ini adalah satu jenama dari Italy dan mempunyai warranty selama 5 tahun. Jadi bila saya dengar ada warranty selama 5 tahun, maka tidak ada masalah jika berlaku apa-apa kerosakan terhadap hood dan hob tersebut.

Tetapi adakah pemilihan saya ini tepat? elok ke hood yang mempunyai corong? tak kelakar ke nanti bila diapit oleh kitchen cabinet?





3 comments:
gravatar
Wan said...
September 15, 2009 at 10:48 PM  

Rubine bagus jugak bang.. branded tu, cuma dia murah mgkin sbb kelajuan angin model tu tak berapa kuat kot.. cuba check dan compare dgn yg rm1800 tu. yg corong better cuma pastikan pemasangan dia bagus sbb takut nanti berisiko akan datang. tq

gravatar
KamiKreatif said...
September 15, 2009 at 11:43 PM  

tu la, tapi masa beli ini harga promotion. sebab tiap2 hari bukak suratkhabar tgk mana2 tmpt yg ada wholesale.

org kedai tu uji di mana dia on kan hood dan bubuh besen pada hood tersebut. Memang melekat.

Pasal pemasangan tu tak tau la camne. hopefully org yg pasang tu buat betul2

gravatar
Anonymous said...
October 5, 2009 at 2:15 PM  

salam cik kamek, blh bg tak kt i call no tukang buat renovation rumak encik. saye tgh mencari2 jugak ni. harga brapa sekaki dia amik utk table top. email me at : wanz@uembuilders.uemnet.com. dpt blog ni dr google je..

Post a Comment