feedburner

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Urusan Pencen

Labels:



Kali ini KamiKreatif ingin berkongsi lagi pengalaman, ianya berkenaan dengan urusan pencen apabila berlaku kematian kepada seseorang penjawat awam.

Urusan pencen apabila berlaku kematian seorang yg pernah bergelar penjawat awam tidaklah begitu susah. Pencen si mati tadi akan bertukar status menjadi Pencen Terbitan di mana akan dpt kpd isteri/suami/waris.

Maklumkan dengan SEGERA apabila berlaku kematian kepada JPA. Jika tidak proses tuntutan pencen si mati akan menjadi lambat.

Contoh senario jika suami yang meninggal dunia. Maka si isteri perlu menyediakan beberapa dokumen. Antaranya ialah :


  • Kad Pesara si mati yang ASAL
  • Sijil Kematian dari JPN yang ASAL
  • Sijil Nikah yang ASAL
  • IC Isteri. ASAL
  • Buku Bank kepunyaan Isteri ASAL. (Tabung Haji atau ASB tidak boleh)

Dinasihatkan agar membuat SALINAN semua dokumen tersebut dan membawanya sekali ketika berurusan dengan pihak JPA.

Yang paling penting adalah Isteri kena datang sendiri ke JPA kerana JPA akan mengeluarkan borang kepada si isteri / waris tadi DAN perlu menandatangani serta cop jari di borang berkenaan. Setelah selesai semua urusan, Pihak JPA akan memberi kad pesara yang baru kepada pemohon tadi melalui pos.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi blh rujuk terus ke laman web JPA





Urusan Harta Pusaka

Labels:

Salam semua,

Lihat pada tajuk mesti anda semua terfikir "ape kene mengena dengan kreatif?" Sebenarnya tajuk ini memang terkeluar sikit la dgn nama KamiKreatif. Tapi urusan harta pusaka ini agak kompleks dan sebenarnya unik kerana ramai dikalangan kita yang tidak tahu apa yang perlu dilakukan apabila berlaku kematian, lebih-lebih lagi hal ehwal pengurusan harta si mati.

KamiKreatif harap dengan sedikit pengalaman berkenaan urusan harta pusaka yang pernah KamiKreatif sendiri alami dapat dikongsi bersama. Bukan apa, at least anda dapat jugak la sedikit ilmu dari tak tau nak buat ape2 nanti. Betul tak?

Begini, kita ambik senario ayah yang meninggal. Bila sahaja berlaku kematian, anak akan pergi ke JPN untuk pendaftaran kematian dan Sijil Kematian akan dikeluarkan serta-merta. Bawa sekali ic ayah, borang dan permit menguburkan yang dikeluarkan oleh ketua balai polis berhampiran ke JPN.

Selepas itu, cuba tanya adik-beradik atau saudara-mara berkenaan harta yang ditinggalkan. contohnya rumah, tanah, kenderaan atau akaun2 bank yang ada.

Jika arwah tadi TIDAK menukar lagi nama rumah@tanah atau aset2 lain maka salah seorang wakil dari anak arwah boleh pergi ke Pejabat Tanah Daerah (Bahagian Urusan Pesaka Kecil) untuk menguruskan harta tadi termasuk kenderaan2 dan akaun2 di dalam bank.

Tetapi jika arwah terlebih dahulu TELAH menukarkan nama rumah kepada nama ibu contohnya, maka harta-harta seperti kenderaan atau akaun2 bank YANG BELUM DITUKAR NAMA bukan lagi Urusan Pesaka Kecil yang menguruskannya. Anak arwah hendaklah merujuk kepada Amanah Raya Berhad.

Semoga dgn informasi ini dapat mempercepatkan lagi proses pengurusan harta pesaka. Taklah nanti jadi mcm bola. "kejap kata sana, kejap kata sini". Jadi, KamiKreatif akan sambung lagi berkenaan dgn ARB. (kalau ada kesilapan sila perbetulkan)





Apa KamiKreatif Ni??

Nama KamiKreatif adalah datang dari kami yang mempunyai idea dan buah fikiran yang telah dicampur tolakkan menjadi sentuhan kreativiti yang unik. Mengapa kami memilih nama ini kerana ianya melambangkan idea, pemikiran dan kebijaksanaan individu mengembangkan potensi beliau tidak kira dalam apa bidang sekali pun.

Jadi sesiapa yang berminat untuk berkongsi kreativiti yang ada pada diri anda tidak kiralah dari segi seni atau penulisan bolehlah memberi komen di dalam laman blog ini. Agar kita dapat berkongsi bersama.

ps: Sila gunakan "kekreatifan" anda ke arah yang sehat dan berguna. Unsur-unsur yang berbau lucah atau politik tidak dibenarkan sama sekali

Jumpa Lagi,
Dari KamiKreatif